Hutang piutang bermakna memberikan sesuatu kepada seseorang dengan perjanjian dia akan membayar/mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama. Misalnya hutang RM1000 dikembalikan RM1000 atau jika hutang itu beras harus dibayar dengan beras yang sama banyaknya.
Memberi hutang hukumnya SUNAT sama seperti kita tolong-menolong dalam bidang yang lain. Namun memberi hutang kadang-kadang menjadi WAJIB seperti bilamana kita menghutangi orang yang terlantar sakit atau kecelakaan atau yang sangat berkeinginan.
Hutang adalah hak kita.
Kita boleh memilih untuk memberi atau tidak. Menerima atau tidak.
Tapi perlu diingat dalam setiap hak kita, ada 1/3 hak orang lain.
Dan Allah akan menolong setiap hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya.
Syarat hutang ada 3:
Pertama : Lafaz hutang.
Pemberi hutang dan penerima hutang WAJIB melafazkannya. Dan sekiranya salah satu gagal berbuat demikian, isu hutang secara hukum sebenarnya tidak timbul. Misal kata A ingin berhutang dengan B.
Si A : B, bolehkah jika aku ingin pinjam sebanyak .... dari kamu? Kira aku hutang pada kamulah. Nanti cukup bulan aku pulangkan.
Si B : Apa salahnya. Kamu pun kawan aku juga. Aku boleh beri kamu hutang sebanyak .... dan kamu perlu bayar bila dah cukup bulan nanti.
Si A : Terima kasih B. Aku janji akan pulangkan semula.
* Dalam kes ini, lafaz hutang dilakukan dengan sempurna pada hukumnya.
Si A : Aku takde duit la bulan nie. Boleh pinjam duit ko. Ko pun bukan baru hari nie kenal aku.
Si B : Amiklah. (sambil menghulur sejumlah duit pada A)
Si A : Terima kasih B. ko-lah kawan aku.
* Dalam kes ini, lafaz hutang tidak dibuat dengan sempurna. Walaupun pada amnya kedua-dia pihak faham maksud pihak yang satu lagi, perjanjian hutang sebenarnya tidak berlaku dari segi hukum. Dan jika si A enggan memulangkan, Si B tidak berhak menuntut duitnya kembali. Ini kerana Si B yang memberi hutang tidak melafazkannya. Ia sebenarnya dikira MEMBERI dan bukan BERHUTANG.
Kedua : Orang yang memberi hutang
Orang yang memberi hutang mestilah orang yang berkemampuan untuk memberi hutang.
Ketiga : Orang yang berhutang
Perjanjian hutang ini sudah tentunya tidak akan terjadi jika tiada orang yang mahu berhutang.
Friday, July 18, 2008
Tazkirah hari Jumaat - Langsaikanlah HUTANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment