Friday, April 11, 2008

Ubat Janda ngan Bujang

Rawatan tradisional kekadang agak pelik dan janggal. Selalu juga takde logika. Tapi dalam diam, kita menerima kaedah rawatan tersebut tanpa memperlekehkannya. Munkin kerana rawatan tradisional telah lama sebati dalam kehidupan nenek moyang kita. Dan munkin kerana setelah berusaha melalui rawatan moden, kita mencari altennatif lain.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan satu cerita. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku dengar dan lihat. Semuanya kerana aku kenal orang yang sakit itu. Secara kebetulan dia tiada di rumah saat aku tiba. Seperti biasa, tentulah kita akan bertanya ke mana dia pergi atau bila dia akan pulang klu orang yang kita nak jumpa tuh tiada. Dan jawapan yang diberi kedengaran lucu pada mulanya.

'amik ubat janda ngan bujang'

Ubat apa? Apa benda nyer tuh? Soalanku terhenti setakat dikerongkong saja walaupun hati bagai digaru untuk bertanya lebih lanjut. Maklumlah, yang menyampaikan maklumat hanya kanak2 kecil. Bimbang lain pula jadinya.

Penantianku tak lama kerana orang yang dicari akhirnya pulang. Laju mulutku bertanya. Dan dia juga ramah bercerita. Awalnya aku tergelak mendengar penjelasannya. Tapi di hujung cerita, aku jadi sedih dan bersimpati. Kasihannya..

'Ubat janda ngan bujang' tuh sebenarnya satu kaedah tradisional untuk merawat penyakit kayap. Maknanya rawatan ini hanya akan berjaya jika dilakukan oleh wanita janda yang berkahwin semula dengan lelaki bujang. 'Ubat' yang dimaksudkan adalah air liur wanita tersebut. Ianya perlu disapu pada kawasan yang terkena kayap. Rawatannya munkin kedengaran menjijikkan pada kita yang hidup dengan rawatan moden tapi sekurang2nya ia mampu mengurangkan kesakitan orang yang dihinggapi kayap.

'Jika kita diserang penyakit kayap dan sampai satu peringkat kayap itu bercantum membuat satu pusing lengkap mengelilingi badan, kita akan mati'.

Ngerinya. Itu kata2 orang tua2 tentang penyakit kayap. Aku doakan semoga dia cepat sembuh. Dan aku juga harap, SANGAT BERHARAP kata2 tersebut sekadar peringatan agar kita tak mengambil remeh penyakit kayap.

No comments: