Tuesday, October 31, 2006

diaRi Syawal

30 Ramadhan:
Aku berazam tuk berhari raya di umah akak.
Mlm td aku besengkang mata mnyiapkan kek asam manis.
Jam 5 pg aku tertido. Aku tak sahur pg nie.
Jam 11 pg aku kemas sumer baju2 ku.
Jam 12.30 thari aku + mak + 2 adikku g umah akak.
Jam 2-6 ptg aku sibuk masak rendang, kari ayam,
ayam masak kicap. sayur lodeh & asam pedas ikan parang.
Kul 6.15 aku tertido..
Lepas buka, kemas aper yg patut & gosok baju.
Hooray! Esok dah R.A.Y.A

1 Syawal:
Kul 6 pg aku bgn... mandi... sejuk nyer!
Panaskan ketupat, lepat & burasak serta lauk pauk.
sesambil mngarahkan mesin basuh mlaksanakn tugas.
Kul 8 pg kami menikmati juadah hari raya!
selepas solat hari raya, tukar baju tuk beraya.
sesi bermaaf-maafan bersama keluarga.
kul 10.30 pg aku bertolak ke umah ayah.
Iyer, destinasi pertama hari raya sudah pasti
ke pusara ayahanda tercinta. Al-fatihah.
Dr sini terus ke umah saudara-mara.
Lewat mlm baru pulang ke umah akak.

2 Syawal:
Menerima kunjungan tetamu..

3 Syawal:
Berhari raya di umah adik serta pakcik2ku.
Bermalam di umah adik.

4 Syawal:
Aku kembali bekerja! Lengang jer opis...
Aku hanya mampu bertahan sehingga kul 1 thari.
pastu aku balik umah. huhuu

5 Syawal:
Aku memecahkan tradisi berhari raya.
Aku bawa mak, akak, adik serta anak sedaraku
ke Wet World tuk bersuka ria.
Kul 7.15 mlm baru kami tiba di umah.
Aku terus bergegas tuk menghadiri reUnion raya.
Melalui hway yg sama skali lagi.
Mbelah pekat mlm yg hening. (radio keta aku ROSAK)
Jam 9 mlm aku tiba di destinasiku. ReUnion..
Aku bermalam di sana.

6 Syawal:
Di umah makcikku.
Makcikku bersungguh minta aku ajar buat kek asam manis.
Aku tak mampu menolak. Pasni bleylah dia buat bisnes.
Moga ilmu yg kuperturunkan bermanfaat tuk sumer.

7 Syawal:
KERJA seperti biasa.. masih dlm mood raya.
Jam 7 aku sampai di umah.
Terus ke dapur memasak tomyam ayam.
SEDAP! Itu kali pertama & pasti bkn yg terakhir.
huhuhu.. kemahiranku dah berkembang nampaknya.

8 Syawal:
KERJA... KERJA..

syawal terus berlalu.. dan aku masih setia menanti.
Bila agaknya tetamuku ini akan tba?

No comments: