Friday, February 29, 2008

Bermula TERAKHIR

Aku pasti
Akan merindui diri-mu
Ternyata,
Perpisahan amat menyakitkan.
Namun
Aku akan setia menanti
Walau untuk 4 tahun lagi..
Tinggal-lah sayang,
Tinggal-lah pujaan.
SELAMAT TINGGAL..
---
---
29 FEBUARI 2008!

Thursday, February 28, 2008

Bermula seorang ISTERI

Pernikahan atau perkahwinan
Membuka tabir rahsia
SUAMI yang menikahimu
Tidaklah semulia Muhammad s.a.w...
Tidaklah setaqwa Ibrahim...
Tidak setabah Ayyub...
Tidak segagah Musa...
Apalagi setampan Yusuf...

Justeru,
SUAMI-mu hanyalah
LELAKI AKHIR ZAMAN
Yang punya cita-cita
Membangun keturunan yang SOLEH

Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandai suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatinya

Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita
Perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah
Kerana
Memiliki SUAMI yang tak segagah mana!

Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa!
Kamu BUKAN-lah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga...
BUKAN juga Hajar yang begitu setia dalam sengsara...
Cuma
WANITA AKHIR ZAMAN
Yang berusaha menjadi
SOLEHAH

Wednesday, February 27, 2008

Bermula seorang SUAMI

Pernikahan atau perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah...
Tidaklah setaqwa Aisyah...
Tidaklah setabah Fatimah...


Justeru,
Isterimu hanyalah
WANITA AKHIR ZAMAN
Yang punya cita-cita menjadi
SOLEHAH.


Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Ketika isteri menjadi racun, kamu penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya


Pernikahan atau perkahwinan
Menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah
kerana..
Memiliki isteri yang tak sehebat mana


Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa!
Kamu BUKAN-lah Rasullullah s.a.w
Pun BUKAN-lah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma...
SUAMI AKHIR ZAMAN
Yang berusaha menjadi
SOLEH.

Tuesday, February 26, 2008

Bermula saksama

Supaya adil dan taksama..
Aku wajibkan diri baca 3 jenis akhbar setiap hari.
Utusa*, *arakah dan kosm*.
(apa nak kira, sumer nie online. FREE.. heheh)
Bukan apa, berita arus perdana kekadang tergelincir.
Kekadang di selubungi kabus tebal dan kekadang merapu.
Kita harus bijak membuat penilaian.
Jangan dengar sebelah pihak saja.
Supaya adil dan taksama!

Monday, February 25, 2008

Bermula menjadi bahan kajian.

Minggu lepas adik aku minta biodata aku. Tidak aku tanya untuk apa.
Al-maklum, tahun lepas adik bongsuku juga minta benda yang sama.
'Scrap Book - Salasilah Keluarga'
Aku yang baik ini telah meng-email maklumat yang diminta.

Kelmarin adik menelefon lagi. Maklumat tak lengkap ujarnya.
Sila jawab soalan yang adik sertakan. Mak ai! ada lagi?
Apa sebenarnya yang adik nak buat dengan maklumat tuh?
Kali nie aku biarkan jer. Terasa malas plak nak menjawab soalan.

nama..
pendidikan..
pekerjaan..
bla..bla..bla..
sumbangan anda pada negara?
erk!!! *BLANK*

Pagi nie telefon menyanyi true tune 'tokyo drift'
Siapa la yang rajin antar sms pepagi nie..

kompasakti nak adik fail subjek nie ker? adik dah ambil kompasakti sebagai bahan kajian. 'Pemimpin'

Opocot! Aku plak yang dipertanggungjawabkan?
Mengangkat aku setinggi itu?
ermmm... demi adik, aku memerah otak.

nanti kompasakti email.

p/s: ringkas reply sms adakah petanda ringkasnya emailku nanti..

Sunday, February 24, 2008

Bermula 'Teacher's Pet' siri 1

Masa aku sekolah rendah, English teacher aku sangat garang. Dia amat dibenci dan ditakuti. Setiap kali melihat 'English' dalam jadual waktu, semua tarik muka. Tak kurang juga yang tetiba teringat homework yang belum siap. Tapi English-kan memang ada setiap hari. Hahahah... kurang bijaknya murid2 suatu ketika dulu.

Aku pula amat teruja setiap kali waktu English. Aku suka belajar bahasa asing. Aku amat bijak dan cepat faham maksud perkataan English. Jadi, English teacher amat sayang pada aku. Malah dia suruh semua murid mencontohi aku. Kaedah yang English teacher nie guna ialah menyoal sorang demi sorang bermula dari murid di kumpulan meja pertama. aku ketika itu duduk di kumpulan meja terakhir (Golongan murid bijak. hahaha..) Jadi dikebanyakan masa, ramai murid yang berdiri atau berdiri atas kerusi sepanjang waktu English.

Satu insiden yang aku tak boleh lupa bila kami belajar 'date' a.k.a tarikh. Numbers and date-kan almost the same. Memula belajar nama hari. Aku antara yang duduk dengan selesa. Bila English teacher tulis 21 kat papan hitam, dia mula menyoal bagaimana nak sebut tarikh tuh. Ramai yang duduk kini berdiri. Yang tadi berdiri kini berdiri di atas kerusi. Tapi tidak pula English teacher tanya kat aku.. Dia kata aku memang tahu jawapan. Kalau aku jawab, English teacher janji akan bagi semua murid duduk. Semua mendesak aku jawab.

Pada awalnya memang aku tak tahu, cuma akhirnya aku dapat ilham. Kalu 1 jan kita sebut FIRST of Jan, maknanya 21 jan is Twenty-FIRST of Jan. Dengan malu2 aku angkat tangan untuk menjawab. Sebaik saja jawapan aku beri, loceng pun berbunyi.... hahahhahahahhaha

Saturday, February 23, 2008

Bermula hujung minggu

Cuti hujung minggu memang sentiasa dinantikan.

Melupakan kesibukan kerja buat seketika.

Tenang dan damai.

Bila perut mula menyanyi riang, aku selongkar petisejuk.

Mencapai apa yang perlu, aku muktamadkan menu.

Andai yang kucari tiada di dalam petisejuk,

petik saja di kebun kecilku. Segar dari ladang. hahaha..

Jemputlah kalian menikmati menu pagiku.

MAKARONI GORENG AYAM CINCANG

Friday, February 22, 2008

Bermula kejelekkan

malam tadi. yup.
khamis malam jumaat.
banyak syaitan mati dibunuh malam tadi.
tapi aku rasa jelek. sangat SANGAT jelek.
bukan pada mereke yg berjaya jadi pembunuh syaitan.
tapi menonton tv.
bukan pd citer omputeh yg banyak adegan 18sx itu.
tapi pd forum perdana.
aku sedey. kecewa malah tersinggung.
Gara2 menonton forum perdana semalam.
tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri
Mulanya aku fikir aku silap, tertonton diskusi politikus.
Apa tidaknya, pandangan ahli2 panel asyik mengipas,
menyebut2 istilah yg satu itu.
disogokkan pula dengan gambar2 mereka menderma.
bukan sekali tapi gambar2 itu bertali arus.
iklan yg diselitkan juga begitu.
aku rasa jelek. sangat SANGAT jelek.
aku terus jadi pembunuh.

Thursday, February 21, 2008

bermula motivasi 1

Awan itu tetap tegar membelakangi sang suria.
Deraian rintik2 jernih tetap turun x pernah putus.
Nun di luar, air semakin naik.
Sungai dan parit telah lama termuntah.
Sumer penduduk mulai meninggalkan rumah.

Di sebuah rumah usang,
Seorang lelaki tua tinggal bersendirian.
Mengangkat kedua tangan mohon perlindungan Tuhan.
Berdoa agar tuhan selamatkan dirinya dari banjir.

shah, jiran di sebelah rumahnya mengetuk pintu.
Shah mengajak lelaki tua itu berpindah bersama.
Lelaki tua itu menolak ajakan itu.
'Tuhan pasti menolong saya' kata lelaki tua itu.
Shah pun berlalu.

