Wednesday, December 24, 2008

Pelangi tuk aku!

24 dec 2008
24.12.2008

apa istemewanya arini?

aku berkongsi kegembiraan pada hari ini dengan ramai orang!
yup. ramai orang.
kenapa? sebab arini keputusan permohonan KPLI keluar.
awal2 pagi lagi sms berderu2 masuk hset aku.
sumer x sabar nak berkongsi khabar gembira.
aku? 80% confident khabar gembira tuk aku!
heheh..
apa pun, keputusan hanya keluar selepas kul 9.01 pagi.
bagi mereka yang berjaya terpilih,
TAHNIAH & SYABAS!
Kalian memang LAYAK.

Dan yang paling penting, arini aku telah genap 2 tahun.
Semoga impian yang dicapai terus berada dalam genggaman.
Malam nie ada orang sudi open-table tuk aku.
Mekasih yer.

Friday, December 05, 2008

pertemuan... perpisahan

Aku hanya merancang.
Tuhan yang menentukan.
Perancangan awal, aku kat sini 3 bulan.
Itu termaktub dalam dokumen yang aku tandatangani.
Tapi perancangan Tuhan lebih teliti.

Setelah aku hampir, diulangi HAMPIR berasa selesa di sini,
sesuatu yang lebih baik memanggilku.
Walaupun kehadiranku sangat singkat,
sesuatu terkesan di hatiku.


Arini genap 3 minggu aku di sini.
Arini hari terakhir aku di pejabat ini.
Keadaan di sini tetap sama seperti kali pertama aku di sini.
Org-org di sini tetap peramah dan mesra menyapa.
Walaupun masih ada yang memandangku sebelah mata.

Aku tetiba jadi sayu.
Terasa berat sangat lidah ini untuk memaklumkan pada mereka.
Terutama pada mereka yang banyak membantuku di sini.
Pada mereka yang berusaha memperkenalkan aku di sini.
Pada mereka yang sentiasa ada di sisi membantuku
Tak siapa menyangka, aku akan meninggalkan mereka secepat ini.


Izinkan aku pergi.
Lepaskanlah pemergianku ini dengan doa restu kalian.
Di sini aku belajar sesuatu.
Aku akan ingat itu.
Terima kasih tuk sumer.

Friday, November 28, 2008

Dihujung pelangi, ada harta karun tersembunyi!

Malam tadi.
Sama seperti malam semalam.
Juga malam sebelum2nya.
Hujan turun membasahi tanah di KL.
Hujan lebat. Di awal malam.

Nasi lemak Kampung Baru. Itu misi aku.
Selagi aku x jejakkan kaki kat sini, hati aku x tenang.
Malam tadi aku bulatkan tekad.
Berpandukan pelbagai maklumat dan info.
Lisan mahupun bertulis.
Peta berkeping2.
Setelah berpusing2 a.k.a sesat, aku jumpa gak akhirnya.
YUP. Aku telah berjaya!
Aku telah menjejakkan kaki di area nasi lemak kampung baru!!!

Tuesday, November 25, 2008

Jangan tegur.

Selalu-selalunya.
Aku memang akan bagi salam sebelum masuk rumah.
Selalu-selalunya.
Takde sapa kat umah kecuali aku.
Semalam aku terasa cam malas sangat.
Aku terus masuk rumah ngan selamba.
Tetiba ada plak suara sumbang menyapa:

'masuk umah bagilah salam. takkan itu pun nak kena ajar!'

Cis!
Nie yang leceh klu share umah ngan org atasan nie.
Banyak songeh nyer.
Pastu asyik cari kesalahan kita jer.
Padahal telinga aku blum pernah dengar dia or kawan2 dia bagi salam pun!

Monday, November 24, 2008

Rumah itu..

7 keturunan.
Kutukan dan kemarahan.
Takkan pernah luput.

Dipendekkan cerita, kami beli rumah. Prosedur sumer dah settle. Tapi tuan rumah asal tak benarkan kami masuk rumah. Tuan rumah kata dia tak dapat lagi bayaran. dan dia belum selesai angkut barang. Kami terima alasan tersebut.

Kami dapat panggilan. Tuan rumah, rumah sewa kami yang kami duduk sekarang nak masuk rumah. Secepat munkin sebab tuan rumah, rumah sewa kami ditukarkan kerja ke kawasan kami. Seawal penghujung bulan Nov 2008.

Kami jadi tersepit. Rumah baru 'TAK BOLEH' masuk, rumah sewa 'KENA HALAU'.

Kami nekad. Kami minta masuk umah baru. Walaupun tuan rumah tuh keberatan tapi dia benarkan dengan syarat kami kena BAYAR SEWA! Kesian kami-kan. Nak masuk umah sendiri pun kena bayar sewa! Hampehz jer.

Maka sepanjang sabtu ahad lepas, aku sibuk berkemas. Kuarkan barang dari umah sewa. Pindahkan ke umah baru kami. Bersihkan 2 buah rumah serentak sendirian. Kebetulan jiran2 sumer balik kampung bercuti sempena cuti sekolah kata-kan.

Aku tak kisah sumer tuh. Yang paling aku kisah sikap bekas tuan rumah, rumah baru aku tuh. Tahap kedekut tahi hidung masin punya orang. Aku tak sangka aku berurusan dengan orang sedemikian sikapnya.

Ada ke patut, dia pi cabut sumer mentol lampu kalimantang ngan kipas dalam umah tuh! Kalau setakat lampu hiasan memang itu hak dia, tapi nie dengan lampu kalimantang yang memang sedia ada pun habis dia angkut! Pastu habis 'kitchen cabinet' ditanggalkannya. Lopong giler ruang dapur tuh tanpa ada sebarang objek. Bab 'kitchen cabinet' nie aku bley tahan lagi, tapi ini dengan sinki dapur pun ditanggalkannya! Apa kes? Dibiarkan cenggitu jer. Kepala paip pun x dipasang. Kami terpaksa sumbat supaya bila kami buka paip utama, air tak kuar. Dah tuh aku nak memasak, mencuci pinggan mangkuk kat mana? Kejam! Kejam! Nasib baik grill pagar tuh susah nak tanggalkan, klu tak tentu grill pun dia nak ambil!

Friday, November 21, 2008

Cemerlang Gemilang Terbilang

Ke puncak penuh keagungan
Ke lembah penuh kemuliaan
Satu hati
Satu rasa
Impian pasti menjadi nyata
Demimu Malaysia tercinta
Kami menggenggam tekad
Membawa bangsa negara
Ke puncak keagungan
Demi bangsa
Demi negara
Ayuhlah kita bangkit berjuang
Maju bangsa
Maju negara
Kita dipandang mulia
Cemerlang Gemilang Terbilang
Negara dan juga bangsa
Mari buktikan pada dunia
Malaysiaku berjaya
(ulang 2 x)
Cemerlang Gemilang Terbilang



Mulai minggu nie, setiap Jumaat aku kena nyanyi lagu nie!
Tapi takpe, hanya untuk tempoh 3 bulan saja.

Thursday, November 20, 2008

Test power-failed!

Jadi MC?
erk!

Dulu. Aku selalu jadi MC tuk Majlis Makan Malam or Malam Mesra.
Skrip pun aku reka sendiri. Suara aku memang sedap. Aku selalu jadi MC.

Dah hampir 4 tahun aku tak pegang mikrofon.
Aku x pergi kara-oke. Suara kara-oke aku x merdu.
Semalam aku tetiba diarahkan jadi MC. Kaku beb!
Suara aku dah hilang ke'power'an.
Itu baru rehearsal. Penganjur dah gabra.
Aku? Tak tau nak kata apa..

Pagi nie, penganjur gugurkan nama aku dari jadi MC.
Diorg dah jumpa pengganti.
Aku? Selamat beb!
hehehehe

Wednesday, November 19, 2008

Memadam jejak.

Dulu. Aku pernah jejakkan kaki kat sini. Untuk buat praktikal. Aku rasa sangat kerdil. Dikelilingi mereka yang berpangkat jauh lebih tinggi. Sehingga aku tak berani mengangkat muka. Aku terkena 'kejutan budaya'. Aku rasa macam berada di kem tahanan. Sentiasa diperhatikan.

Kini. Aku jejakkan kaki sekali lagi. Dengan penuh keyakinan. Aku dah berani mengangkat muka. Berbalas senyuman malah terkadang aku ter'beri lirikan tajam. Untuk tempoh 3 bulan nie..

Manusia. Memang mudah lupa diri. Aku harap aku tak jadi seperti itu.

Sunday, November 16, 2008

TV 4599 yang berSALAH tuan!

situasi biasa:
1 buah kereta berhenti di tepi lebuh raya kerana masalah teknikal.. tayar pancit.. etc

situasi biasa:
kereta k-2 datang memberi bantuan. munkin rakan pemandu.. mungkin propel... etc

situasi LUAR BIASA:
sebuah lori panjang dengan tanpa rasa bersalah merempuh pintu kenderaan k-2 yg munkin belum sempat ditutup semula.

situasi Paling Luar Biasa:
Aku menyaksikan kejadian di atas dan sempat merakan aksi terbabit!

Sunday, November 09, 2008

Misteri caller

Aku memang tak suka tukar-tukar nombor telefon. Sepanjang perjalanan hidup aku yang masih jauh nie, aku hanya pernah ada 2 nombor telefon saja. Nombor pertama adalah nombor yang aku guna masa kali pertama aku memilik sebiji telefon. Waktu tu sumer org dah menganggap telefon sebagai satu keperluan dan bukan lagi simbol kemewahan. Dari wang saku aku sendiri. Khusus untuk berhubung. Dan nombor tuh kekal sehinggallah awal 2007. Asalnya guna prepaid jer pastu aku tukar plak jadikan talian tetap dan semua bil dicaj terus ke kad. Aku sengaja buat macam tu sebab malas nak fikir pasal tambah nilai.

Menjelang 2007, aku rasa terbeban plak nak bayar setiap bulan jumlah yg sama walaupun aku dah jarang buat panggilan. So aku tamatkan talian serta nombor telefon. Aku tukar nombor telefon tuk kali pertamanya. Semua berjalan lancar sehingga-lah beberapa bulan kebelakangan nie. Ada satu nombor asing yang kerap kali membuat panggilan. Bila aku jawab dia letak. Pastu munkin dia dah berani sket, dia mula bercakap. Dia call then bile aku jawab, dia akan cakap dalam bahasa yang asing pada aku. Nak kata bahasa melayu pun bukan (xkira loghat apa) , bahasa cina pun bukan, bahasa tamil pun bukan. Kira memang aku tak faham sepatah pun! Aku ckp berulang kali 'awak salah nombor', 'u dial d wrong nombor'.. etc... Tapi punyalah sengal, org nie tak faham bahasa kot. Kali nie dia asyik buat miss cal bagai nak rak. Since aku dah ada no dia, so haram aku tak layan la. Aku rasa org dia sangat terdesak kot. Sejak kebelakangan nie dia antar sms plak. Ok-lah tuh kan. aku pun open la sms yg dia antar berjuta2 kali tuh. Lagi parah beb. entah bahasa apa yg diguna pun aku tak tahu. kadang panjang berjela kadang pendek jer.
Ini adalah sms terkini yang aku dapat semalam. Aku type sebijik cam yg dia antar:

'Dc ko anh, em la ban choi game ma. Anh ko biet em ah'

Ada sesapa yang tahu apa dia cuba nak sampaikan? Tolong terjemahkan yer.
Thanks.

