Thursday, February 28, 2008

Bermula seorang ISTERI

Pernikahan atau perkahwinan
Membuka tabir rahsia
SUAMI yang menikahimu
Tidaklah semulia Muhammad s.a.w...
Tidaklah setaqwa Ibrahim...
Tidak setabah Ayyub...
Tidak segagah Musa...
Apalagi setampan Yusuf...

Justeru,
SUAMI-mu hanyalah
LELAKI AKHIR ZAMAN
Yang punya cita-cita
Membangun keturunan yang SOLEH

Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandai suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatinya

Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita
Perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah
Kerana
Memiliki SUAMI yang tak segagah mana!

Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa!
Kamu BUKAN-lah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga...
BUKAN juga Hajar yang begitu setia dalam sengsara...
Cuma
WANITA AKHIR ZAMAN
Yang berusaha menjadi
SOLEHAH

No comments: