Friday, December 01, 2006

cermin mata murah.

aku mula pkai cermin mata ketika menuntut di sekolah berasrama.
waktu tuh tingkatan 4. kat salah sbuah skolah d JB.
aku tak sedar aku rabun smpai la aku balik kg tuk amik exam khas.
time tuh aku duk kat seat paling blakang.
HARAM satu aper pun aku tak bley baca tulisan kat depan.
biler penjaga exam tuh tulis something, aku suruh member aku baca.
masa berlalu & aku masih tak buat pemeriksaan mata.
sebab dlm family aku takde yg pakai cermin mata. Mustahil aku rabun.
heheh.. jahil nyer aku time tuh. rabun bukan penyakit keturunan.
Tapi last2 tuh akak aku bw aku g check mata.
Dan doktor tuh kata aku rabun jauh. power aku dah 75.
Doktor tuh kata lagi, aku rabun munkin sebab persekitaran aku.
Ermm... aku setuju ngan doktor tuh.
kat asrama lampu akan ditutup tepat jam 10 mlm.
Dan rata2 senior2 serta dorm-mate aku, stay-up.
Menelaah hanya dengan cahaya lampu dikoridor yg menerobos dorm kami.
memang hanya samar2 jer.
Bulan pertama kat asrama, aku tidor tepat jam 10 mlm.
masuk bln ke-2, senior2 aku mula 'berceramah'.
Diorg kata klu nak score dlm exam, kena stay-up.
so, sebab tak tahan dgr 'syarahan', aku ikut jejak mereka.
dan baru aku perasan, mereka semua berkaca mata.
Tapi semua tuh dah terlambat. Doktor sahkan aku rabun.
Rabun tak bley diubat. kena pakai cermin mata jer.
Byk kali aku tukar cermin mata time blajar nie.
kejap2 patah. iyer-lah, aku tak biasa pakai.
so aku kerap buka & slalunya cermin mata aku akan terpijak..
terduduk.. terhempap buku... terjatuh... patah.
Harga cermin mata aku murah2 jer waktu tuh.
Tak sampai RM150 pun.
Tapi sejak aku kerja, harga cermin mata aku makin naik plak.
Tahun lepas aku berhabis dekat RM500 beli cermin mata.
Jenama ESPIRI*. Sayang nyer cermin mata tuh hilang.
Aku beli lain. Yg murah jer.. hanya RM200.00
Dan tahun nie, aku cipta rekod peribadi.
Aku beli cermin mata berharga RM700.00!
Bingkai biasa jer.. takde jenama pun. tapi cermin mahal!
.... tapi yg sedey ialah CERMIN nie sekarang dah RETAK!
waaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Tak berbaloi beli mahal2.

Wednesday, November 29, 2006

tok! tok! tok! Kami polis!


kancil itu aku letakan betul2 500m dr tiang lampu.
wpun lampu terpasang, cahayanya samar2.
bunyi burung hantu jelas kedengaran..
mereka kesejukan barangkali.
sesekali terasa meremang bulu2 halus ditengkuk.
mana dtg burung hantu di taman perumahan nie?
ahhh... persetankan sumer itu.
aku rendahkan tempat duduk & cuba melelapkan mata.
aku dakap erat bantal kecil yg slama ini menghias ketaku.
hati & perasaan aku bergelora... berkeceramuk.
memberontak & tak mahu mengalah.
aper lagi menangisi nasib diri.
mlm tadi, iyer baru sebentar tadi. lewat jam 11 mlm.
aku rasa kemarahan ku telah memuncak.
dan kerana itu, aku di sini. 500m dr tiang lampu.
...
siang tadi seharian aku menadah telinga..
mendengar leteran demi leteran org yg mberiku gaji tiap bln.
sehingga lewat jam 7 mlm baru selesai.
Jam 8 mlm aku keluar semula.
ader urusan tugas yg lain. ini memang minatku.
sejak dulu lagi. aku takkan tinggalkan tugas yg satu ini.
jam 11 mlm aku tiba di rumah.
pintu pagar bermangga besar!
iyer... bermangga besar. & ketika ku minta dibukakn pintu,
kunci itu dicampak keluar dr dlm rumah!
kerana itu aku di sini, 500m dr tiang lampu.
...
tok! tok! tok!
sila beri kerjasama. kami polis.
tok! tok! tok!
bangun.. bangun! kami polis.
dlm mamai aku lihat 2 anggota polis berpakaian reman.
'mana sy tahu encik nie polis?' - aku bertanya dlm kalut.
Ini kad pengenalan kami. kami polis.
aper... kenapa.. bagaimana... bla..bla...bla
sumer soalan yg diaju ku biarkan tak berjawab.

Friday, November 17, 2006

5A 1

TAHNIAH!
lewat thari smlm, 3200 berlagu 'kian'.
ermm... saper plak nie?
pastinya dia sangat gumbira dengan keputusan ini.
pasti.
lewat ptg ader urusan perlu aku selesaikan.
kasihan dia, pasti ternanti2 hadiah dariku.
ermmm.... izinkan aku selesaikan urusanku.
kul 9 mlm baru aku tiba di rumah.
hadiah berada ditangan. heheheh
segalanya selesai.
TAHNIAH!.
kau bakal mengikut jejak langkahku.
Menginjak & menghuni puncak menara gading!
PASTI.

Tuesday, November 14, 2006

Edisi tertangguh:Hujung minggu yg SUNGGUH sibuk

1.. 2.. 3.. 4.. 5.. 6 November 2006

Tahun nie aku ikut mak aku marhaban kat taman perumahan nie.
Nie kali pertama aku ikut. Since aku naik keta, ramai ler nak tumpang.
No hal. Naik ler. Lg ramai lagi meriah kan.
Itu rutin aku setiap malam bermula kul 7.45 mlm.
Marhaban berakhir paling awl jam 10.00 mlm.
bergantung pd jumlah rumah serta menu yg disediakan.
Wpun sibuk ngan rutin baru nie,
aku manage tuk settlekan some important thing wpun
temujanji terpaksa ditunda beberapa kali. Ampun TOK.
Majlis marhaban tuh lambat sgt abis TOK.
Klu sy balik awl, penumpang keta sy nak balik naik aper?
heheheh

5 nov 2006 tetamu yg ku nanti tiba.
aku sediakan rendang kerang, kari ayam & sayur lodeh.
air bandung soda serta kuih raya yg masih berbaki.
jemputlah makan. ianya istemewa tuk kalian sumer.

6 nov 2006 aku curi2 keluar opis.
ader urusan paling penting perlu aku selesaikan.
maafkan aku wahai tetamu, ko dah jatuh no.2.
hehehe

Tuesday, October 31, 2006

diaRi Syawal

30 Ramadhan:
Aku berazam tuk berhari raya di umah akak.
Mlm td aku besengkang mata mnyiapkan kek asam manis.
Jam 5 pg aku tertido. Aku tak sahur pg nie.
Jam 11 pg aku kemas sumer baju2 ku.
Jam 12.30 thari aku + mak + 2 adikku g umah akak.
Jam 2-6 ptg aku sibuk masak rendang, kari ayam,
ayam masak kicap. sayur lodeh & asam pedas ikan parang.
Kul 6.15 aku tertido..
Lepas buka, kemas aper yg patut & gosok baju.
Hooray! Esok dah R.A.Y.A

1 Syawal:
Kul 6 pg aku bgn... mandi... sejuk nyer!
Panaskan ketupat, lepat & burasak serta lauk pauk.
sesambil mngarahkan mesin basuh mlaksanakn tugas.
Kul 8 pg kami menikmati juadah hari raya!
selepas solat hari raya, tukar baju tuk beraya.
sesi bermaaf-maafan bersama keluarga.
kul 10.30 pg aku bertolak ke umah ayah.
Iyer, destinasi pertama hari raya sudah pasti
ke pusara ayahanda tercinta. Al-fatihah.
Dr sini terus ke umah saudara-mara.
Lewat mlm baru pulang ke umah akak.

2 Syawal:
Menerima kunjungan tetamu..

3 Syawal:
Berhari raya di umah adik serta pakcik2ku.
Bermalam di umah adik.

4 Syawal:
Aku kembali bekerja! Lengang jer opis...
Aku hanya mampu bertahan sehingga kul 1 thari.
pastu aku balik umah. huhuu

5 Syawal:
Aku memecahkan tradisi berhari raya.
Aku bawa mak, akak, adik serta anak sedaraku
ke Wet World tuk bersuka ria.
Kul 7.15 mlm baru kami tiba di umah.
Aku terus bergegas tuk menghadiri reUnion raya.
Melalui hway yg sama skali lagi.
Mbelah pekat mlm yg hening. (radio keta aku ROSAK)
Jam 9 mlm aku tiba di destinasiku. ReUnion..
Aku bermalam di sana.

6 Syawal:
Di umah makcikku.
Makcikku bersungguh minta aku ajar buat kek asam manis.
Aku tak mampu menolak. Pasni bleylah dia buat bisnes.
Moga ilmu yg kuperturunkan bermanfaat tuk sumer.

7 Syawal:
KERJA seperti biasa.. masih dlm mood raya.
Jam 7 aku sampai di umah.
Terus ke dapur memasak tomyam ayam.
SEDAP! Itu kali pertama & pasti bkn yg terakhir.
huhuhu.. kemahiranku dah berkembang nampaknya.

8 Syawal:
KERJA... KERJA..

syawal terus berlalu.. dan aku masih setia menanti.
Bila agaknya tetamuku ini akan tba?

Friday, October 20, 2006

Hooray! RAYA!

SElaMat hARi RayA
AIdilFItRi
MaAf ZAhiR BAtiN

Saturday, October 14, 2006

Tak sempat bemesra


sahur.. buka.. sahur.. buka..
cepat sungguh masa berlalu.
la nie dah tinggal 10 ari jer kita dpt bermesra ngan Ramadhan.
Syawal dah menunggu-nunggu di hujung sana.
ermm.. baca kat dada akbar, tv..
ramai sungguh yg dijemput kembali ketika Ramadhan.
pasti yg ditinggal sedang berduka & bersedih.
Tuhan lebih sayangkan mereka. Redha-lah.
Al-Fatihah tuh sumer yg telah kembali.

Thursday, October 12, 2006

Lari-lah semahu mu

hati ini menangis.
dan airmata ini tumpah tanpa relaku.
telah berkali ku tahan.. namun aku tewas akhirnya.
aku rindu pada abah.. sungguh.
org di sekeliling begitu asing bagiku.
mereka tak pedulikan aku.
mereka tak pernah ambil tahu tentang seorg AKU.
aku ingin lari dari sumer ini. lari dr kepura-puraan.
semakin jauh aku berlari... semakin aku dhimpit kesunyian.
arghhhhhhhh!

Wednesday, October 11, 2006

Bukan kemahuan fikiran.

hari yg kurang bertuah bagiku.
masa bgn sahur dag rasa lain jer mata nie.
Tu dia, sakit mata tahap pertama. merah mata ebelah kiri.
tp tak kritikal sangat. so masuk opis.
try on pc... berjam2 tak bley jugak.
bos dah bising nak itu ini. sumer dlm sistem plak.
arghhhh....
no choice, antar pc tuh g repair.
arini tak bley siap. esok dia akan call klu anything.
member ajak plak g ziarah member kat spital.
aku tak tahan ngan spital nie...
masuk org ke-3 yg perlu diziarah,
aku dah takbley control. minta diri tunggu kat luar jer.
sorry beb, ader history kat spital nie.
aku tak suker.
so, berbuka ngan sebiji kurma dlm kereta.
sampai umah juadah berbuka tak sedap mana.
ikan goreng jer... sedey nyer....
aper pun, aku berjaya menghabiskan puasaku arini.
malam tadi adalah malam yg ke-17.

Monday, October 09, 2006

Khabarnya...


Temanku menyampaikan berita gumbira.
Dia telah dinaikan pangkat.
dan segala2nyer bertambah baik.
Angka sifar dlm slip gajinyer semakin btambah.
Dia dpt elaun tambahan yg lebih banyak.
dia diberikan sebuah telefon 3G nokia terkini.
dia diberikan elaun perumahan.
Sebuah kereta untuk kegunaannya.
Malah segala yg best dia dapat.
Cuma 1 yg dia harus korbankan.
Dia harus berada di Indonesia.
Yup. Bekerja di sana selama 4 bulan.
Proses 'perpindahan teknologi' katanya.
TAHNIAH!

sebaik mendengar khabar ini sesuatu tetiba mnghantui aku.
aku ingin jadi sepertinya. AKU INGIN.

Saturday, October 07, 2006

Hooray!

finally.
akhirnya.
yessss!
I was promoted! Berkuasakuasa 1 mei 2006.
hohoho
hooray.

p/s ini bkn pasal keja k.

Thursday, October 05, 2006

KOSONG

sebelum tido. dia sms: blank
selepas sahur. dia sms : blank
waktu opis. dia email : blank

wei! aper kejadah nyer antar sms & email kosong nie?
klu takde isu nak diutarakan, jangan membazir.
simpan tuk raya nanti.
marah aku dalam hati. aku puasa.
puasa tak elok marah2.
huhuhu

Wednesday, October 04, 2006

Alasan



Aku masih setia melayan setiap yg berjaya menembusi.

Dia : Aku nak sekarang!
Aku: Tapi...
tuuut tuuut tuuut.

Aku: Aku nak sekarang juga.
Dia: Aku tgh buat la nie. Sabar la sket.
tuuut tuuut tuuut

bingung aku dibuat nyer. apa aku nak buat.
tuuut tuuut tuuut. talian tak berjawab.

Tuesday, October 03, 2006

Puasa & banjir


Time aku kecik2 dulu, bulan puasa amat perit.
Bley dikatakan, ia akan jatuh pd bulan dmana
Malaysia menghadapi musim kemarau.
bukan. bukan kemarau yg teruk tuh.
tapi malaysia nie kan negara beriklim khatulistiwa.
panas & lembab sepanjang tahun.
Time cuaca paling panas tuh la biasanya bulan puasa.
Debu2 tanah merah berterbangan memenuhi jalan2 kampung.
pokok2 pun layu jer. Jemuran cepat jer kering.
aktiviti pembakaran byk dilakukan (membersihkan kebun).
memang panas terik. kira org tak siuman jer yg nak duk tengah panas.
kanak2 sebaya aku yg berpuasa, hanya mampu terbaring keletihan.
terutama menjelang waktu tengahari.
dugaan sungguh kala melihat apek penjual aiskrim melintas. huhu
Hari raya plak jatuh time musim tengkujuh.
Hujan turun tak henti2. Jalan2 sumer becak sana sini.
Habis kasut serta baju raya jadi kotor seblm sampai destinasi.

***
Skrg nie puasa time musim tengkujuh. Hujan sepanjang hari.
Banjir sana sini. Langsung tak terasa panas matahari.
Kurang terasa kenikmatan berpuasa.
Camner nak rasa klu waktu siang mendung sentiasa?
Menjelang petang, badan masih segar...
ermmmm....

Saturday, September 30, 2006

berbuka puasa tanpa aku?

huhuhu..
sungguh. aku sungguh tak sangka.
semalam aku berbuka diluar. telah aku khabarkan pd sumer.
aku pasti mereka tak akn ternanti2 aku pulang berbuka.
Jam kul 11 mlm br usai urusan aku.
Bila aku lihat tudung saji di atas meja.. hatiku sayu..
kasihan mereka. berbuka dgn menu smlm.
jadi arini aku akn pastikan mereka berbuka hidangan istemewa.
Yup. aku akn masak utk mereka.
supaya hilang rasa sebak di dada ini.
heheheh... nak masak aper ekk?

Wednesday, September 27, 2006

Jalan2 buka puasa.


Selamat berpuasa tuk sumer.

dah masuk ari k-3 kita berpuasa.
bagai tak terasa panas si mentari
(huhu duk dlm aircond nak rasa camner?)
anyway, hari pertama buka puasa umah adik.
ari ke-2 umah sendiri... 3 org jer...
semalam kakak2 dtg berbuka. meriah nyer umah.
bermacam2 jenis juadah terhidang.
suker... suker.... aku suker suasana cenggini.
arini aku dpt rasa yg aku terpaksa berbuka sendirian.
dlm kereta merentasi selat melaka.
huhuhu

Friday, September 22, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan - Siri 1

Persediaan kita menyambut Ramadhan Al Mubarak 1426Hijrah.

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan ertinya 'panas terik'

2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut 'syahru ramadhana'
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bln dmana nabi ambilbalik Mekah dr tgn Musyrikin & berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Dipilih untuk ibadat puasa.
7) Dipilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur)

2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amalan sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi makan org berbuka banyak pahala
9) Bln keampunan. Doa yg paling makbul iaitu doa seblm bbuka puasa & pd 1/3 mlm.
10)10 hari pertama = bermulanya rahmat, 10 hari pertengahan = pengampuanan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.

Thursday, September 21, 2006

Berikan aku papan tanda!

15.9.2006 - tarikh lesen P aku tamat.
Hooray!!!! pasni bley buang itu P dari JGD.
arini dah 21.9.2006. P masih cantik terlekat kat JGD.
ader 2 sebab:

1. Aku terlalu sibuk 2-3 arini.

Sungguh. aku tak tipu.
klu ari biasa, bos aku takde. tapi 2-3 arini kul 7 pg dia dah sampai.
aku plak 9 pg br masuk opis. jadi aku kena blk lewat to cover..

2. Papan tanda tuk ke JPJ tuh tak bley pakai!
dekat 10 kali aku pusing tempat yg sama gara2 ikut papan tanda tuh.
papan tanda tuh takde penghujung nyer.
terus --> belok --> terus --> belok --> terus
yg beza cumer tempat tuh jadi lagi jauh atau dekat jer.
tapi tak sampai destinasi. aku dah hampir give-up.
tgk meter minyak pun dah ala nyawa2 ikan.
aku pun bg signal kiri nak masuk stesen minyak.
tu dia... tesergam gah JPJ btul2 after belok kiri!
nak gelak ader, nak nangis pun ader...


5 minit berlalu. aku adalah pemegang sah lesen memandu penuh.
No more P!

Tuesday, September 19, 2006

JGD...

arini aku dilanda taufan lagi.
kali nie sebab kancil nan satu.
susah sungguh nak berdiplomasi.
akhirnya pasti api kemarahan aku meluap2.
akhirnya pasti ada titisan2 halus yg gugur.
susah sungguh!

beza nya cumer kali nie aku lebih nekad.
biar aper pun implikasinya, aku dah nekad.
JGD ***, kau akan tetap jadi milikku.
YA. MILIK-KU!

Wednesday, September 06, 2006

Hari bersama BOS

Best & Seronok. Itu komen aku tuk arini.
Arini aku sampai opis, boss dah ader kat opis.
Aku blum panas punggung, boss ajak teman dia jumpa client.
Well, aku no problem jer. heheh..
Merasa naik keta baru yg baru 4 ari keluar kedai.
Keta FORD sport edition yg paling latest.
seronok nyer naik keta besar.... ader driver lagi! eheheh
rasa cam Datin2 plak... kuikuikui... (patut ler CT nak sgt kat DK).

Lunch boss blanja. Makan sirloin steak ngan strawberry milk shake.
Pergh!! cenggini rupanya life style org2 kaya ekkk....
aku suker. aku suker. Pasni aku nak jadi org KAYA!

Monday, September 04, 2006

PUKAU?

3 Sept 2006

aku : buka pintu kereta. melangkah keluar menyelusuri lorong pejalan kaki.
aku : terus berjalan. sesekali aku berlari biler terdengar derap kaki.
aku : terus berjalan. sesekali aku berlari biler terdengar enjin kereta.

di tgh kegelapan malam. aku semakin jauh.
kaki berhenti di persimpangan jln. aku menoleh ke belakang. KOSONG.
aku raba kocek seluar. KOSONG. tiada handphone. tiada dompet. tiada syiling.

aku : berlari2 menuju tempat kereta tadi. KOSONG. terkedu seketika.

*** kereta yg aku naiki tadi tiba***

dia : [tanpa sebarang reaksi risau @ bimbang]
dia : klu nak g toilet skalipun.. bla... bla... bla....
aku : "BLANK"

Tuesday, August 29, 2006

Merdeka! Merdeka!

Merdeka! Merdeka!
Akhirnya itu-lah yg mereka katakan.
Baik Datin ataupun Lelaki Melayu Terakhir.
Kita tutup citer mereka.
Lipat elok2 dlm ingatan.
Ingatlah bahawa CT itu milik DK.
Dan antara M dan I hanya rakan 'artis'.
TITIK.

31 Ogos nie aku terlibat ngan parade.
Aku tak pernah practice tapi aku tahu aku perfect!
heheheh... Jln @kawad ler camner skalipun,
bukan ader yg tengok sesungguh pun.

Aper pun. ENJOY.
Nikmati erti MERDEKA.
Malaysia dan 49 tahun Merdeka!
aku? ermmm.....

Monday, August 21, 2006

..monolog dlm diri..

...
aku mencari erti cinta.
erti kasih dan sayang.
kehadirannya sering aku dambakan.
namun seringkali aku terluka..
hati ini sedih.. terguris.
sukar untuk dimengertikan.
sukar untuk dilafazkan.
airmata ini penawarnya.
sentiasa.

lewat hari itu,
aku ternanti2 kedatangannya.
segala nyer bermula dengan baik.
namun taufan tiba2 melanda hatiku.
aku cemburu. sungguh.

airmata ini mengalir laju tanpa relaku.
siapa yang bersalah? TIADA.
justeru itu, kenapa aku harus menangis...?
ntahlah, cemburu ini tiada siapa memujuk.

aku ini pemaaf orangnya.
lalu tangan itu kucium..
maafkan aku.
tidak aku ku ulangi kesilapan ini.
aku cemburu. aku hanya cemburu.

...

Friday, August 11, 2006

Merayau mengisi minda

Masih ingat lagi entry aku yg lepas? Takper klu sumer geleng kepala.
Aku sedia ingatkan. Entry tentang "blogger terhebat".
Arini aku jumpa sesuatu. Menarik & praktikal,
Mekasih pada Tok Rimau
(aku rasa ko hebat)

10 PETUA UNTUK JADI WEBLOG POPULAR
KLIK DI SINI!

hehehe...jurus ke-3 aku aplikasikan!