Wednesday, November 05, 2008

tsuMEMEY? tsuABBY? TsuNORMAN?

aku tak paham betullah. tetiba jer satu mesia kena TSUMEMEY. Kat mana2 tempat org bercerita. cakap jer kat mana, opis? gerai makan? warung kopi? lobby hotel? kat umah? bus stand? pendek kata asal ada org berkumpul, mesti citer pasal kes nie. Yang aku tak paham tuh biler minah nie tak plak buat kenyataan rasmi ker, sidang akbar ker, atau yang seangkatan dengannya tuk membuktikan dia di pihak YANG BENAR..? balik2 citer dari abby ngan norman jer. satu mesia dah tau airmata abby dah kering sampai sanggup pi serang norman kat lokasi. satu mesia pun dah tau air mata jantan norman dah menitis laju. yang aku tak paham mana air mata minah yang jadi 'org ke-3' tuh? persidangan kat parlimen pun x sekecoh nie. pembentangan bajet oleh najib pun walaupun diasak pelbagai dugaan tetap berakhir dengan aman damai. sambutan kemenangan Obama setelah bersaing sengit antara parti demokrat ngan republikan pun tenggelam gara2 TSUMEMEY. citer mawi ngan ekin pun tetiba jadi nasi tambah jer. hebat sungguh penangan minah nie.
Dan yang paling aku pelik, aku TAK KENAL pun memey nie. Korang kenal ker?

Thursday, October 30, 2008

Istemewa WANITA

*** kompasakti kutip citer nie dari email yang kompasakti terima ***


Mama dan Papa sedang leka menonton TV. Seketika kemudian, mama berkata. "i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah".

Mama pun bangkit menuju ke dapur untuk minum seteguk air. Terpandang tingkap dapur yang terbuka, mama pun segera menutup tingkap tersebut. Bimbang ada serangga atau binatang kecil meloloskan diri masuk ke dapur. Saat menutup tingkap, terlihat pula rice cooker dalam sink yang direndam lepas makan tadi. Pantas jer tangan mama membasuh rice cooker. Usai memcuci, mama sempat pula menyusun pinggan yang telah kering di rak. Kemudian mama lap dapur kesan terpercik kena sambal masa masak tadi.Selesai mengelap, mama check air panas dalam flusk. Takut habis pulak nanti malam anak nak susu. Seperti yang diduga, memang dah kering pun flusk tu. Mama pun jerang la air. Sementara tunggu air masak, mama nampak pulak bekas gula dah kosong. Mama salin la gula. Sambil tu mama check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ade lagi. Iskhh, ni lauk bila ni? semalam? dah beku dah? Mama basuh kejap. Mama pegi pula ke yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Penat dah ni, besok je la basuh. Mama sidai kain lap je lah. Tik! Bunyi air dah masak. Mama salin air dalam flusk. Ok settle!

Baru teringat mama tak sembahyang lagi. On da way nak ke bilik, mama lihat papa masih tgk tv lagi. Masa naik tangga mama nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. Mama check dulu la. Baju 2 pasang, towel... towel kecik utk selsama... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping... Alamak! Terlupa pulak masukkan botol! Basuh botol jap... Ok settle!

Ternampak pulak beg g keje. Emm... besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 g beg coklat... check semua 6 poket beg, takut la tetinggal apa2. Leceh pulak. Selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. Hishhh sempit la beg ni. Nie yang hangin je. Nak kena beli beg baru nie. Rasanya 25 hb ni Sogo sale nih. Mana flyers tadi ek? Haa! Ini die. Ok! catit jap kat yellow sticker, nanti lupa. Ok settle!

"u buat apa lagi tu? tadi kata nak tido.."Tetiba dengar suara papa. " Iyelah nak tido la ni..nak sembahyang jap!" Mama masuk toilet. Buat apa2 yang patut. Cuci muka dulu. Memula guna scrub pastu baru guna pencuci muka. Gosok gigi then guna ubat kumur. Barulah mama masuk bilik sembahyang. Usai sembahyang, mama sapu toner kat muka. Pastu pakai treatment cream. Sikat rambut. Nak lawa and maintain punya pasal lah ni. Kalu tidak nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak! Huhuhuhuhu.

Mama buka almari baju. emmm. pakai baju hijau ni lah esok. Mama gie gosok kejap. Check baju papa sekali, baju papa pun kena gosok jugak ni. Masuk kat bilik belakang. ]Laa, napa komputer ni tak tutup ni? Gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah! ishh... Mama g dapur. Basuh gelas, then sambung gosok baju. Gantung elok2. Kemaskan baju gantung2. Masukkan seluar papa yang dah kotor dalam bakul pakaian untuk dicuci esok. Ok settle!

Dengar suara papa lagi. "Buat apa lagi tuh?" Dalam pada nak masuk ke bilik, owh! pokok aku dah nak mati ni ha. Lupa dah 3 hari tak siram! Ok, siram pokok jap. Sambil tuh heck jap pintu ni. Sah tak kunci lagi. Grill pun tak tutup. Ni kalau tak check ni, senang2 je orang masuk rompak umah aku. Mama kunci pintu, tutup grill dan mangga! Then mama buka lampu luar. Ni mainan ni sepah2 plak. Ermmm.. mama kutip masukkan dalam bakul mainan budak. Banyak nya. Sampai bawah meja makan pun ada! Ok settle!

Ok dah boleh baring. Adoi! sakitnya pinggang. Apa pun cium si comel ni kejap. Selimutkan dia. Laa... basah nie... Emm.. Tukar la pempers ni. Tak bagus-la brand ni, nanti nak tukar brand lain la. Nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali. Ok sayang tido k. Kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh. Tido sampai pagi k. Gud nite. Sweet dreams...

Aaaahh... sedapnya dapat baring. Mana plak lotion sapu kurus aku nih?ha, ni dia! sambil sapu lotion kurus, setkan alarm, setkan program kerja besok. ermm... Pagi kul 9.30 am ade meeting. Aahh! Boring. Panas pulak lotion nih.. dah la. emm... sedapnya lelapkan mata. Mama baca doa sebelum tido. "Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini, Mohon keberkatan dari mu tuhan..."

Papa pun bangun tutup tv masuk bilik. "i dah ngantuk sangat ni. Nak tido lah. Citer pun tak best malam ni, bola pun takde...".

Selang seminit mama dengar suara papa berkeruh. Ermm.. Dah agak dah! So... apa yang peliknya..?

Bak kata Nabil "Lu pikir-lah sendiri!"

Tuesday, October 21, 2008

Pengalaman ngeri.

Minggu lalu aku turun kl.
Minggu lalu aku jumpa teman2.
Minggu lalu aku ketakutan..

Sumer nyer gara2 aku nak makan nasi lemak Kampung Baru!
Aku tak tahu kat mana lokasi sebenar tempat makan nie.
Yang aku tahu dia kat Kampung Baru.
Akan jumpa Masjid Jamek Kampung Baru.
Kira tempat tuh kat area situ jer-lah. Aku yakin.
Aku dengan konfiden pergi setelah hset kengkawan sumer gagal dihubungi.
Munkin sumer sedang lena diulit mimpi indah.

Berpusing2 kat Kampung Baru..
Menyelusuri setiap lorong yang ada..
Tapi tetap tak jumpa.
Aku pasti aku dah sesat walaupun aku yakin aku dah hampir sangat.
Aku takut bukan sebab aku SESAT.
Tapi ada ketakutan lain yang lebih dahsyat.
Anugerah ilahi untuk sumer mahluk ciptaan-Nya.
Yup. H.U.J.A.N - hujan a.k.a RAIN

Malam tuh hujan turun.
Memula renyai2... kemudian makin rancak.
Dan akhirnya lebat selebatnya.
Dalam keadaan aku sesat, merempuh pekat malam.. disimbah hujan..
Lalu aku membuat keputusan meninggalkan Kampung Baru.

SubhanaAllah.
Dalam sekelip mata saja KL ditenggelami air.
Pertama kali aku saksi sendiri apa itu BANJIR KILAT di KL.
Air naik mendadak.
Pantas menenggelamkan apa jua yang berada di bawah parasnya.
Aku bernasib baik kerana menghala keluar ke highway utara selatan.
Waktu itu, aku lihat banyak jalan2 & terowong di KL digenangi air.
Beberapa kereta, teksi malah lori tersadai kematian enjin.
---

Aku bersyukur memilih pilihan yang tepat.
InsyaAllah, akan ada kesempatan lain untuk aku merasa nasi lemak Kg Baru.
Suatu hari nanti.
Bukan di kala banjir kilat melanda.

Sunday, October 19, 2008

3 perkara

Ada orang pernah bagitau,
ada 3 perkara yang kita tak akan pernah pasti jadi milik kita,
walaupun sudah berada dalam gengaman.
Akan kekal menjadi rahsia Maha Pencipta.

1. Jodoh pertemuan
2. Anak dalam kandungan
3. Ajal maut

Friday, October 10, 2008

Resepi roti sosej

Untuk mereka yang teruja dengan gambar roti sosej yang kompasakti tempek, arini kompasakti tempek plak resepi dia. Selamat mencuba!

Roti Sosej

Bahan-bahan yang diperlukan.
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/4 cawan buttercup
(campurkan sumer bahan dan panaskan sehingga suam atas api perlahan. Kacau supaya butter tuh cair sempurna. ketepikan)

4 1/2 cawan tepung gandum
2 s/t mauripan
2 s/b gula
1 1/2 s/t garam
(campur sebati semua bahan)

sosej
(rebus sehingga masak dan toskan)

Cara memasak
--> masukkan campuran tepung ke dalam campuran susu suam.
--> gaul sebati menjadi doh lembut
--> bahagikan kepada 12 bahagian
--> tutup bekas berisi doh dengan kain dan biarkan 30 minit
--> amik satu bahagian doh tadi dan uli memanjang seperti tali.
--> lilitkan pada sebatang sosej
--> buat sehingga habis dan sapukan kuning telur di atasnya.
--> bakar pada suhu 200'c selama 10 minit
--> sapukan dengan majerin sebaik saja dikeluarkan dari oven.

Permintaan lagi..

Satu lagi permintaan seorang teman akan kompasakti tunaikan. Hujung minggu nie kompasakti akan turun KL. Bley-lah kita meronggeng dan makan puas2 yer. Heheh.

Kali nie kek plak. kompasakti tidak-lah pakar sangat dalam membuat kek, cuma InsyaAllah menjadi kek tuh. First time kompasakti buat kek nie adalah time hari raya after kami pindah dari rumah arwah ayahanda. Suka sangat buat sebab seronok menyusun asam2 syiling tuh. Selalunya buat sebiji jer & dihidang hanya pada family dan saudara terdekat pada Hari Raya Pertama dan Ke-2 saja, itupun kalu masih berbaki. Sempat juga kompasakti perturunkan resepi kek nie kepada salah sorang makcik belah arwah ayah kompasakti. Sungguh2 dia minta kompasakti ajar camna nak buat kek nie beberapa tahun lepas.

Raya tahun nie kompasakti buat lagi kek nie. Macam tahun-tahun sudah. Rasanya dah jadi menu tetap hasil tangan kompasakti. Kalau takde macam kureng jer juadah raya tuh.

Jadi, buat 'G' yang tentunya tak sabar menanti hujung minggu nie tiba, kompasakti dengan sengaja letak gambar kek yang bakal berada di depan mata. Aritu kompasakti bagitau nama dia Kek Lapis Asam Manis. Jangan bayangkan kek lapis sarawak tau!

Wednesday, October 08, 2008

Permintaanmu ku tunaikan.

Kompasakti berazam nak berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal tahun nie. Semalam adalah hari pertama kompasakti berpuasa. Al-hamdulillah, selesai sudah sehari tanpa sebarang masalah. Malah badan yang kurang sihat beberapa hari sebellum ini pun rasa dah ok seperti biasa. Jadi hari nie kompasakti teruskan berpuasa.

Walaupun berpuasa, kompasakti sempat menunaikan permintaan seorang teman. Katanya teringin benar nak makan roti sosej yang kompasakti buat suatu ketika dulu. Ermmm... memandangkan dia munkin sedang mengandung anak sulung a.k.a mengidam, maka sebelum subuh kompasakti mula mengadun bahan. Cadangnya kompasakti nak rasa dulu a.k.a buat bersahur tapi lewat 5 minit selepas azan berkumandang baru roti sosej nie masak.


Kalau tengok pada rupa... sempurna. Tekstur pun lembut + gebu jer. Harap2 rasanya pun sempurna juga. Resepi roti sosej kompasakti ambil dari fotopage kak liza. Thanks to her. Dari adunan doh asal, kompasakti jadikan 12 bahagian.Dan hasilnya kompasakti dapat 9 biji roti sosej yg gebu. Sepatutnya ada 10 sebab kompasakti guna 1 paket sosej, tapi yang terakhir tu kompasakti modified sket. Sosej yang terakhir tu kompasakti potong 2 dan belah 4. Jadi kompasakti dapat 8 batang sosej yang bersaiz kecil. 3 bahagian doh yang berbaki tuh kompasakti jadikan 8 bahagian. Dan hasilnya adalah roti sosej mini yang comel2. Yang ni kompasakti nak buat juadah berbuka petang nanti.

Tuesday, October 07, 2008

wish u all

SeLAmat hARi RaYA aIDiLfitRi
MaAF zAhir BatIN

(tuk sumer yg mengunjungi blog kompasakti)

Friday, September 26, 2008

Penang nie bukan aku yang punya.. hohohoh

Perjalanan dari Kedah ke Johor akan memakan masa kurang lebih 8 jam.
Kerana destinasi adalah rumah mak, jauh langsung x terasa.
Tapi lain pula kalau SESAT di Penang!

Aku ada satu misi penting aritu. Pergi Penang tuk pick-up notebook aku dari service center. Aku confident aku hanya akan amik masa paling lewat pun 2jam tuk pergi dan balik. Lagipula aku pun ada masa gie hantar notebook tuh. Kul 12.3o tghari aku mula bergerak. Sempat singgah isi penuh petrol (tup2 arini petrol turun 10 sen plak, rugi jer aku isi penuh2) dan hantar kad raya. Aku bawa keta ngan rileks dengan MEMASTIKAN aku bawa kurang dari 110km/j. Maklum sajalah, time nie banyak speed-trap sedang giat beroperasi.

Dalam kul 1.30 aku dah kuar dari jambatan pulau pinang. Misi mudah nie. Nanti bley-lah aku singgah windows shopping kat Queensbay nie, sebaik melintasi shopping complex ini di sebelah kiri. Sekarang aku hanya perlu mengikut papan tanda ke Bayan Lepas sehinggalah aku jumpa ROUND-ABOUT besar. Then aku realised something. Bulatan nie memang besar giler, dan kita perlu ada di lorong yang betul atau kita akan hilang punca! Itu yang berlaku kat aku arini. Keta aku berada dilorong paling kanan since aku nak kuar arah kul 6, maknanya tempat aku masuk tapi di jalan sehala di sebelah kanan pula. Dalam keadaan kereta berpusu2, aku rasa aku dah teramik kul 3. Aku nak pusing semula tapi keta di belakang bertali arus dan takde tempat sesuai tuk aku buat u-turn. Aku terus memandu sampai jumpa t-light dan dengan selamba buat u-turn (walaupun jelas terpampang NO U TURN). Munkin sebab aku dah mula panik, aku keep ON and ON and ON and ON ......terlepas simpang tuk kembali ke pangkal jalan. Aku terus hilang punca. Signboard plak makin lama makin ke destinasi yang aku tak pernah sampai. Pulau Tikus? Batu Ferringgi! Jelas aku memang dah tersesat jauh nie. Nak kembali ke asal pun aku dah tak tahu. Aku terus memandu dengan harapan akan jumpa signboard ke JAMBATAN or BAYAN LEPAS semula.

Aku dah mula berpusing2... kena hon bertubi2 (maklumlah, keta aku plat Penang!)... salah masuk lorong yang ada tlight khusus tuk terus dan belok... hampir berlaga ngan motor yang memang sumernya berani mati... hampir berlanggar ngan keta mercedez gara2 aku nak masuk lorong kanan setelah sebiji bas berhenti betul2 depan aku... terpaksa brek mengejut bila budak2 sekolah melintas seolah2 diorg nie sumer ada ilmu kebal... semuanya menambah lagi kekalutan.

Kul 4 lebih rasanya baru misi aku tercapai. Itu pun setelah aku hampir give-up dan memandu menghala ke jambatan tuk pulang. Dari fly-over aku nampak bangunan Crystal Suite tuh di sebelah kanan. Better late then never. tapi dalam kes aku Better lost first rather then go home empty handed. Bila dah masuk simpang, aku salah masuk parking plak. Nasib baik abang yang jaga parking tuh benarkan aku masuk dan buat u-turn tanpa bayar. Mekasih. Urusan kat HP service center nie cuma amik masa dam 5 minit jer! Jadi aku amik keputusan tuk gie TESCO. Windows shopping and shopping sampai kul 6.

Percaya atau tidak, masa nak balik pun aku sesat lagi sekali. Kali nie sebab jambatan jammed dan polis tutup/kawal lalulintas di laluan yang aku sepatutnya lalu. Bermula-lah episod awal tadi. Cuma kali nie aku tak sesat lama since aku dah tau jalan mana yang aku dah lalu tadi. Memasuki tol Sg 2, mata aku dah berat tahap mentibang. Ngantukz yang teramat sangat. Tapi aku gagahkan gaks agar aku sempat tiba tepat masanya (aku dah minta temanku booked table tuk kami berbuka di luar). Aku buat2 tekan punat radio, masukkan cd lagu, kuarkan cd, pasang radio, cari channel, buka tingkap, tutup tingkap, pasang aircond, tutup aircond... sumer tuk memastikan aku bertahan dari tertido. Waktu aku melangkah memasuki restoran dan menarik kerusi tuk duduk, azan magrib pun berkumandang. 'Perfect timing!' komen temanku.

Malam tuh aku menangis teresak2. Bayangkan 7 jam aku sesat! Kalau balik Johor aku dah sampai tol KULAI! Pasni aku serik nak g Penang sorang diri!

Wednesday, September 24, 2008

Andai saja kamu tahu..

Salam buat semua.
Setelah sekian lama berlalu, namum ia tetap berbekas dihati.
Sukar untuk diluahkan, tapi tak tertanggung menahan.

Ramadhan dan Syawal datang dan pergi.
Seluruh umat Islam menyambut dengan kemeriahan.
Kegembiraan dan rasa kesyukuran pada ilahi.

Ayahanda kompasakti telah 8 tahun meninggalkan kompasakti. Al-fatihah untuk ayahanda. Kenangan bersama ayahanda amat terasa dikala ramadhan tiba, dan akan lebih mengusik saat fajar syawal menjelma.

Suatu ketika di Ramadhan yang lalu...
Kami paling suka Ramadhan. Kerana waktu ini ayahanda akan beli juadah berbuka yang istemewa, berbeza di hari biasa. Ayahanda paling gemar beli cincau yang belum dipotong dan sebongkah air batu. Dibawa pulang dan kami yang akan cincang sehalusnya sebelum dicampur air batu. (rumah kami belum ada peti ais). Kami jadikan bukan se-jug tapi dijadikan satu bekas air yang besar. Kemudian ada ayam percik yang dicucuk dibatang buluh. Masih panas dan berasap.. sedap. Kuih muih pula air tangan ibunda. Kekadang pengat, kekadang bubur kacang hijau. Karipap, lepat pisang, nagasari, koci, keria.. etc. Tapi yang paling ayahanda suka.. bubur. Dan kami juga suka apa jua yang terhidang.

Rumah kami terletak di hujung kampung. Agak terasing dan terpisah. Rumah kami jaraknya betul2 di tiang letrik ke-50. Kami hanya sebiji motor. Jadi hanya ayahanda yang solat terawih di surau. Surau ini terletak di 1/3 kampung kami. Kami hanya di rumah kerana tiada kenderaan lain. Lagipula, jalan kampung tiada lampu dan berturap tanah merah saja. Gelap segelapnya jika tiada sinaran bulan.

Seminggu sebelum raya, ayahanda beli se-tong minyak tanah. Hampir 20 biji pelita ayahanda sediakan. Kemudian ayahanda cantas 20 batang pelepah kelapa sawit. dan letak paku dihujung pelepah tersebut. Ayahanda akan pacakkan pelepah ini di kiri kanan jalan. Rumah kami perlu menyeberang parit. Bermula di titi dan berakhir di halaman rumah. Pelita terpasang bagaikan sedang berpesta. Ayahanda kata itu untuk MALAM 7 LIKUR. Tugas kami adalah memastikan pelita terpasang sebelum magrib. Terang benderang halaman rumah kami. Sangat cantik.

Ibunda pula mulai sibuk menjahit baju tuk kami sekeluarga. Bunyi mesin jahit tak henti2 sehingga 7 helai baju siap. Kain baju kami selalunya sama corak sekeluarga. Bila siap, kami akan terus cuba. Sehelai seorang. Kami juga akan ada kasut raya baru. Berlainan saiz tapi tetapi jenis yang sama. Selain menjahit, ibunda juga akan mula membuit kuih raya. Tepung dan gula telah sedia dijemur dalam hampir 7 dulang seawal Ramadhan tiba. Ibunda akan buat rempeyek, kerepek pisang, buah rotan, semperit, bahulu dan kek pelangi. Kakak2 pula akan buat biskut2 moden. Mencuci cermin tingkap (ada 12 tingkap semuanya) adalah tugas kami. Langsirnya ibunda juga yang jahit sendiri. Malam raya, kami akan pasang langsir itu. Kusyen juga akan bertukar sarung.

Sehari sebelum raya, dapur kami sangat sibuk. Ketupat dan lepat terjerang di periuk besar di atas kayu api. Rendang dan kari ayam juga sedang dimasak. Sayur lodeh dan ayam kicap pun ada. Memang kalau diikutkan kuantiti ini banyak sangat tapi menjelang petang nanti, sumer tuh tinggal sedikit jer. Sebabnya, adik-adik ayahanda akan datang membawa rantang (mangkuk tingkat). Rantang bertukar tangan sekali dengan isinya. Ayahanda ada 8 adik-beradik. Ayahanda abang k-2. Sebagai abang yang tua, kami hanya menunggu saja ketibaan rantang tersebut. Sebab itu kami masak banyak2.

Ramadhan kini...
Kami sekeluarga dah tak duduk di rumah ayahanda. Kami dah takde kampung untuk di panggil kampung halaman. Rumah yang ayahanda dirikan juga telah lama rebah dimakan anai2. Kakak2, abang dan adik2 masing2 telah berkeluarga. Ibunda tinggal di rumah sewa dibandar kecil. Kompasakti antara yang terakhir meninggalkan rumah ibunda tuk berhijrah ke utara. Tinggallah ibunda bersama adik bongsu kompasakti yang masih bersekolah. Sebak juga bila mengenangkan tiada lagi kemeriahan menyambut Ramdhan. Ibunda tentunya lebih merasa kepiluan ini kerana tugas membuat kuih raya, menghias rumah dan menbuat persediaan raya telah kompasakti ambil sejak ketiadaan ayahanda. Rasa sayu menusuk dikalbu bila adik mengririmkan sms:
'kami tak buat apa pun lagi. biskut raya pun takde..'

Dikejauhan ini, kompasakti sedang bertungkus lumus menyiap baju raya tuk ibunda dan adik2. Juga membuat beberapa biskut raya untuk mereka. Dan langsir baru..

Maafkan kompasakti kerana tak berkesempatan meng-update-kan blog sekerap selalu. Ada tugas yang terpikul dibahu kompasakti. Maaf yer..

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA!

For all Malaysian out there:


SELAMAT MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN

ke-51


(kompasakti berada di Perbarisan Hari Merdeka di Alor Setar, Kedah)

Wednesday, August 20, 2008

Tetamu dari Selatan

Its all about perfect timing! heheh.. aku bukan citer pasal 18sx k. Semuanya bermula dengan satu sms ringkas seawal jam 8 pagi. aku kata AWAL sebab hari itu hari Ahad. Hari cuti beb!

'aku kat langkawi. ko kat mana skrg?

aku masih mamai waktu menjawab sms itu. heheh. sms berterusan sehingga:

'k. esok aku jemput korang kat jeti Kuala Kedah'

ekekek. betul ker aku nie? tempat tuh pun aku tak tahu, ada hati nak jemput orang plak? belasah jer labu! awal pagi keesokan harinya lagi aku dah ke pasar basah. membeli apa yang patut untuk hidangan tetamu dari selatan! aku capai siakap, udang, sotong, kailan, mee, sawi, fish ball, fish cake, taugeh, tauhu, limau kasturi, cilipadi serta beberapa batang carrot.

pulang dari pasar, aku mencuci kereta. pastu aku siapkan sumer bahan yang perlu tuk menu nanti. tepat jam 12 aku perlu kemaskan bilik tuk tetamu. segalanya harus aku selesaikan sebelum kul 1 tghhari. kul 1.30 aku bergerak ke jeti kuala kedah menjemput mereka. main ikut signboard jer. tiba di rumah jam 3.30 terus ke dapur menyiapkan mee goreng. aku YAKIN tetamu aku memang kelaparan sebab mee yang dihidang habis tak berbaki! heheh..

baru hendak bersembang, jam sudah menunjukkan pukul 4.40. tepat kul 4.50 aku mohon beredar. tetamu terpaksa aku tinggalkan dirumahku tanpa tuan rumah. aku harus bergegas ke Pulau Pinang dan lewat jam 9 mlm barulah aku pulang ke rumah. sampai di rumah aku langsung menyalin pakaian dan terus ke dapur. kali ini memasak menu makan malam. kesian tetamuku. dah-lah kena tinggal, terpaksa makan malam lewat pula. maaafkan aku. korang pun memang x plan nak singgah umah aku-kan....

kul 11.45 mlm, ku hantar tetamu-ku ini ke perhentian bas. Menghantar sehingga mereka hilang di dada bas yang menuju ke Klang. Selamat Jalan dan Jumpa Lagi!

menu aku simple jer sebenarnya. tuk jamu saat mereka sampai; mee goreng special dan waktu makan malam; siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam seafood. Dan tetamu-ku itu adalah sepupu perempuanku yang baru melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu. Mereka orang pertama dari kalangan saudaraku yang sampai di rumahku di Utara ini. Aku anak jati Johor, jadi sumer kaum keluarga dan saudara-maraku menetap di Johor. Aku jer yang terCAMPAK sampai ke UTARA!

Monday, August 11, 2008

Bola, kayu... hentam saja?

Suatu ketika dulu ada orang gelar sukan nie sebagai sukan untuk 'Golongan Orang Lemah Fikiran'. Aku tak tahu dari mana diorang dapat idea cenggitu. Pastu ada juga yang labelkan sukan ini untuk Golongan Elit, kaya dan ternama saja. Tak ketinggalan, sukan ini dikatakan hanya dimainkan oleh orang2 lelaki yang sudah berumur. Betul ker persepsi nie?

Beberapa minggu sudah, aku berpeluang mengikuti klinik golf. Tidak dinafikan bayaran yang dikenakan memang mahal. Itu baru klinik saja. Entah berapa pula kosnya kalau dah 'ketagih' nanti. Yang menariknya, segala peralatan seperti kayu golf dan bola disediakan percuma. Bagi yang mampu, sudah tentu-lah diorang usung peralatan sendiri. Tapi tuk first-timer cam aku nie, hanya datang bawa diri jer... heheh

Hari pertama adalah hari penerangan atau 'briefing session'. Kami diperkenalkan dengan seorang jurulatih yang cukup ternama. Sangat berpengalaman serta satu2 jurulatih golf di Malaysia yang memiliki kelayakan Dr. dalam bidang sistem keseimbangan tubuh manusia. Sebagai pengenalan, kami dimaklumkan dengan pelbagai kebaikan serta faedah dari sukan golf. Masa depan serta beberapa isu menyentuh sukan golf.

Sedikit penerangan tentang kod etika berpakaian di padang golf. Kod ini kadang-kala berbeza mengikut pihak pengurusan dan negara tapi yang diterima-pakai di sini:


  1. Kaum Adam diwajibkan memakai seluar panjang, T-shirt berkolar 'tuck-in' dan kasut golf.
  2. Kaum hawa pula lebih fleksibel sebab biasa-lah, perempuan memang sentiasa mahu kelihatan cantik. Walaupun kod hampir serupa tapi baju yang dipakai tidak semestinya 'tuck-in'.
  3. Kalau kaum Adam hanya menggunakan SATU sarung tangan di sebelah KIRI, kaum hawa pula lain ceritanya. Sarung tangan boleh dipakai diKEDUA2 belah dan jangan terkejut kalau anda lihat sarung tangan itu berlubang! Ini khas tuk mereka yang berkuku panjang cantik berhias! heheh...

Antara kebaikan golf (aku ingat2 lupa sebab tak catat apa2 pun)

  1. Sukan ini SANGAT BAGUS untuk menjaga kesihatan sebab sukan ini menggunakan dan menggerakkan sepenuhnya anggota badan kita. Dari jari-jemari, pergelangan tangan, siku, bahu, belakang, pinggang, pinggul, peha, lutut dan kaki semuanya akan 'dipaksa' berfungsi ketahap yang orang lain tak akan buat. Kalau tak kena gaya serta cara permainan yang betul, mahu sakit seluruh badan hanya selepas beberapa pukulan.. TRUST ME, I KNOW!
  2. Sukan ini boleh dimainkan secara berseorangan. jadi tak perlu risau kalau tetiba kawan kita terpaksa batalkan rancangan diorang di saat akhir. Kita masih boleh main sendiri. Dan menariknya sukan ini ialah kalau suka, kita boleh join mana2 kumpulan lain dan mereka akan dengan senang hati menerima kita.
  3. Dari segi SEKSologi pula, sukan golf ini mampu memantapkan lagi sistem seks. Ini kerana ia akan menegangkan bahagian belakang serta pinggang. Oleh kerana sistem seks kita berada disekitar kawasan ini, secara tidak langsung organ seks juga akan bertambah bertenaga. Baik untuk golongan ADAM dan HAWA. Malah dimaklumkan pernah ada pemain golf wanita yang sarat mengandung masih bermain golf 3 hari sebelum melahirkan. Beliau dikhabarkan mudah melahirkan bayi tersebut. ada berani?
  4. Sukan ini akan memakan masa yang agak lama untuk menghabiskan pukulan. Jadi kaum isteri tidak perlu bimbang jika suami pergi bermain. Ini kerana masa 5 jam sudah tentu dihabiskan di padang golf. Dan habis bermain, mereka akan terus pulang untuk berehat. Sekurang2nya isteri tahu dimana dan bila suami akan pulang! Tapi kalau ada yang pergi ke 'padang lain' itu munkin ada yang tak kena.... lu pikir-lah sendiri (kata NABIL)
  5. Sukan ini menjadi platform untuk apa juga bentuk perniagaan dan perundingan. Dunia korporat banyak berkisar di padang golf bukan sekadar untuk beriadah tapi melebarkan empayar!
  6. Membentuk disiplin dalam diri.
  7. Memupuk nilai kejujuran yang tinggi. Ini kerana dalam permainan ini, segala2nya terletak pada diri kita. Samada bola telah terkena kayu kita atau tidak, kita saja yang tahu. Berapa banyak pukulan yang kita buat pun hanya kita yang tahu. Tapi awas, kalau sekali kita terTANGKAP menipu semasa dalam permainan, reputasi kita akan tercalar selamanya.
  8. Melalui sukan ini, keperibadian seseorang akan terserlah. Mana tahu selama nie mereka berpura2 kelihatan baik.. sekali sekala bawa mereka turun padang, tengok apa reaksi mereka kalau bola asyik tak masuk sasaran. Masih boleh tersenyum dan bersabar atau habis semua di maki! muahahahahah
  9. Disesetengah negara, penglibatan dalam sukan ini memudahkan kita mendapat pekerjaan. Sekiranya perkataan GOLF tercatat dalam resume, kita akan disenarai-pendekan serta merta! Percaya atau tidak...?
  10. Semua peringkat umur boleh main golf. Kanak-kanak seawal usia 4 tahun pun boleh main. Kira sukan nie sukan tuk seisi keluarga. jadi boleh-lah buat 'HARI KELUARGA' kat golf resort! heheheh...
Okay-lah, itu sebahagian yang aku nak kongsi bersama. Klinik yang aku ikut nie dijalankan 2 kali sebulan sebab kesibukan tugas jurulatih serta kumpulan aku nie. Bagi yang berminat nak sertai sukan golf, bolehlah layari website nie: http://cintasayangresort.com/cs_golfacademy.html

Ingat! Bukan sekadar 'bola, kayu... hentam saja tau!'

Wednesday, July 30, 2008

Saat yang merdu terlalu MEMBINGITKAN

TOLONGGGGGGGG!!!!!!!!!!

Berikan aku ruang untuk melelapkan mata ini.
Barangkali rutin hidup kalian lebih dasyat dari aku. Dan mungkin ada yang tersenyum kambing sambil berkata "itu baru sket jer". Dan aku pasti, aku masih di antara yang bertuah kerana masih diberi peluang menghargai nikmat TIDUR. Apa pun, aku ingin kongsi rutin aku untuk 2 minggu sudah hingga ke hari ini. Bak kata Nabil "Lu pikir-lah sendiri!"

Aku memulakan perjalanan pada 18 julai dari Kedah untuk ke Terengganu dengan memandu kereta melalui laluan Grik. Aku singgah tumpang bermalam di Pengkalan Hulu sambil bersembang dan makan buah2. Keesokan harinya barulah aku meneruskan perjalanan. Sampai di hotel nyamuk sudah agak lewat malam. Aku check-in dan terus zzzzzzzzz. (nyamuk2 itu bagaikan berpesta menyambut kedatangan tetamu istemewa mereka.)
Hari ke-4 aku check-out dan terus menuju ke destinasi seterusnya. Kali ini ke Kukup Johor. (Sudah dekat benar dengan Tanjung Piai-Penghujung Benua Asia). Perjalanan ke Johor sebenarnya tidak ada dalam plan asal aku. Tapi sms nie mengubah segalanya:

"slmt pg, nak ckp je, irfan* ni sjak 2-3 ari asyik sebut nama kompasakti jer.."

Tanpa berlengah aku terus ke Johor. Tambahan pula, sekarang musim durian. Abg Long dah siap tempahkan sebakul durian bila aku kata aku akan balik jenguk IRFAN. Aku tiba jam 10.30 malam. Keesokan harinya, awal2 pagi lagi Irfan dah bangun mengejutkan aku. Aku menghabiskan masa sehari suntuk melayan karenah Irfan. Jelas terpancar kegembiraan di wajah kanak2 ini saat bercerita itu ini dalam pelat kanak2 yang kadang kala langsung tak kufahami. Langsung tak mahu berenggang dari aku sampaikan aku baru pegi toilet dia dah bising menanya mana aku pergi..huhuhu..

Oleh kerana dah sampai johor, WAJIB tuk aku menjenguk emak. Jadi Aku bawa Irfan bersama sebab dia nak ikut sesangat. Aku belum siap dia dah duduk dalam keta (kebetulan Kak Long memang nak ke sana sebab dah lama tak jenguk mak juga). Di rumah emak, 2 lagi anak sedaraku yang berusia 2 dan 3 tahun buat perangai yang sama. Aduh! Walaupun letih tapi aku sangat SANGAT terhibur. Gembira. Bahagia.

26 Julai jam 10.00 malam aku bertolak kembali semula ke Kedah. Tapi harus singgah di Perak terlebih dahulu. Aku tiba di Perak jam 5.00 pagi 27 julai. Tengah hari itu aku akhirnya PULANG ke Gurun. Rumah-ku Syurga-ku!. Seharian mengemas rumah yang lama ditinggal pergi, mencuci pakaian kotor berbakul2! 28 Julai aku perlu ke Pulau Pinang menjalani latihan.
Dan semalam di ulangi SEMALAM, 29 Julai, aku memulakan semula rutin minggu lepas. Jam 8.00 malam bertolak dari Gurun ke Kuala Lumpur. Aku memandu tanpa henti dan tiba di hotel-sakit-telinga jam 2.30 pagi. Check-in dan terus tido! Sekadar bangun tuk solat subuh dan tido semula. Tapi jam 8.00 pagi aku dikejutkan dengan pelbagai bunyi alat muzik! Bunyi/nada yang paling merdu pun kedengaran sangat membingitkan diwaktu ini. Dengan muka mamai aku buka pintu untuk melihat apa yang berlaku. Tadaaaaaa.... punya-lah ramai manusia yang berpakaian kemas dan segak, anggun bersolek rapi sedang berdebar2 menunggu giliran. Semua mata memandangku.

Baru aku sedar di KIRI, KANAN malah DEPAN bilik aku sedang berlangsung satu peperiksaan. Atau lebih tepat lagi, seluruh bilik tingkat itu telah dijadikan bilik peperiksaan! EXAM of ROYAL MUSIC! Argggghhhhhhhhhhhhhh....

Tak tahan dengan semua nie, aku terus telefon pihak pengurusan hotel. 15 minit berlalu tanpa apa2 berlaku, aku bingkas bangun turun ke lobby dan mohon ditukarkan ke bilik lain. Pihak hotel memaklumkan semua bilik FULLY-BOOKED. Aku tak mampu nak bertekak dan JUJUR aku katakan, airmataku hampir saja tumpah... dengan mata separa terbuka, aku bagaikan zombi hidup...

Alhamdullillah, saat aku sampai di bilik, telefon bilik berdering. Di hujung talian aku dengar kalimah yang paling PALING aku nak dengar saat dan ketika itu!

'selamat pagi, bilik kompasakti telah sedia dan staff kami akan menghantar kunci sebentar lagi'

Dan saat ganggang ku letak...

DING DONG!

Loceng pintu ditekan dan di situ seorang lelaki kacak sedang tersenyum...

(*irfan nie anak sedara kompasakti yang baru berusia 3 thn. bln lepas terpaksa dimasukan ke hospital kerana demam yg sangat teruk)

Tuesday, July 22, 2008

Hotel Nyamuk!

Terdapat 2700 spesis nyamuk yg telah dikenalpasti hingga kini. Nyamuk nie ada 2 kepak bersisik (untuk terbang mestilah kena ada kepak... nama pun serangga), tubuh yang langsing (klu gemuk tentu susah nak terbang!), enam kaki panjang dan ada pelbagai saiz. Nyamuk dalam English dikenali sebagai "Mosquito", yang diambil dari bahasa Sepanyol yang bererti LALAT KECIL! Ini sebahagian dari fakta tentang nyamuk.

Sebenarnya aku bukan nak citer pasal fakta nyamuk. Tapi aku nak citer betapa seksanya stay ngan nyamuk2 nie. First time aku stay kat hotel nie, aku dapat bilik di tingkat 2 dengan view menghadap laut. Memang cantik sangat . Sebab tuh aku tak kisah tuk datang kali ke-2.

Kali nie aku dapat bilik yang sangat SANGAT tak best. Kat tingkat satu. Dengan view menghadap parking lot. Dan mengeruhkan lagi keadaan adalah nyamuk2 yg mesra alam nie! Bukan seekor dua tapi BANYAK giler. Kat atas cadar, dinding, bawah meja, dlm langsir, dlm almari, tingkap malah boleh dikatakan setiap penjuru bilik tuh ada nyamuk. So aku pasang ubat nyamuk elektrik tuh 24 jam. Siap minta extra lagi. Sampai aku plak yang pening2 lalat. Dan hasilnya, bergelimpangan nyamuk2 nie kat lantai..

Gambar2 nie aku tangkap sebelum aku bunuh nyamuk tuh. Sebahagiannya staff housekeeping dah sapu time diorg kemas bilik. Nie yang sempat aku kutip bergelimpangan dek ubat nyamuk. Klu aku nak buat ujikaji, aku YAKIN aku ada sample yang mencukupi (sample nyamuk hidup dan mati). Tapi yang paling aku takut ialah kalau2 nyamuk nie pembawa penyakit merbahaya. Ngeri! Klu anything goes wrong, aku akan SAMAN hotel nie. Aku minta tukar bilik diorg kata tak boleh sebab sumer bilik fully-booked. Tapi parking lot nie half empty jer.... sabar jer-lah!

Saturday, July 19, 2008

Dambaan kalbu


Masa aku menjenguk beberapa blog masakan, aku jumpa blog nie. Aku sangat kagum dengan teknik fotografi yang dilakukan tuan punya blog. Memang teruja melihat menu-menu yang disediakan. Walaupun kebanyakan menu yang dipaparkan terdiri dari menu biasa (pada aku-lah). Tapi bila melihat gambar-gambar masakan yang diambil, rasa macam SANGAT MENYELERAKAN. Sangat istemewa. TAHNIAH pada MatGebu. Melalui kamu, aku tidak sekadar melihat makanan dalam bekas...

Anyway, aku dah lama teringin nak buat menu ni. Tambah plak setiap kali pulang ke kampung, selalu jer diorg masukan 2-3 biji betik dalam keta aku. Dan sampai satu tahap betik tuh membusuk begitu jer sebab aku x tahu nak buat apa. Beberapa hari selepas membelek blog mat, aku jadi teruja sangat. Aku pun beli segala bahan yang diperlukan. Dan dengan gumbira g balik kampung dengan tujuan yang murni... nak amik betik kat kampung. heheh... Tapi ada satu problem besar.. Pokok betik yang selama nie mengeluarkan hasil dah menyembah bumi!

Aku tak putus asa. Aku terus jer beli kat kedai betik paling comel aku bley dapat. (hehehe... aku sorang jer yang nak makan). Dan setelah menunggu sekian lama, maka terhasillah jeruk betik ini. Sebijik macam dalam blog mat. Mekasih bebanyak yer.


p/s: aku cuba ikut amik gambar style mat, tapi hasil foto ini tetap kureng... huhuhu

Friday, July 18, 2008

Tazkirah hari Jumaat - Langsaikanlah HUTANG

Hutang piutang bermakna memberikan sesuatu kepada seseorang dengan perjanjian dia akan membayar/mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama. Misalnya hutang RM1000 dikembalikan RM1000 atau jika hutang itu beras harus dibayar dengan beras yang sama banyaknya.

Memberi hutang hukumnya SUNAT sama seperti kita tolong-menolong dalam bidang yang lain. Namun memberi hutang kadang-kadang menjadi WAJIB seperti bilamana kita menghutangi orang yang terlantar sakit atau kecelakaan atau yang sangat berkeinginan.

Hutang adalah hak kita.
Kita boleh memilih untuk memberi atau tidak. Menerima atau tidak.
Tapi perlu diingat dalam setiap hak kita, ada 1/3 hak orang lain.
Dan Allah akan menolong setiap hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya.

Syarat hutang ada 3:

Pertama : Lafaz hutang.
Pemberi hutang dan penerima hutang WAJIB melafazkannya. Dan sekiranya salah satu gagal berbuat demikian, isu hutang secara hukum sebenarnya tidak timbul. Misal kata A ingin berhutang dengan B.

Si A : B, bolehkah jika aku ingin pinjam sebanyak .... dari kamu? Kira aku hutang pada kamulah. Nanti cukup bulan aku pulangkan.
Si B : Apa salahnya. Kamu pun kawan aku juga. Aku boleh beri kamu hutang sebanyak .... dan kamu perlu bayar bila dah cukup bulan nanti.
Si A : Terima kasih B. Aku janji akan pulangkan semula.
* Dalam kes ini, lafaz hutang dilakukan dengan sempurna pada hukumnya.

Si A : Aku takde duit la bulan nie. Boleh pinjam duit ko. Ko pun bukan baru hari nie kenal aku.
Si B : Amiklah. (sambil menghulur sejumlah duit pada A)
Si A : Terima kasih B. ko-lah kawan aku.
* Dalam kes ini, lafaz hutang tidak dibuat dengan sempurna. Walaupun pada amnya kedua-dia pihak faham maksud pihak yang satu lagi, perjanjian hutang sebenarnya tidak berlaku dari segi hukum. Dan jika si A enggan memulangkan, Si B tidak berhak menuntut duitnya kembali. Ini kerana Si B yang memberi hutang tidak melafazkannya. Ia sebenarnya dikira MEMBERI dan bukan BERHUTANG.

Kedua : Orang yang memberi hutang
Orang yang memberi hutang mestilah orang yang berkemampuan untuk memberi hutang.

Ketiga : Orang yang berhutang
Perjanjian hutang ini sudah tentunya tidak akan terjadi jika tiada orang yang mahu berhutang.

Thursday, July 10, 2008

Pearl of Borneo!

Aku dah pergi semua negeri kat semenanjung malaysia nie.
Sarawak pun aku dah pi.
Cuma Sabah ngan WP Labuan jer aku x pegi lagi.
Labuan nie Kawasan Bebas Cukai.
Juga dikenali sebagai Permata Borneo (Pearl of Borneo).

Aku tergelak dengar citer member yg pertama kali pi sana.
Dia pi masuk restoran fast food.
Since kat semenanjung ada TAX,
so dia standby la bayaran TERMASUK tuk tax.
Time buat bayaran baru dia tersedar kat Labuan MANA ADA tax!
huhuhu...

Klu pi sana tak beli mutiara sebutir dua memang rugi.
Sebagai tanda ingatan kita dah samapai situ.

Nie cenderamata yg aku dapat dari Labuan.
Comel jer. Aku suka.
TERIMA KASIH daun keladi yer....
lain kali bagi-lah lagi.
hehehe.

Tuesday, July 08, 2008

Special Entry - Ayam ungkep jawa

Pertama kali rasa masakan nie kat umah mak usu belah ayah.
Time raya aidilfitri 2 tahun lepas.
Sedap sangat sampai tak sedar mangkuk lauk dah licin!
Masakan asli jawa yang lepas tahap piawaian tekak kompasakti.
ekekek...
Jadi, tuk my-mom-to-be-friend-yg-sekarang-hanya-lalu-makan-menu-yg-pedas, aku nak pesan satu jer :
'aku gerenti, diulangi GERENTI ko suka menu nie!'

Pada korang yg nak tahu rasa menu nie, silalah mencuba.
Kali nie kompasakti tuliskan resepi.



Ayam Ungkep Jawa

1/2 ekor ayam (potong kecil, bersihkan & tos)
1 s/k serbuk kunyit
sedikit garam
minyak tuk menggoreng
---> Gaulkan semua bahan di atas pada ayam dan kemudian gorengkan ayam

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putiih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 s/k biji ketumbar (rendam dalam air)
10 batang cilipadi
---> kisarkan kasar semua bahan di atas. x perlu terlalu halus.
[tumbuk guna lesung lagi sedap!]

Cara nak masak:
- Panaskan minyak dalam periuk/kuali yg bertutup.
- Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau/minyak
- Masukan 2-3 cawan air
- Masukan semua ayam yg telah digoreng
- Letak garam secukupnya
- Tutupkan periuk dan biarkan sehingga kuah tinggal sedikit seperti masak rendang
- Kacau sekali sekala agar bahagian bawah tidak hangit.
- Apabila kuah dah kering/tinggal sedikit, bolehlah dihidangkan.

Selamat Menjamu Selera!

Monday, June 30, 2008

Bertarung di Pantai Merdeka

3 hari di hujung minggu.
Aku habiskan dengan berpeluh dan berpanas.
Bermain gelombang dan arus deras.
Menyelusuri air masin dan air tawar.
Bermula di Pantai Merdeka..
Memasuki muara Sungai Lintang...
Singgah di Jeti Sungai Lintang.. makan tengahari.
Kembali ke Pantai Merdeka.

Dah lama gak aku tak melakukan aksi sebegini.
Kali pertama aku berkayak waktu xpdc pergi balik ke Pulau Sibu.
Latihan insentif seminggu sebelum pergi banyak membantu.
Gelombang Laut China Selatan sket pun tak memberi kesan.
Bahkan rasa seronok dapat berkayak di antara gelombang!

Memandangkan aku dah lama x buat xtvt aktif cenggini,
maka hati bagai ditarik2 untuk turun beraksi.
Saat kayak mencecah gigi pantai, semangat masih membara!
Tapi bila berlawan dengan arus deras di muara sungai,
aku tewas akhirnya....
Terpaksa ditarik oleh bot yang mengiringi.. huhuhu
Rupa-rupanya berkayak melawan arus sungai lebih SUKAR dari berkayak melawan gelombang!

Selepas makan tengahari, aku berazam untuk berkayak tanpa bantuan bot.
Tambahan pula arus sungai keluar ke laut pasti lebih mudah
Walaupun berada di kedudukan terakhir, aku nekad enggan ditarik bot lagi!
Setelah berhempas pulas, Pantai Merdeka menyambutku dengan mesra.
TAHNIAH!

Namun kegembiraan aku hanya seketika cuma.
Tanpa sebarang latihan untuk xtvt selasak ini,
tubuhku mula bertindakbalas.
Segala sendi mula terasa bisa..
Paling menyakitkan bila tangan kiri tak mampu ku gerakkan!
Minyak panas telah habis kusapu tapi bisa2 ini tetap tak kurang.
Lalu malam itu juga aku pulang ke rumah!
Terbaring lesu di tilam empuk..

Friday, June 27, 2008

Tazkirah Jumaat - Haram membaca Bismillah.

Semalam aku dengar radio Kedah.fm
Aku dengar seorang ustaz memberi tazkirah.
Serta menjawab pertanyaan dari pendengar.

Memulakan bacaan al-quran dengan kalimah Bismillah memang kelaziman.
Di awal sudah tentu.. di pertengahan juga begitu..
Tapi ada satu surah yang HARAM kita mulakan dengan kalimah Bismillah.
Unik sungguh surah ini bagi yang memahaminya.
Kalian tahu surah apa?
Bagi kalian yang masih tidak tahu, atau tak sedar kewujudan hukum ini,
izinkan aku memaklumkan pada kalian.

Surah yang unik ini adalah Surah k-9 dalam Al-Quran.
Atau lebih tepat lagi Surah Al-Bara'ah.
Surah ini mengandungi 127 ayat.
Hanya surah ini yang tidak dimulakan dengan Bismillah.
Selama ini aku tak tahu pun.
Atau mungkin aku x perasan.. ermmm

Thursday, June 26, 2008

Jangan sisih garam itu!

Masa aku balik ke rumah, peti merah kat pagar memanggil-manggil aku.
kat dalam tuh ada beberapa sampul pelbagai saiz dan dokumen.
Tapi risalah yang satu nie sangat SANGAT menarik minat aku.
Ditulis sepenuhnya dalam English.
Topik yang diutarakan ---> SALT a.k.a GARAM

Aku senaraikan semula untuk kalian yang munkin x akan dapat risalah nie.
63 kegunaan garam. Maaf, aku tulis dalam English seperti risalah asal.

  1. Stop weeds in their tracks
  2. Get rid of snails and slugs (suka idea nie sebab 'kebun kecil' aku selalu kena serang!)
  3. Clean flowerpots without water
  4. Clean aquarium tanks
  5. Repel fleas
  6. Keep ants out
  7. Freshen refuse disposals
  8. Remove baked-on food
  9. Soak stains off enamel pans
  10. Keep oven spills from hardening
  11. Scrub off burned milk
  12. Clean greasy iron pans
  13. Clean discoloured glass
  14. Clean cast-iron woks
  15. Remove lipstick!
  16. Brighten up cutting boards
  17. Clean the refrigerator (idea nie pun bagus since kita tak perlu guna sabun!)
  18. Speed cleanup of messy bread dough
  19. Erase tea and coffee stains
  20. Shine teapot spouts
  21. Clean coffee precolators
  22. Remedy bitter coffee
  23. Prevent grease splatters
  24. Make water boil faster (selalu guna tuk masak telur time breakfast!)
  25. Shell hard-boiled eggs easily
  26. Poach perfect eggs
  27. Test egg freshness
  28. Shell pecan nuts easily
  29. Wash spinach thoroughly
  30. Keep salad crisp
  31. Revive wrinkled apples
  32. Stop cut fruit from browning (berguna terutama time open-house)
  33. Whip cream and beat eggs better
  34. Keep milk fresh longer
  35. Prevent mould on cheese
  36. Put out grease fires
  37. Wipe up spilled eggs easily
  38. Give goldfish a parasite-killing bath
  39. Deodorise sneakers
  40. Make your own scented air freshener
  41. Clean grease stains
  42. Remove water-marks from water
  43. Refresh sponges
  44. Relieve stings, bites and plant allergies (sangat sesuai tuk tanggalkan pacat!)
  45. Keep windows and windscreens frost-free
  46. Removed red wine stains
  47. Make your own brass and copper polish
  48. Keep wicker furniture looking new
  49. Make brooms last longer
  50. Ease fireplace cleanup
  51. Clear flower residue from vases
  52. Clean artificial flowers
  53. Hold artificial flowers in place
  54. Clean an iron's metal soleplate
  55. Make a quick stain pre-treatment
  56. Remove perspiration stains
  57. Preserve the colour in new towels
  58. Treat dandruff
  59. Soften skin
  60. Exfoliate
  61. Freshen breath
  62. Open hair-clogged drains
  63. Remove spots on bath and sink enamel!

Aku ingatkan garam just tuk masak.... heheheh

Wednesday, June 25, 2008

Kelazatan yang tawar..

Takde selere la.
Tak lalu nak makan!
Bukan sebab sakit atau makanan x sedap cuma..
perasaan amat mudah mempengaruhi minda.

Aku beruntung sesangat sebab mempunyai adik beradik yang ramai.
8 adik beradik. Karenah dan perangai berbeda mewujudkan kemeriahan.
Jarak usia kami hanya berselang 2 tahun.

Waktu makan memang SANGAT menyelerakan.
Hidangan yang disaji senderhana sekali.
sekadar cuma tumis pucuk paku atau masak lemak pucuk ubi dan ikan sepat masin.
Sesekali abah pulang membawa ayam hutan atau burung wak-wak yang dijerat.
Ada masanya hanya sambal cili kering dan ikan bilis parang yang digoreng...
Selalu juga sekadar kicap dan telur ayam kampung serta sambal totok..
Tapi kami bertambah-tambah nasi. SENTIASA!
Emak selalu masak 5 pot setiap hari. 2 kali sehari. Tengahari dan malam.

Sekarang aku tinggal berjauhan.
Dianugerahi rezeki yang x pernah putus. Syukur.
Sebut saja menu yang dihajati, mudah sungguh untuk dipenuhi.
Masakan barat, masakan kampung, makanan segera, hidangan hotel..
Tapi semua itu terasa kosong.
Tawar seperti tiada perisa..

Dan semua ini buat aku sedar sesuatu.
Betapa kelazatan yang dicari bukan hanya dilidah.
Tapi yang paling penting di hati.

Tuesday, June 24, 2008

Mimpi ngeri di siang hari.

Tahun 2004 (klu tak silap aku) kerajaan telah umumkan penggunaan kad plastik di stesen minyak diberhentikan. Time tu aku masih tinggal dan kerja di selatan tanahair serta baru pakai JGD. Pengumuman tu langsung tak mengganggu rutin hidup aku. Cuma ramai member bising sebab mereka terpaksa bawa tunai yang banyak. Member yang berulang-alik ke seberang tambak menerima impak yang lebih besar sebab mahu atau tidak mereka terpaksa mengisi penuh kenderaan masing2 sebelum dan selepas melintasi tambak. Kad plastik memudahkan mereka kerana tak perlu menukar matawang. Nasib baik isu nie sekejap jer. Kerajaan umumkan semula penggunaan kad plastik dibenarkan. Ramai yang menarik nafas lega...

Sekarang sudah hampir pertengahan tahun 2008. Sudah 4 tahun isu itu berlalu. Banyak perubahan telah berlaku dalam tempoh ini. Aku telah berhijrah ke utara tanahair meninggalkan keluarga tercinta di selatan tanahair. JGD telah bertukar tangan dan diganti dengan PHN. Perubahan paling DRASTIK dan mencabar kewarasan aku adalah KENAIKAN harga petrol.

Berita Harian Selasa 24 jun 2008
KUALA LUMPUR: Semua stesen minyak di seluruh negara akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak.

Dalam keadaan yg menekan ini, isu penggunaan kad plastik dibangkitkan semula! Masing2 seperti cuba melepaskan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Tidakkah mereka terfikir, apa kesannya kepada orang seperti aku yg saban minggu terpaksa melalui perjalanan jauh? Johor dan Kedah. Petrol dan tol. Ko bayangkan berapa tebal dompet aku untuk perjalanan ini...

Dan aku mula memikirkan perkara2 yang negatif. Kalau ko berada di selatan tanahair dan terlihat kereta dengan nombor plat utara tanahair, tidakkah SANGAT jelas pemilik kenderaan tersebut membawa tunai yg boleh dikategorikan mewah? Tentu ramai perompak atau pembuli jalanraya yang tersenyum lebar sampai ke telinga. Orang-orang seperti aku akan sentiasa dalam ketakutan bila berada di luar kawasan!

arghhhhhhhhhhhhhhh........

Tuesday, June 10, 2008

Buat cermin pun boleh!

Dulu, inilah aktiviti yang paling aku BENCI tahap mentibang.
Macam xde faedah jer. Kena matahari cair gak!
Tapi TERPAKSA gak buat kalau nak selamat.
Ada yang terlebih bijak pi guna 'TOYOL'...
Tak pasal2 semua merana.


Aktiviti nie memerlukan banyak barang and pantang larang.
Tuh tak termasuk pelbagai tatacara nak 'make it work!'.
Atau memang diorang sengaja nak bagi kami kompius...?
Banyak modal yang terpaksa aku kuarkan.
Nak beli lilin, lighter, high quality cotton, hair-dryer, berus gigi,
Kain lembut org guna tuk lap kereta, baju pagoda (sebab kain dia lembut)..
Sekali buat semua barang di atas habis. Semua jadi hitam!
Kaedah nak buat plak ada memacam ikut 'tok guru' yg mengajar.
Ada yg kena bakar atas lilin or dapur pun bley gak.
Jemur bawah terik mentari pun ok.
Yang hanya gosok bawah aliran air paip pun ada.
Termasuk gak yang gosok pakai air liur! hampehz.
Yang pelik tuh, berus yang dibekalkan langsung xde guna!


Semua kaedah tuh aku dah buat & pernah buat.
Sakit segala sendi tangan ngan bahu dibuatnya.
I learned it from the HARD way.
Berpeluh gak nak dapat kaedah yg x semestinya jadi nie!


Sekarang nie, aku tetiba gian nak buat balik aktiviti ni.
Aku keluarkan segala tok nenek barang dari stor.
Aku dah MAHIR tahap dewa buat aktiviti nie.
5 pasang kasut nie aku siapkan ngan selamba jer.
huhuhu...
Aku RINDU saat2 manis aku buat aktiviti nie ngan geng2 lama.


Wednesday, May 28, 2008

Hadiah dari hati

kekadang perlu untuk kita menghargai diri sendiri.
(walaupun penghargaan dari org lain lebih bermakna)
huhuu..
Jadi, sebagai tanda penghargaan pada diri yang telah melalui 'cabaran diri',
aku lambakkan pelbagai jenis coklat di depan mata.
Biar rambang untuk memilih mana yg hendak dimakan dulu.
ekekekek.
Dan aku tepuk bahu kanan sambil berkata:
'u have done a great job!

Tuesday, May 27, 2008

Menyahut cabaran

Aku berada di tahap yang SEDERHANA.
Tidak terlalu bijak dan tidak terlalu cergas.
Hanya sekadar biasa-biasa saja.
Boleh ke kita menilai diri sendiri?
Penilaian bukankah sewajarnya dibuat oleh mereka di sekeliling kita?

Minggu nie aku sengaja mencabar diri.
Atau lebih tepat, menguji kemampuan mental dan fizikal.
Aku mulakan hujung minggu (Sabtu) dengan menghadapi peperiksaan.
Secara jujur, otak kanan dan otak kiri aku kurang bekerjasama.
Oleh itu, masa yg diberi aku FIKIR terlalu singkat.
Hanya separuh soalan aku mampu selesaikan! ceh!

Keesokkan harinya (ahad), giliran fizikal plak.
Setelah hampir 2 tahun aku menggantung pakaian biru di almari.
Jelas sekali telah jatuh merundum prestasi fizikal aku.
Kalau sebelum 2 tahun lepas, larian sejauh 2.4km aku selesaikan
tanpa tercungap nafas, malah sambil menyanyi lagi!
Namun untuk hari ini, aku tertinggal jauh di belakang.
tercungap2.. hanya mampu berjalan pantas..
Memotong peserta kategori veteran pun tak mampu.
peserta KANAK2 berlari bagai lipas kudung.
Nun di hadapan mendahulu peserta TERBUKA & VETERAN.
Aku sekadar berjaya menghabiskan larian dalam masa yg ditentukan.
aduh! apa dah jadi pada aku nie?

Dan malamnya, penangan jogathon mula aku rasa.
Sakit segala sendi dari pinggang dan ke bawah.
Tak cukup dengan kesakitan ini, aku di serang sakit kepala.
Yang ini memang aku tak mampu tanggung.
Aku rela cedera dari di serang sakit kepala!

Program keesokan harinya (Isnin), terpaksa aku batalkan.
Asalnya aku berhasrat nak menderma darah.
(sebab boleh dapat banyak goodies - ada beg sandang, tshirt, set 'manicure',
pen allan d'lious, yougard bliss, biskut tiger, pil2 vitamin & zat besi, sijil dan
sudah tentu kerana TANGUNGJAWAB sesama manusia)
Tapi aku tak larat sangat.
Hanya sekadar tengok orang lain mengusung goodies jer...
huhuhu

Jadi, secara keseluruhan aku berada di tahap SEDERHANA.
Aku perlu buat sesuatu!
I MUST.

Thursday, May 22, 2008

Entri ke-100

TAHNIAH!

Sedar tak sedar rupanya dah 100 entri aku kat sini.
banyak juga yang telah aku kongsikan.
aku akan terus bercerita hingga tiada lagi cerita tuk diceritakan.

Friday, May 16, 2008

16 Mei 2008

HAPPY TEACHER's DAY!!

(jutaan terima kasih untuk semua cikgu2 yg pernah mendidik kompasakti)
sek keb pt markom (darjah 1-3 biru)
sek keb sri kembar (4-6 hijau)
sek agama sri kembar (darjah 1,2,4,5 & 6)
sek men ren benut (ting 1-3 berlian)
sek men teknik jb (ting 4-5 A 2)
sek agama benut (darjah khas agama)
utm jb (sgg)

Wednesday, May 14, 2008

aku tak mahu melalui zaman itu kembali!!

semalam.
kedengaran suara menteri itu membuat kenyataan.
saranan. gesaan? paksaan?
'makan keledek & ubi ganti nasi'

aku rasa macam kembali ke zaman penjajah.
zaman pendudukan Jepun di Malaya.
zaman di mana kita TERpaksa makan keledek/ubi untuk hidup.
ubi bakar atas arang/kayu memang sedap.
keledek goreng cicah sambal kicap memang menyelerakan.
tapi untuk dimakan setiap hari...?
menggantikan nasi?
aku TAK SANGGUP!
aku tak mahu melalui zaman yg sangat sukar itu.
terlalu banyak kesedihan.
tak tertanggung kesengsaraan.
Penderitaan...

Ganti nasi ngan keledek/ubi?
NO!

Sunday, May 11, 2008

inilah harinya..

SElAmAT HarI IbU
(selamat hari emak!)

Friday, May 09, 2008

siapa yg lebih mengenali

cuba bagitau kompasakti, apa makanan kegemaran Artis Popular 2007 a.k.a Mawi World?
sepantas sms kalian menjawab: Nasi goreng kampung

cuba cerita kat kompasakti senarai penyanyi pujaan Dato Ct?
kalian dengan lajunya menjawab: Ziana Zain, Celine Dion, Sudirman dan P. Ramlee

sekarang cuba bagitau kompasakti apa saiz kasut emak kalian?
nie apsal sumer buat muka blur nie.... hampehz tul.

Thursday, May 08, 2008

banyak tapi satu

kompasakti panggil emak kompasakti 'EMAK'.
naper panggil camtu... sebab:
emak kompasakti tak suka orang panggil dia 'IBU'.
sebab dia kata dia bukan 'babu'
erk!

p/s:
babu = orang suruhan buat keje
kalian jangan terasa hati dengan entri nie okay.
ikut suka kalian nak panggil emak ker, ibu ker, ummi ker, mak ker,
mummy ker, mami ker... etc

Wednesday, May 07, 2008

who next??

Your Mother

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
Lagu nasyid nyanyian Yusuf Islam
Kompasakti suka lagu nie.
I love u, mum!

Tuesday, May 06, 2008

Kasih ibu dilupa jangan.

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasrat ku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya kepada mu
Ibu tersayang
Ku curahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi
Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih Mu
Oh! Ibu
Kau kekasih sejati
Ku taburkan doa
Untuk mu ibu
Ampunilah dosa ku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayat mu Ibu...
Saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersama mu ibu

Lagu yang sungguh syahdu nyanyian Exist.
My mum suka lagu nie & siap tulis lirik dalam tulisan jawi.
Kompasakti tak berapa suka sebab nanti my mum nangis after that.

Monday, May 05, 2008

Seminggu mengingati Ibu!

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Puisi kegemaran kompasakti nukilan Sasterawan Negawa Usman Awang.
Kompasakti dedikasikan blog ini selama seminggu
mulai 5 mei 2008 sempena Hari Ibu yang bakal tiba.

Friday, May 02, 2008

i wanna to wish u..

Today is 2/5/2008
so.........

HaPPy BiRThdAy!
(semoga impian terlaksana)

Thursday, May 01, 2008

1 Mei 2008


SelAMat hARi PerKERja!!!
selamat bercuti tuk sumer.

Wednesday, April 30, 2008

"..tolong! tolong aku... tolong..
kasihanilah aku sang kura-kura.
dah 4 hari aku tak makan..."

Aku amat mengerti perasaan Sang Monyet!
Sebab masuk hari ni, dah 4 hari aku tak menjamah nasi!
Aku lapar nasi. SANGAT lapar.
Nasi... nasi.. nasi!

Bukan. aku bukan duk luar negara.
pun bukan dalan hutan belantara.
Bukan. Bekalan makanan masih cukup di sini.
Kesan kekurangan 'world food' belum sampai sini.
Tapi memang dah 4 hari aku tak makan nasi!

Dan hari ni, hanya dengan menu kegemaranku,
(sambal telur hancur, kicap dan nasi panas)
aku rasa sungguh berselera.
Berselera menikmati 2-3 pinggan nasi.

Sunday, April 27, 2008

Selamat Ulangtahun ke-74 TLDM

(SAMUDERA RAYA - lagu rasmi TLDM)

Semboyan angkatan laut kita
Di samudera raya
Menjaga pantai ibu pertiwi
Dari angkara murka
Dari barat sampai ke timur
Itulah pantai Malaysia
Tiap saat berjaga
Di tengah samudera raya
Perwira dan satria
Angkatan Laut Di Raja

Selamat kembali ke TANAHAIR setelah 410 hari mengelilingi dunia buat seluruh warga KLD TUNAS SAMUDERA.
Selamat ulangta
hun ke-74 buat seluruh warga TLDM

Wednesday, April 23, 2008

saat perut berbunyi..

PAKA TERENGGANU.
Hari2 makan dihotel, tekak rasa muak.
Aku jalan2 cari tempat makan.
Ada banyak warung dan kedai makan.
Tapi aku langsung xtertarik tuk berhenti.
Aku jalan2 terpandang satu restoran.
'NASI KUKUS'
Aku singgah dan buat pesanan.
'Bagi saya nasi kukus'
Aku bayar RM5.00
Aku jeling2 restoran nie.
Ada banyak pilihan tempat duduk.
Di dalam ruang restoran atau di bawah khemah pengantin.
Klu nak lagi esklusif, ada VIP Room.
Menu 'nasi kukus' tetap dihidang atas kertas minyak wpun makan di situ.
Setiap satu nasi kukus sebesar cawan dikukus satu persatu.
Dihidang bersama seketul ayam dibelah 4.
Juga sedikit sambal belacan, kepingan timun dan Kari Ikan.
Dan dengan gembira aku bawa balik hotel.
Aku makan dihotel.
Perut aku sudah berhenti menyanyi

what's your prob? huh!

Aku pegi kedai dobi.
Dia pun pegi kedai dobi.
Aku bawa satu beg plastik pakaian untuk dicuci.
Dia bawa lebih banyak beg dari aku. (lebih dari 5 beg)
Aku lebih muda dari dia.
Dia lebih tua dari aku.
Aku tak kenal pun dia.
Tapi satu ayat yang keluar dari mulut dia buat aku BENCI dia.

'pompuan basuh la baju sendiri..'

Dia cakap dalam loghat pekat terengganu.
Aku marah sangat. SANGAT MARAH!
Aku marah sebab tak mampu nak jawab balik ayat dia.
Sebab aku diajar untuk menghormati org yang lebih tua!
AKU SANGAT MARAH.

Tuesday, April 22, 2008

DOUBLE JOY!

Aku minta maaf sebab tak dapat hadir majlis korang.
Aku terlepas pandang undangan korang.
Maafkan aku.

Walaupun majlis korang dah 4 bulan berlalu,
tapi aku tahu korang masih bergembira!
Bukan sebab korang tengah berbulan madu... huh!
Tapi sebab anugerah Allah tak terjangkau akal manusia.

Kengkawan yang kawin 2006 masih berjuang.
Begitu juga yang nikah 2007.
Teruskan berusaha.. Allah itu Maha Pengasih.

Tapi semua kengkawan yang menamatkan zaman bujang,
pada awal tahun 2008 telah kembung perut. Bunting pelamin.
Aku gembira untuk mereka.
Dan korang termasuk dalam senarai itu.
Double Joy tuk korang sebab dapat KEMBAR!
Kembar lelaki plak tuh.
Aku tumpang gembira.
Dan aku amat AMAT cemburu dengan korang.

Monday, April 21, 2008

Jalan MISTERI

Korang takkan jumpa jalan nie dalam mana2 peta.
Aku pun tak tahu jalan nie wujud.
Tapi arini aku nekad nak menempuh jalan nie.
Hahah.. bunyi cam nak cari Jambatan Emas Puteri Gunung Ledang kan..

Jalan yang aku cari ini menghubungkan Ipoh, Perak terus ke Kuala Berang, Terengganu melalui Gua Musang, Kelantan. Dengan erti kata lain, untuk sampai ke Dungun dari Taiping, aku tak perlu memilih samada laluan dari GRIK atau Karak. Jalan ini telah memendekan masa perjalanan menjadi 4 jam. Jalan ini telah siap berturap dan sangat SELESA. Oleh kerana ianya belum diwartakan, korang boleh memandu selaju yang korang suka. Itu pun kalau korang cekap mengendalikan kenderaan di jalan berliku-liku pada kelajuan tinggi!

Cuma satu jer masalah yang aku terpaksa tanggung.
AKU SESAT dan TERLEPAS simpang! huhuhu

Puncanya kerana untuk sampai ke jalan ini, aku perlu memasuki jalan2 felda. Ini kerana ianya hanya dijangka siap pada tahun 2010! Sebab tuh belum diwartakan. Dan memang sukar nak jumpa kenderaan lain kat jalan nie. Memang lengang giler. Aku terpaksa berhenti bertanya pada penjaga pondok jalan masuk felda di beberapa lokasi. ermm.. munkin juga di setiap persimpangan jalan yang aku lalui. (kira diorang nie pengawal yang menjaga kawasan felda la).

Sebaik saja jumpa jalan felda yang betul, perjalanan terus menjadi sangat SANGAT lancar.
Aku tetap selamat sampai Dungun seperti yang aku jangkakan.
Hanya sejam lewat gara2 sesat..

Thursday, April 17, 2008

Bagaikan Puteri

Buku merupakan medium untuk kita mengembara ke mana2 dimensi yang kita mahu. Melakonkan pelbagai watak. Menyelami lautan emosi. Merasai semua yang kita impikan. Juga semua yang kita hindarkan. Membaca buku yang tepat pasti akan membuatkan kita tenggelam. Ada pelbagai variasi buku dipasaran. Terpulang pada selera pembaca.

3 hari lepas, kompasakti sempat membeli sebuah novel. (kalau-lah kompasakti punya masa untuk pergi PAMERAN BUKU di PWTC tuh!). Dalam kelam kabut membeli keperluan harian dipenghujung waktu perniagaan, kaki laju melangkah memasuki satu2nya kedai buku. Pantas jemari ini mencapai sebuah novel dan terus ke kaunter bayaran.

Novel ini telah membawa kompasakti merentasi 2 zaman serentak. Mengimbau sejarah Kesultanan Melayu.. Aceh... Kembali ke abad 21.. Bagaikan dipukau oleh kuasa ghaib, kompasakti telah menghabiskan 574 ms semalaman. Selepas makan malam sehingga menjelang subuh! Sempat tido sekejap jer coz kompasakti termimpi2 Laksamana Sunan! Hampehz. Apapun, novel ini memang sangat mengujakan. Tahniah buat penulis novel thriller yang sangat kreatif ini. Kompasakti dah JATUH HATI untuk memiliki koleksi novel anda!

Novel BAGAIKAN PUTERI memulakan konflik dengan kehadiran mushaf yang tertulis kata2 berikut: Dan kompasakti terus tenggelam bersama watak Laksamana Sunan, Haryani, Wali Sufi, Purba Hitam, Nyi Burga Kelara, Djailuh, Laksamana Hang Tuah, Dali serta beberapa watak lain yang menjadi penghubung setiap watak utama. SELAMAT MEMBACA.

Tuesday, April 15, 2008

Bila mood rajin menyapa

sosej roll untuk sarapan pagi.

muffin coklat chip tuk minum petang.

Kalian jangan cemburu yer.
Mood rajin kompasakti memang selalu datang tanpa diundang.
hehehe.. korang jamu mata jer-lah.
Full resepi kalau cari tak jumpa bley jer tinggalkan pesan kat shoutbox or komen.
Full resepi malas nak taip la...

Sunday, April 13, 2008

Sirap!

Kami bertujuh telah berpakat untuk pergi minum2.
Kami jadikan 2 meja empatsegi menjadi satu.
Kami sembang2.

Pelayan kedai yang manis tersenyum menghampiri dan mengambil pesanan. Kami pesan 2 milo ais, 2 kopi '0' panas, 2 horlick ais & 1 teh ais. Pelayan yang manis itu menulis sesuatu pada nota kecil dan kemudian hilang di celah2 dapur.

Kami sembang2 pasal kisah lama. Kami dah lama tak jumpa. Kami gelak2.

Pelayan yang manis menghampiri sambil menatang dulang penuh dengan pesanan kami. Pelayan yang manis menurunkan segala isi dulang. Semua tertumpu pada pelayan yang manis. Lelaki hensem beranak 2 itu bertanya dengan nada serius. Dia betul2 ingin tahu.

Ini air apa? (sambil membantu menurunkan segelas KOPI 'O')
Sirap!

Sepatah saja jawapan pelayan manis itu.
Wajahnya serius sebelum berlalu dengan senyum dibibir. Memang manis.

Seketika kemudian kami pecah perut. Bergegar 2 meja yang kami satukan.
Sirap! hahahahhahahahah

Friday, April 11, 2008

Ubat Janda ngan Bujang

Rawatan tradisional kekadang agak pelik dan janggal. Selalu juga takde logika. Tapi dalam diam, kita menerima kaedah rawatan tersebut tanpa memperlekehkannya. Munkin kerana rawatan tradisional telah lama sebati dalam kehidupan nenek moyang kita. Dan munkin kerana setelah berusaha melalui rawatan moden, kita mencari altennatif lain.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan satu cerita. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku dengar dan lihat. Semuanya kerana aku kenal orang yang sakit itu. Secara kebetulan dia tiada di rumah saat aku tiba. Seperti biasa, tentulah kita akan bertanya ke mana dia pergi atau bila dia akan pulang klu orang yang kita nak jumpa tuh tiada. Dan jawapan yang diberi kedengaran lucu pada mulanya.

'amik ubat janda ngan bujang'

Ubat apa? Apa benda nyer tuh? Soalanku terhenti setakat dikerongkong saja walaupun hati bagai digaru untuk bertanya lebih lanjut. Maklumlah, yang menyampaikan maklumat hanya kanak2 kecil. Bimbang lain pula jadinya.

Penantianku tak lama kerana orang yang dicari akhirnya pulang. Laju mulutku bertanya. Dan dia juga ramah bercerita. Awalnya aku tergelak mendengar penjelasannya. Tapi di hujung cerita, aku jadi sedih dan bersimpati. Kasihannya..

'Ubat janda ngan bujang' tuh sebenarnya satu kaedah tradisional untuk merawat penyakit kayap. Maknanya rawatan ini hanya akan berjaya jika dilakukan oleh wanita janda yang berkahwin semula dengan lelaki bujang. 'Ubat' yang dimaksudkan adalah air liur wanita tersebut. Ianya perlu disapu pada kawasan yang terkena kayap. Rawatannya munkin kedengaran menjijikkan pada kita yang hidup dengan rawatan moden tapi sekurang2nya ia mampu mengurangkan kesakitan orang yang dihinggapi kayap.

'Jika kita diserang penyakit kayap dan sampai satu peringkat kayap itu bercantum membuat satu pusing lengkap mengelilingi badan, kita akan mati'.

Ngerinya. Itu kata2 orang tua2 tentang penyakit kayap. Aku doakan semoga dia cepat sembuh. Dan aku juga harap, SANGAT BERHARAP kata2 tersebut sekadar peringatan agar kita tak mengambil remeh penyakit kayap.