Wednesday, November 29, 2006
tok! tok! tok! Kami polis!
kancil itu aku letakan betul2 500m dr tiang lampu.
wpun lampu terpasang, cahayanya samar2.
bunyi burung hantu jelas kedengaran..
mereka kesejukan barangkali.
sesekali terasa meremang bulu2 halus ditengkuk.
mana dtg burung hantu di taman perumahan nie?
ahhh... persetankan sumer itu.
aku rendahkan tempat duduk & cuba melelapkan mata.
aku dakap erat bantal kecil yg slama ini menghias ketaku.
hati & perasaan aku bergelora... berkeceramuk.
memberontak & tak mahu mengalah.
aper lagi menangisi nasib diri.
mlm tadi, iyer baru sebentar tadi. lewat jam 11 mlm.
aku rasa kemarahan ku telah memuncak.
dan kerana itu, aku di sini. 500m dr tiang lampu.
...
siang tadi seharian aku menadah telinga..
mendengar leteran demi leteran org yg mberiku gaji tiap bln.
sehingga lewat jam 7 mlm baru selesai.
Jam 8 mlm aku keluar semula.
ader urusan tugas yg lain. ini memang minatku.
sejak dulu lagi. aku takkan tinggalkan tugas yg satu ini.
jam 11 mlm aku tiba di rumah.
pintu pagar bermangga besar!
iyer... bermangga besar. & ketika ku minta dibukakn pintu,
kunci itu dicampak keluar dr dlm rumah!
kerana itu aku di sini, 500m dr tiang lampu.
...
tok! tok! tok!
sila beri kerjasama. kami polis.
tok! tok! tok!
bangun.. bangun! kami polis.
dlm mamai aku lihat 2 anggota polis berpakaian reman.
'mana sy tahu encik nie polis?' - aku bertanya dlm kalut.
Ini kad pengenalan kami. kami polis.
aper... kenapa.. bagaimana... bla..bla...bla
sumer soalan yg diaju ku biarkan tak berjawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment