Tuesday, August 01, 2006

shopping

aku bukan insan yg gemar ber'shopping'.
tapi amat gemar memerhati gelagat org bershopping.
Mengakhiri bulan Julai 06, aku mengambil keputusan
utk mengikut satu perjalanan jauh ke utara tanahair.
Satu tujuan murni. Bershopping.

Destinasi pertama adalah Padang Besar, Perlis.
Sebaik tiba di bilik Putra Palace Hotel,
mcampakkan beg & memcuci muka, xtvt pun bermula.
Seawal kul 1.00 tghari sehingga 5.00 ptg - bershopping.
Aku tak pasti aper yg menarik di sini,
tapi aku teruja tuk memerhati...

i-yer. di sini masih wujud situasi tawar-menawar.
masing2 menunjukkan skill yg terpendam sekian lama.
jika bijak menawar, harga bley kurang sehingga separuh.
Narita lengkap cadar & sarung bantal itu aku beli dengan
harga ermm... RM 55.00 saja. (satu2 brg yg aku beli di sini).

destinasi seterusnya adalah wang kelian.
bukan shopping yg membuat aku teruja tapi..
saat melintasi sempadan malaysia-thai.
dan hujan lebat seolah2 merestui perjalanan itu.
(ekekek... hujan lebat sebaik kaki menapak di bumi thai)

destinasi seterusnya adalah Pasar Rabu.
perrghhhhh! tak larat dah nak ikut org2 lama nie.
sakan sungguh diorg berbelanja. penuh satu bas.
Dan aku... hanya memerhati.
Bukan kerana poket yg kosong, tapi kerana blum masanya
aku berbelanja sedemikian rupa.
Tunggu-lah, bila aku punya keluarga & rumah sendiri.
waktu itu, pasti aku aku akan teringat situasi hari ini.

2 comments:

Unknown said...

saya ada beli pistol di wang kelian dulu.. pistol angin peluru plastik. perit juga, kalau kena tembak

Anonymous said...

sy juga ader beli pistol tuh.
tapi terpaksa ditinggalkan disempadan krn takut ditahan penguasa....