******* Dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 24 May 2006**********
KUALA LUMPUR 23 Mei - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal melakar sejarah baru, esok, apabila sekumpulan pegawai dan anggotanya ditauliah sebagai pengendali kapal selam pada satu majlis pentauliahan di Brest, Perancis, esok.
Pentauliahan itu sekaligus membolehkan mereka memakai lencana ikan lumba-lumba, yang menjadi kebanggaan pasukan pengendali kapal selam di seluruh dunia.
Beberapa pegawai dan anggota TLDM yang dihubungi Utusan Malaysia menyifatkan peristiwa esok bukan sahaja bermakna buat mereka, tetapi untuk TLDM dan negara.
Leftenan Mohd. Yusri Yusoff, ketika menceritakan pengalaman mengikuti latihan lebih setahun itu kepada Utusan Malaysia memberitahu, saat paling indah dan sukar dilupa ialah apabila melihat sebuah kapal selam dioperasi sepenuhnya oleh anak tempatan.
Lebih membanggakan, peristiwa itu berlaku terjadi walaupun baru sepuluh hari mereka mengikuti latihan pelayaran pertama dalam kapal selam SMD OUESSANT.
``Ketika bertugas di pusat pengoperasian kapal itu, pegawai memerintah masuk dan tersenyum sambil berkata; Lihatlah ke sekeliling dan nyatakan, adakah ini kapal selam Perancis atau Malaysia?''.
``Terpegun, saya mengikut arahan dan melihat ke sekeliling, ke semua tempat pengoperasian kapal selam dan menyaksikan pelatih-pelatih Malaysia sibuk dengan tugas masing-masing, manakala anak kapal selam Perancis hanya berada di belakang memantau kerja-kerja pelatih.
``Terdetik rasa bangga dan terharu. Setelah sepuluh hari pelayaran, kapal selam SMD OUESSANT dioperasi hampir sepenuhnya olehnya anak Malaysia,'' katanya dalam emel kepada Utusan Malaysia hari ini.
Majlis pentauliahan dan pemakaian lencana itu akan disempurnakan oleh Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ilyas Din.
Leftenan Hairulnizam Hassin pula memberitahu, latihan itu menuntut pengorbanan yang tinggi bukan sahaja dari segi kehidupan tetapi memastikan kejayaan.
``Kami terpaksa menduduki ujian setiap minggu. Ini memaksa kami belajar secara berterusan. Saya tidak akan lupakan pengalaman belajar 15 jam sehari,'' katanya.
Pegawai Waran II, Ahmad Saufi Ibrahim yang bangga dengan kejayaan itu berkata, pengalaman pertama menjejaki kaki dalam kapal selam ibarat duduk dalam keranda - tidak diketahui sama ada timbul atau tenggelam.
``Saya menyelam ke dasar laut sedalam 300 meter dan terpaksa minum air laut yang diambil pada paras tersebut.
``Ini acara tradisi yang dilalui oleh semua warga kapal selam di Perancis,'' katanya.

No comments:
Post a Comment