Beberapa minggu sudah, aku berpeluang mengikuti klinik golf. Tidak dinafikan bayaran yang dikenakan memang mahal. Itu baru klinik saja. Entah berapa pula kosnya kalau dah 'ketagih' nanti. Yang menariknya, segala peralatan seperti kayu golf dan bola disediakan percuma. Bagi yang mampu, sudah tentu-lah diorang usung peralatan sendiri. Tapi tuk first-timer cam aku nie, hanya datang bawa diri jer... heheh
Hari pertama adalah hari penerangan atau 'briefing session'. Kami diperkenalkan dengan seorang jurulatih yang cukup ternama. Sangat berpengalaman serta satu2 jurulatih golf di Malaysia yang memiliki kelayakan Dr. dalam bidang sistem keseimbangan tubuh manusia. Sebagai pengenalan, kami dimaklumkan dengan pelbagai kebaikan serta faedah dari sukan golf. Masa depan serta beberapa isu menyentuh sukan golf.
Sedikit penerangan tentang kod etika berpakaian di padang golf. Kod ini kadang-kala berbeza mengikut pihak pengurusan dan negara tapi yang diterima-pakai di sini:
- Kaum Adam diwajibkan memakai seluar panjang, T-shirt berkolar 'tuck-in' dan kasut golf.
- Kaum hawa pula lebih fleksibel sebab biasa-lah, perempuan memang sentiasa mahu kelihatan cantik. Walaupun kod hampir serupa tapi baju yang dipakai tidak semestinya 'tuck-in'.
- Kalau kaum Adam hanya menggunakan SATU sarung tangan di sebelah KIRI, kaum hawa pula lain ceritanya. Sarung tangan boleh dipakai diKEDUA2 belah dan jangan terkejut kalau anda lihat sarung tangan itu berlubang! Ini khas tuk mereka yang berkuku panjang cantik berhias! heheh...
Antara kebaikan golf (aku ingat2 lupa sebab tak catat apa2 pun)
- Sukan ini SANGAT BAGUS untuk menjaga kesihatan sebab sukan ini menggunakan dan menggerakkan sepenuhnya anggota badan kita. Dari jari-jemari, pergelangan tangan, siku, bahu, belakang, pinggang, pinggul, peha, lutut dan kaki semuanya akan 'dipaksa' berfungsi ketahap yang orang lain tak akan buat. Kalau tak kena gaya serta cara permainan yang betul, mahu sakit seluruh badan hanya selepas beberapa pukulan.. TRUST ME, I KNOW!
- Sukan ini boleh dimainkan secara berseorangan. jadi tak perlu risau kalau tetiba kawan kita terpaksa batalkan rancangan diorang di saat akhir. Kita masih boleh main sendiri. Dan menariknya sukan ini ialah kalau suka, kita boleh join mana2 kumpulan lain dan mereka akan dengan senang hati menerima kita.
- Dari segi SEKSologi pula, sukan golf ini mampu memantapkan lagi sistem seks. Ini kerana ia akan menegangkan bahagian belakang serta pinggang. Oleh kerana sistem seks kita berada disekitar kawasan ini, secara tidak langsung organ seks juga akan bertambah bertenaga. Baik untuk golongan ADAM dan HAWA. Malah dimaklumkan pernah ada pemain golf wanita yang sarat mengandung masih bermain golf 3 hari sebelum melahirkan. Beliau dikhabarkan mudah melahirkan bayi tersebut. ada berani?
- Sukan ini akan memakan masa yang agak lama untuk menghabiskan pukulan. Jadi kaum isteri tidak perlu bimbang jika suami pergi bermain. Ini kerana masa 5 jam sudah tentu dihabiskan di padang golf. Dan habis bermain, mereka akan terus pulang untuk berehat. Sekurang2nya isteri tahu dimana dan bila suami akan pulang! Tapi kalau ada yang pergi ke 'padang lain' itu munkin ada yang tak kena.... lu pikir-lah sendiri (kata NABIL)
- Sukan ini menjadi platform untuk apa juga bentuk perniagaan dan perundingan. Dunia korporat banyak berkisar di padang golf bukan sekadar untuk beriadah tapi melebarkan empayar!
- Membentuk disiplin dalam diri.
- Memupuk nilai kejujuran yang tinggi. Ini kerana dalam permainan ini, segala2nya terletak pada diri kita. Samada bola telah terkena kayu kita atau tidak, kita saja yang tahu. Berapa banyak pukulan yang kita buat pun hanya kita yang tahu. Tapi awas, kalau sekali kita terTANGKAP menipu semasa dalam permainan, reputasi kita akan tercalar selamanya.
- Melalui sukan ini, keperibadian seseorang akan terserlah. Mana tahu selama nie mereka berpura2 kelihatan baik.. sekali sekala bawa mereka turun padang, tengok apa reaksi mereka kalau bola asyik tak masuk sasaran. Masih boleh tersenyum dan bersabar atau habis semua di maki! muahahahahah
- Disesetengah negara, penglibatan dalam sukan ini memudahkan kita mendapat pekerjaan. Sekiranya perkataan GOLF tercatat dalam resume, kita akan disenarai-pendekan serta merta! Percaya atau tidak...?
- Semua peringkat umur boleh main golf. Kanak-kanak seawal usia 4 tahun pun boleh main. Kira sukan nie sukan tuk seisi keluarga. jadi boleh-lah buat 'HARI KELUARGA' kat golf resort! heheheh...
Ingat! Bukan sekadar 'bola, kayu... hentam saja tau!'

No comments:
Post a Comment