Thursday, August 10, 2006

sambal telur hancur & kicap

'makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan'

Masa berganti dan kita semakin moden.
Menu2 masakan juga semankin canggih dgn pelbagai rasa.
Tapi pada AKU, aku amat menggemari sambal telur hancur.
Ianya sangat mudah disediakan dan menyelerakan.
Hanya perlu ader cili kering & telur ayam + bawang.
Tumis seperti biasa & tambahkan garam.

dimakan bersama nasi panas & kicap.
iyer, KICAP. Aku dan kicap tak pernah berenggang.
Masaklah aper jua, aku tetap akan tambahkan kicap.
Mak kata aku 'tak betul' makan nasi lemak ngan kicap.

Itu selera aku.
Sambal telur & kicap dimakan bersama nasi panas.
Untuk menu se-simple ini, aku mampu habiskan 2 pinggan nasi!

Tuesday, August 01, 2006

shopping

aku bukan insan yg gemar ber'shopping'.
tapi amat gemar memerhati gelagat org bershopping.
Mengakhiri bulan Julai 06, aku mengambil keputusan
utk mengikut satu perjalanan jauh ke utara tanahair.
Satu tujuan murni. Bershopping.

Destinasi pertama adalah Padang Besar, Perlis.
Sebaik tiba di bilik Putra Palace Hotel,
mcampakkan beg & memcuci muka, xtvt pun bermula.
Seawal kul 1.00 tghari sehingga 5.00 ptg - bershopping.
Aku tak pasti aper yg menarik di sini,
tapi aku teruja tuk memerhati...

i-yer. di sini masih wujud situasi tawar-menawar.
masing2 menunjukkan skill yg terpendam sekian lama.
jika bijak menawar, harga bley kurang sehingga separuh.
Narita lengkap cadar & sarung bantal itu aku beli dengan
harga ermm... RM 55.00 saja. (satu2 brg yg aku beli di sini).

destinasi seterusnya adalah wang kelian.
bukan shopping yg membuat aku teruja tapi..
saat melintasi sempadan malaysia-thai.
dan hujan lebat seolah2 merestui perjalanan itu.
(ekekek... hujan lebat sebaik kaki menapak di bumi thai)

destinasi seterusnya adalah Pasar Rabu.
perrghhhhh! tak larat dah nak ikut org2 lama nie.
sakan sungguh diorg berbelanja. penuh satu bas.
Dan aku... hanya memerhati.
Bukan kerana poket yg kosong, tapi kerana blum masanya
aku berbelanja sedemikian rupa.
Tunggu-lah, bila aku punya keluarga & rumah sendiri.
waktu itu, pasti aku aku akan teringat situasi hari ini.

Friday, July 28, 2006

RiNGAN

Aku : Bungkuskan sy sekilo kacang tanah & sekilo lada kering.
Peniaga : [senyum meleret sambil membungkus pesananku]
Aku : [membalas senyum sambil bfikir dia senyum sebab untung aku beli byk agaknya]

Di luar hujan mulai lebat.
Aku : ishhh.. payah plak nak bawa barang2 nie.
[sambil menjinjing sekilo cili kering & sekilo kacang tanah]

Aku teringat teka-teki zaman aku kanak2 dulu:
'1 tan kapas dengan 1 tan bijih, mana lagi berat'

Dlm hujan lebat menuju kereta, menjinjing sekilo cili kering & sekilo kcg tanah,
baru aku faham jawapan teka teki ini.

Wednesday, July 26, 2006

43

Siang tadi, sementara menanti tuk menerima rawatan.
Jarum alat penunjuk berat berpusing malas.
43 kg? hanya 43 kg.
Keding.
No wonder dunia nie terasa semakin luas.

Tuesday, July 25, 2006

Hati menangis tak siapa tahu.

saat dah ketika ini, aku rindukan arwah abah. rindu sesangat. klu mampu aku undur waktu, aku tak mahu abah pergi. aku rela bertukar tempat dengan abah. tapi realiti-Nya, abah tak mungkin kembali.
sungguh, aku rindukan abah. takde saper bley ganti tempat abah. even mak tak sehebat abah. aku ngan abah memang rapat.mungkin hanya aku yg rasa begitu.
saat ini, aku rasa kosong. sunyi. sepi. mengapa mesti aku lalui saat2 sepi begini? adakah sampai biler2 pun aku tetap takkan ader tempat mengadu? tempat tuk bermanja seperti aku ngan abah? aper gunanya hadir insan bernama lelaki, klu kehadirannya aku tak rasai? hambar... kosong..? tak mampu mengisi ruang kosong ini.
coretan ini terlalu peribadi, tapi sungguh.. sungguh aku rindukan abah. kasih sayang dari insan bergelar lelaki. sudah terlalu lama aku harungi kesedihan ini sendiri. sudah terlalu lama aku tahan airmata ini dari menitis jatuh. bertahun... bertahun telah aku tanggung sumer ini sendiri. Ketawa ini hanya topeng. topeng kedukaanku.
aper perlunya perjuangan ini, jika kemenangannya nanti aku kongsi sendiri? sendiri... barangkali, aku sebenarnya telah lama tewas dlm emosi yg menyakitkan ini.

Blogger terhebat...?


camner nak jadi blogger yg hebat?
aper yg perlu diperkatakan agar nampak hebat?
cukup ker dgn hanya mendengar lagu
"peria terhebat"
atau mengeskploitasi citer 'masjid k-2' dato...?

arini aku akan selongkar sumer blog2 'hebat'.
mungkin aku bley tumpang 'hebat'.
atau jauh lebih hebat spt bekas teman rapat penyanyi terhebat itu...?
hebat tuh samer dgn popular ker?...

Monday, July 24, 2006

Facial Treatment..

grrrrrr....

geram. aku memang geram. marah pun ader.
sakit jiwa aku dibuatnya.
sumer nie gara2 facial treatment yg aku buat.
hampehz. dah seminggu muka aku cam frankenstain.
serba-serbi tak kena. klu ikut ati, aku dah mengamuk!
seb baik ler akak tuh member mum.
takper... takper... sabar.
barangkali ader hikmah nyer.
pagi nie aku belek2 muka, dah bley gerak dah.
dah bley senyum dah.
hopefully, end of this week muka aku dah ok.
sekurang2 nyer kembali normal.
biar tak cantik asal tak terseksa cenggini.
Tapi aku pelik la, camner org lain sanggup
buat macam2 kat muka diorg tuk cantik?
takkan diorg tak rasa seksa cam aku rasa nie?
ermmm....

WOMAN explained




ermm... Its TRUE?

Thursday, July 06, 2006

Keliru... aku keliru

apa dah jadi nie??
korang yg bergaduh, aku yg tertekan!
settlekan ler apa jua prob korang tuh. jangan semakkan kepala aku.
aku pun ader seribu macam perkara nak pikir.

masalah yg sorang blum lagi reda, dah muncul plak masalah lain.
nie aper citer nie? usia baru setahun jagung dah pandai nak poligami?
Ingat senang ker? Pikir dulu masak2... dulu kawin pun ko yg minta.
Pilihan ko gak. Tapi yg nyata PILIHAN KORANG sumernya,
aku ulangi SEMUA nyer MENYAKITKAN HATI aku.
Harap muka jer cantik tapi perangai sumer lebih teruk setan.

Aku akan cuba bertahan. sampai masa nanti, aku akan kuar dr sini.
Tempat ini sudah terlalu panas. Aku sudah hampir terbakar.
Tapi... aku tak punya sesiapa selain korang.
Naper korang nie tak pernah nak beri aku kebahagian?
hati korang nie dah beku ker?

Takper la... klu di sini tiada sinar kebahagian...
izinkan aku mencari nyer di kejauhan sana.
Aku hanya mengharapkan kebahagian bukan lagi kemewahan.

Monday, June 19, 2006

Yg terkini buat hari ini.

semalam aku try masak spaggeti @ pasta. Fisrt time trying beb.
Sumer bahan dah ader kecuali 'daging hancur'. ermm....
aku pun tukar ngan daging burger!
Ku fikir panas hingga ke petang tapi hancus.
Kuah spaggeti nie tak menjadi coz daging burger punya pasal.
Rasa dah ok tapi tak masyuuuuukkk cam guna daging hancur.
Apa pun, itu baru cubaan pertama. Lain kali aku cuba lagik.

So, aper citer terkini dan terhangat?
Kisah penceraian Erra - Yusry masih buat aku terkedu.

"majlis perkahwinan itu umpana pintu tuk masuk ke dalam rumah.
Jgn pintu saja yg dihiasi cantik tapi isi rumah kosong.."

aku petik kata seorg member. Aku setuju. Setuju sepenuhnya.

Aper pun, layan AF4 pun ok gak. Dah masuk minggu ke-3 rupanya.
ishkkk... tak sedar pun aku. First time tengok, aku terpikat kat FARHAN.
suara dia best giler. Meremang bulu roma biler dia hit high note.
perghh! This lady had that 'magic touch'. Yg lain tuh kategori ok jer.

Gaji nanti aku nak beli kasut baru. Nak try kasut yg bertutup sket.
baru nampak cam CEO! ekekek


Monday, May 29, 2006

aKU giLER BoLA??

Hohohoh..
memang seronok tengok perlawanan bola malam tadi.
(walaupun sekadar menonton di kaca tv ku yg seluas ruang tamu)
MyTeam melawan Pasukan Malaysia! (Keputusan 1-2)

entah aper yg mendorong aku tuk menyaksikan perlawanan
tersubut tidak pula aku ketahui.
Yg nyata, emasi sungguh aku dibuatnya.
Habis semua pemain malaysia aku kutuk giler2.
yg paling teruk aku kutuk tentunya si Zaquan.
Tambah plak biler pengadil sumer tampak berat sebelah.
pasukan malaysia kelihatan sengaja mencederakan pemain MyTeam.
(terima kasih pihak TV3 kerana buat 'ulang tayang' setiap aksi
ganas dan kejam pemain.)

Dalam kekalutan malam tadi,
aku suker ngan pemain Myteam yg hanya kukenali sebagai Fairuz.
Itupun sebab pengulas asyik sebut nama dia selain
nama arun yg menyandang Gelaran Pemain Terbaik.

ermm.... syabas semua
KORANG TELAH MEWARNAI DUNIA BOLA DI MALAYSIA.
TERUSKAN PERJUANGAN.

Friday, May 26, 2006

Aku teringin meluahkan rasa ini.... tapi...

"Nobody really cares if you're MISERABLE. So you might as well be HAPPY"

Aku petik kata2 nie dr kalendar atas meja aku. ermmm.. betul gak tuh.
Buat aper nak kusutkan kpla pikir benda2 yg akhirnya buat kita sakit hati?
Lebih baik kita bergumbira! Tak kisah ler 'how' asalkan tak menyimpang sudah ler.

Cam idup aku gak.
Aku BENCI tahap MENTIBANG (aku petik kata2 seorg teman chatter)
kat sorg pompuan ni.
Memula aku cuba tuk terima kehadiran dia tapi setiap masa hati aku sakit.
Aku dah cuba pujuk hati ini supaya bersabar.
Mana tahu dia bley berubah.
'Biarkanlah... budak2 lagi" - ini yg mak aku selalu pesan kat aku.
Iyer... mak memang boleh bersabar ngan karenah pompuan hampehz nie.
Tapi aku? Darah muda aku sentiasa bergelodak. Tunggu nak pecah jer nie.
Dah hampir stahun. Macam tu jugak. Langsung tak pernah cuba tuk berubah.
Jawapan dia "Memang aku MALAS"!
Pergh! Hati sape yg tak terbakar dengar jawapan cenggini.

"Iyer. Memang aku BENCI ko! Sampai bila2 pun aku tak pernah terima ko!"
Kalau-lah aku punya keberanian tuk meluahkan perasaan aku nie..
Aku pasti aku akan rasa lega. Bebas!
Ko yg mulakan sengketa ini. Aku akan 'hilangkan' ko dlm hidup aku.
Ko tak pernah wujud walaupun ko terpacak tegak depan mata aku.
AKU BENCI KO!

Thursday, May 25, 2006

Keta oh keta

arini masuk ari k-3 setelah aku langgar garaj keta.
abis kemik & tercalar keta aku. ketar lutut aku dibuatnya.
member kata, maybe aku bakal kopak dlm 200-300!
tidakkkkkkkkk!

pagi tadi bangun2 jer tekezut coz keta takde.
Hampehz... mak kata adik pakai antar wife dia g hospital Sultanah Aminah.
Check darah coz khabar nya darah dia ader prob tuk baby kali nie.
ermmm.... terasa malas nak naik bas coz dah kul 9.30 pun.

so, tengok aper yg bley dimasak.
baru kul 11.00 pagi tapi aku dah sibuk buat lauk tuk lunch!
ekekekek.... malas keja beb.

dekat kul 12.30 thari, bos call tetiba!
cheh! kena masuk opis ler nie... terus pecut keta.
sampai opis, 2nd bos ngan client dah blah!
ampun.... ampun..... tinggal bos sorang lagi jer yg setia menanti aku dtg.

so, lewat petang aku masih tercegat kat opis nie.
hai... mungkin minggu nie minggu malang aku kot...???

Wednesday, May 24, 2006

AKU BANGGA KERANA AKU SEBAHAGIAN DARI MEREKA!

Kumpulan pertama anak kapal selam TLDM ditauliah (Oleh HAMDEN RAMLI)
******* Dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 24 May 2006**********


KUALA LUMPUR 23 Mei - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal melakar sejarah baru, esok, apabila sekumpulan pegawai dan anggotanya ditauliah sebagai pengendali kapal selam pada satu majlis pentauliahan di Brest, Perancis, esok.
Pentauliahan itu sekaligus membolehkan mereka memakai lencana ikan lumba-lumba, yang menjadi kebanggaan pasukan pengendali kapal selam di seluruh dunia.
Beberapa pegawai dan anggota TLDM yang dihubungi Utusan Malaysia menyifatkan peristiwa esok bukan sahaja bermakna buat mereka, tetapi untuk TLDM dan negara.
Leftenan Mohd. Yusri Yusoff, ketika menceritakan pengalaman mengikuti latihan lebih setahun itu kepada Utusan Malaysia memberitahu, saat paling indah dan sukar dilupa ialah apabila melihat sebuah kapal selam dioperasi sepenuhnya oleh anak tempatan.
Lebih membanggakan, peristiwa itu berlaku terjadi walaupun baru sepuluh hari mereka mengikuti latihan pelayaran pertama dalam kapal selam SMD OUESSANT.
``Ketika bertugas di pusat pengoperasian kapal itu, pegawai memerintah masuk dan tersenyum sambil berkata; Lihatlah ke sekeliling dan nyatakan, adakah ini kapal selam Perancis atau Malaysia?''.
``Terpegun, saya mengikut arahan dan melihat ke sekeliling, ke semua tempat pengoperasian kapal selam dan menyaksikan pelatih-pelatih Malaysia sibuk dengan tugas masing-masing, manakala anak kapal selam Perancis hanya berada di belakang memantau kerja-kerja pelatih.
``Terdetik rasa bangga dan terharu. Setelah sepuluh hari pelayaran, kapal selam SMD OUESSANT dioperasi hampir sepenuhnya olehnya anak Malaysia,'' katanya dalam emel kepada Utusan Malaysia hari ini.
Majlis pentauliahan dan pemakaian lencana itu akan disempurnakan oleh Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ilyas Din.
Leftenan Hairulnizam Hassin pula memberitahu, latihan itu menuntut pengorbanan yang tinggi bukan sahaja dari segi kehidupan tetapi memastikan kejayaan.
``Kami terpaksa menduduki ujian setiap minggu. Ini memaksa kami belajar secara berterusan. Saya tidak akan lupakan pengalaman belajar 15 jam sehari,'' katanya.
Pegawai Waran II, Ahmad Saufi Ibrahim yang bangga dengan kejayaan itu berkata, pengalaman pertama menjejaki kaki dalam kapal selam ibarat duduk dalam keranda - tidak diketahui sama ada timbul atau tenggelam.
``Saya menyelam ke dasar laut sedalam 300 meter dan terpaksa minum air laut yang diambil pada paras tersebut.
``Ini acara tradisi yang dilalui oleh semua warga kapal selam di Perancis,'' katanya.

Tuesday, May 23, 2006

Jakarta Kota Misteri

Pergh! Tak sangka aku bley home sick. Baru 3 hari kat Jakarta, aku dah rindu teramat rindu pada Malaysia. 24/7 aku dengar sumer org bertutur dalam bahasa Indon, pening kepala aku.
My hotel, Kartika Chandra nie not bad. Ader swimming pool & bersebelahan ngan Planet Hollywood. My bos yg jenis suker nite life, memang bergumbira. Aku? Nope. Aku lebih selesa berselubung atas katil sambil cuba mnghayati cerita indon yg dipaparkan di kaca tv. Sampai di hotel, my client dah menunggu. So, down to business. Next morning terus ke Hotel Shangri-La tuk jumpa Pak Menteri... Security kat sini memang Tip Top. Aku tak sempat nak bjalan2 coz kepala dah berpinau semacam jer.

