Monday, February 25, 2008

Bermula menjadi bahan kajian.

Minggu lepas adik aku minta biodata aku. Tidak aku tanya untuk apa.
Al-maklum, tahun lepas adik bongsuku juga minta benda yang sama.
'Scrap Book - Salasilah Keluarga'
Aku yang baik ini telah meng-email maklumat yang diminta.

Kelmarin adik menelefon lagi. Maklumat tak lengkap ujarnya.
Sila jawab soalan yang adik sertakan. Mak ai! ada lagi?
Apa sebenarnya yang adik nak buat dengan maklumat tuh?
Kali nie aku biarkan jer. Terasa malas plak nak menjawab soalan.

nama..
pendidikan..
pekerjaan..
bla..bla..bla..
sumbangan anda pada negara?
erk!!! *BLANK*

Pagi nie telefon menyanyi true tune 'tokyo drift'
Siapa la yang rajin antar sms pepagi nie..

kompasakti nak adik fail subjek nie ker? adik dah ambil kompasakti sebagai bahan kajian. 'Pemimpin'

Opocot! Aku plak yang dipertanggungjawabkan?
Mengangkat aku setinggi itu?
ermmm... demi adik, aku memerah otak.

nanti kompasakti email.

p/s: ringkas reply sms adakah petanda ringkasnya emailku nanti..

No comments: