TOLONGGGGGGGG!!!!!!!!!!
Berikan aku ruang untuk melelapkan mata ini.
Barangkali rutin hidup kalian lebih dasyat dari aku. Dan mungkin ada yang tersenyum kambing sambil berkata "itu baru sket jer". Dan aku pasti, aku masih di antara yang bertuah kerana masih diberi peluang menghargai nikmat TIDUR. Apa pun, aku ingin kongsi rutin aku untuk 2 minggu sudah hingga ke hari ini. Bak kata Nabil "Lu pikir-lah sendiri!"
Aku memulakan perjalanan pada 18 julai dari Kedah untuk ke Terengganu dengan memandu kereta melalui laluan Grik. Aku singgah tumpang bermalam di Pengkalan Hulu sambil bersembang dan makan buah2. Keesokan harinya barulah aku meneruskan perjalanan. Sampai di hotel nyamuk sudah agak lewat malam. Aku check-in dan terus zzzzzzzzz. (nyamuk2 itu bagaikan berpesta menyambut kedatangan tetamu istemewa mereka.)
Hari ke-4 aku check-out dan terus menuju ke destinasi seterusnya. Kali ini ke Kukup Johor. (Sudah dekat benar dengan Tanjung Piai-Penghujung Benua Asia). Perjalanan ke Johor sebenarnya tidak ada dalam plan asal aku. Tapi sms nie mengubah segalanya:
"slmt pg, nak ckp je, irfan* ni sjak 2-3 ari asyik sebut nama kompasakti jer.."
Tanpa berlengah aku terus ke Johor. Tambahan pula, sekarang musim durian. Abg Long dah siap tempahkan sebakul durian bila aku kata aku akan balik jenguk IRFAN. Aku tiba jam 10.30 malam. Keesokan harinya, awal2 pagi lagi Irfan dah bangun mengejutkan aku. Aku menghabiskan masa sehari suntuk melayan karenah Irfan. Jelas terpancar kegembiraan di wajah kanak2 ini saat bercerita itu ini dalam pelat kanak2 yang kadang kala langsung tak kufahami. Langsung tak mahu berenggang dari aku sampaikan aku baru pegi toilet dia dah bising menanya mana aku pergi..huhuhu..
Oleh kerana dah sampai johor, WAJIB tuk aku menjenguk emak. Jadi Aku bawa Irfan bersama sebab dia nak ikut sesangat. Aku belum siap dia dah duduk dalam keta (kebetulan Kak Long memang nak ke sana sebab dah lama tak jenguk mak juga). Di rumah emak, 2 lagi anak sedaraku yang berusia 2 dan 3 tahun buat perangai yang sama. Aduh! Walaupun letih tapi aku sangat SANGAT terhibur. Gembira. Bahagia.
26 Julai jam 10.00 malam aku bertolak kembali semula ke Kedah. Tapi harus singgah di Perak terlebih dahulu. Aku tiba di Perak jam 5.00 pagi 27 julai. Tengah hari itu aku akhirnya PULANG ke Gurun. Rumah-ku Syurga-ku!. Seharian mengemas rumah yang lama ditinggal pergi, mencuci pakaian kotor berbakul2! 28 Julai aku perlu ke Pulau Pinang menjalani latihan.
Dan semalam di ulangi SEMALAM, 29 Julai, aku memulakan semula rutin minggu lepas. Jam 8.00 malam bertolak dari Gurun ke Kuala Lumpur. Aku memandu tanpa henti dan tiba di hotel-sakit-telinga jam 2.30 pagi. Check-in dan terus tido! Sekadar bangun tuk solat subuh dan tido semula. Tapi jam 8.00 pagi aku dikejutkan dengan pelbagai bunyi alat muzik! Bunyi/nada yang paling merdu pun kedengaran sangat membingitkan diwaktu ini. Dengan muka mamai aku buka pintu untuk melihat apa yang berlaku. Tadaaaaaa.... punya-lah ramai manusia yang berpakaian kemas dan segak, anggun bersolek rapi sedang berdebar2 menunggu giliran. Semua mata memandangku.
Baru aku sedar di KIRI, KANAN malah DEPAN bilik aku sedang berlangsung satu peperiksaan. Atau lebih tepat lagi, seluruh bilik tingkat itu telah dijadikan bilik peperiksaan! EXAM of ROYAL MUSIC! Argggghhhhhhhhhhhhhh....
Tak tahan dengan semua nie, aku terus telefon pihak pengurusan hotel. 15 minit berlalu tanpa apa2 berlaku, aku bingkas bangun turun ke lobby dan mohon ditukarkan ke bilik lain. Pihak hotel memaklumkan semua bilik FULLY-BOOKED. Aku tak mampu nak bertekak dan JUJUR aku katakan, airmataku hampir saja tumpah... dengan mata separa terbuka, aku bagaikan zombi hidup...
Alhamdullillah, saat aku sampai di bilik, telefon bilik berdering. Di hujung talian aku dengar kalimah yang paling PALING aku nak dengar saat dan ketika itu!
'selamat pagi, bilik kompasakti telah sedia dan staff kami akan menghantar kunci sebentar lagi'
Dan saat ganggang ku letak...
DING DONG!
Loceng pintu ditekan dan di situ seorang lelaki kacak sedang tersenyum...
(*irfan nie anak sedara kompasakti yang baru berusia 3 thn. bln lepas terpaksa dimasukan ke hospital kerana demam yg sangat teruk)

No comments:
Post a Comment