InsyaAllah, aku akan kembali menghuni dada Jakarta nie. Tunggulah, pasti akan ku bongkar misterimu itu!

Wednesday, May 17, 2006

flu... ferry... flight

i having this very bad cold + cough yesterday. Making thing worst, I've to make International Passport URGENTLY! Arghhhh.... waiting in this very long line... waiting from 7.00 am until 7.00 pm. And i dont get any luck at all, my passport can only be collected this Thursday! My flight is tomorrow 7.30 am. I feeling very sick. Anyone had any 'petua' how to make my flu go away?

Friday, May 12, 2006

SELAMAT BERTUNANG SAHABATKU

Lewat petang tadi, member aku call. Ceria sungguh suara dia. Sembang punya sembang akhirnya terbuka gak rahsia keceriaan.
'Aku nak tunang nie. Ikat 6 bln jer. Majlis awal tahun depan'

Pergh! Cam mimpi jer. Betul ker minah nie nak tunang?? Dlm diam rupanya dah siap sgala persiapan tuk bertunang. Sumer barang dah siap beli, tinggal nak buat menu makan2 jer.
'TAHNIAH!'

Aku gembira mendengar perkhabaran ini. Nampaknya akan berdiri teguh sebuah lagi masjid. InsyaAllah, aku akan menghadirkan diri di majlis ko nanti. Melaka ngan Johor bukan jauh mana pun...

SALAM TAKZIAH SAHABATKU

Sedang aku khusyuk membaca email seorg teman, hset nokia aku bergetar menandakan ada sms masuk. emmm... saper plak antar sms pepagi nie?
Luarbiasa sket isi kandungan sms nie:

'Maaf aku xbgtau awal2. Bapa aku meninggal dunia minggu lepas khamis.aku skrg pindah tinggal ngan mak'

INALILLAH WAINALLILLAHIROJIUN...
Semoga ko tabah hadapi semua ini. Sebelum ko, aku terlebih dahulu merasainya. Semua yang bernyawa pasti akan mati.

Thursday, May 11, 2006

Berbaloi ker?

Cam tak caya plak. Sampai la nie aku still bertahan keja kat sini.
Ngan gaji yg xseberapa... kekadang tak cukup tuk byr keta kancil aku nie..
Sejak Sept 2005 sampai skrg nie. Almost 10 month. pergh!
Berbaloi ker keja tanpa ader potongan KWSP & SOSCO?
Duk sengsorang kat opis nie..? ntahlah.

So, aper yg aku buat tuk tempoh selama itu ekkk?
Sepanjang ingatanku, takde satu keja yg bley dikira mencabar yg bos aku beri.
Mudah jer rutin harian aku. Masuk opis kul 10.30 pg. Kekdg 11.00 pg.
Then lepak jer kat opis nie.
Atas meja aku ader sebijik pc bersambung internet. So, ngadap pc sampai ptg.
Bkn buat keja tp main GAMES jer... klu ader frenz, aku chating.
Jawap call (klu ader.. biasa nyer bos aku jer yg call...). Kul 5.00 ptg aku balik.
Takde life-kan? Maybe...

Tapi itu keja utama aku. Tuk hilangkan kebosanan, aku ader keja kedua.
Actually bukan keja, lebih pada xtvt sukarela... Seminggu 2 kali jer aku g.

Awal tahun 2006, aku terasa nak buat sesuatu yg baru.
So, aku join member buat projek ternakan ikan tilapia.
Aku nekad labur RM10k. Banyak tuh! Projek start Jan 2006.
Memula sumer ok. Aku tak rasa bebanan keja yg menanti.
Skrg baru aku rasa tertekan coz projek tu kat Perak dan aku kat Johor.
Aku tak larat tuk terus berulang-alik dari selatan-utara every week..
Kopak poket aku dibuatnyer. Ntah-lah. Aku pun tak sure what to do.
Member dah mula bersuara 'sumbang'.
Salah aku gak tak explain prob aku kat dia..
Tengoklah camner. Maybe aku kena lepaskan salah satu.
Keja atau projek ikan?

Dlm aku dok tension, aku join plak plan investment secara online.
Member bersungguh2 kata investment nie terjamin.
Prasangka tetap ader, tp biler bukti dah depan mata,
aku setuju join. Kuar lagi duit dlm simpanan...
So, far so good. Every month duit masuk. Syukur.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia... kena usaha sendiri!

Karektor Pekerja Melalui Bintang Mereka

Pekerja Aries
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!
Pekerja Taurus
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka'kipas mengipas' ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak'lembab' sikit dan suka buat kerja'last minute'! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.
Pekerja Gemini
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi 'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering berubah-ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.
Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu disaat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.
Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!
Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja.Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.
Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walaubagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!
Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan tidak mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!
Pekerja Sagitarius
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!
Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa, mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.
Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan dayausaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!
Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot! Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!

Wednesday, May 10, 2006

Next step...

Well Done!
I amazed myself. Even though this is my first time blogging,
i managed to put d Waktu Sembahyang. Just like a PRO!

So, what topic i want to talk? emmmm....
Let's start with what i did today.
>>> ekekek. Just finish blogging of course!

Maybe tomorrow i got some ideas on what to talk.
To anyone reading myBlog, thanks.

Let's start blogging!

After all these years, my pc is always be my good frenz.
yet i never used this so called 'blog'.
So, i've been thinking, i should tried it out.
Lets see... which designed is much better?
emmmmmm.....