Air semakin naik hingga ke paras pinggang.
Lelaki tua itu berdoa agar tuhan selamatkan dirinya dari banjir.
Sepasukan penyelamat datang mengajak berpindah.
Lelaki tua masih menolak ajakan itu.
'Tuhan pasti menolong saya' kata lelaki tua itu.
Penyelamat pun berlalu.

Air semakin naik hingga ke paras dada.
Lelaki tua itu berdoa agar tuhan selamatkan dirinya dari banjir.
Sebuah bot penyelamat datang mendesak berpindah.
Lelaki tua masih menolak ajakan itu.
'Tuhan pasti menolong saya' jerit lelaki tua itu.
Bot pun berlalu.

Air semakin naik hingga ke bumbung rumah.
Lelaki tua itu terus berdoa agar tuhan selamatkan dirinya dari banjir.
Sebuah helikopter penyelamat datang memujuk dia berpindah.
Lelaki tua berdegil menolak ajakan itu.
'Tuhan pasti menolong saya' laung lelaki tua itu.
Helikopter pun berlalu.

sehingga satu masa, air menenggelamkan sumer yang ada.
Lelaki tua itu telah mati kelemasan.
Kasihan dia.

Sewaktu bertemu Tuhan, lelaki tua itu bertanya.
Kenapa Tuhan tidak datang menyelamatkannya.
Lalu jawab Tuhan;

Aku telah hantar pertolongan kepadamu
Aku telah kabulkan setiap doamu.
Aku hantar shah, penyelamat, bot malah helikopter.
Tapi kau masih x mengerti.


Lelaki tua itu tertunduk diam seribu bahasa.

Wednesday, February 20, 2008

bermula memasak

beberapa arini aku SANGAT rajin.
aku telah buat breakfast yg mudah nie.
walaupun simple, ia SANGAT sedap.


pastu aku try plak buat kek.
kek coklat ngan strawbery coklat.
nampak SANGAT menyelerakan.

Saturday, February 16, 2008

bermula TERpanjang

Aku RASA sangat bertuah tinggal di malaysia nie.
JPN telah letak syarat berapa panjang nama yang boleh kita tulis dalam I/C
klu tidak, aku FIKIR mesti ramai yang ada nama panjang-panjang selagi boleh.

aku TERjumpa bukti ini:
Seorang imigran Jerman yang tinggal di Pennsylvania, AS.

Adolph Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvim John Kenneth Loyd Martin Nero Oliver Paul Quincy Randolph Sherman Thomas Uncas Victor Willian Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorffvoralternwarengewissenhaftschaferswesenchafew
arenwholgepflegeundsorgfaltigkeitbeschutzenvonangereifenduchihrraubgiriigfeindew
elchevorralternzwolftausendjahresvorandieerscheinenbanderersteerdeemmeshedrraums
chiffgebrauchlichtalsseinursprungvonkraftgestartseinlangefahrthinzwischensternar
tigraumaufdersuchenachdiesternwelshegehabtbewohnbarplanetenkreisedrehensichundwo
hinderneurassevanverstandigmenshlichkeittkonntevortpflanzenundsicherfreunanleben
slamdlichfreudeundruhemitnichteinfurchtvorangreifenvonandererintlligentgeschopfs
vonhinzwischensternartigraum Senior

pstt.. ada sesapa nak tolong sebut?
link asli---> http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=...oldid=138666077

Thursday, February 14, 2008

Bermula Permintaan

Sempena hari valentine,pasti ramai yang terima
Aku SANGAT teringin tuk menerima
Tapi sampai skarg takde sapa sudi beri aku

Monday, February 11, 2008

Bermula kenangan

Korang pernah pergi majlis akad nikah?
Tak kiralah lokasi di rumah kampung, bandar atau masjid.
Ia tetap majlis akad nikah.
Tok Kadi adalah orang PALING berkuasa!

Majlis yg berlangsung di masjid @ surau,
Selalunya kedua bakal mempelai akan saling duduk berhadapan.
Kekadang jauh sedikit klu rombongan pengantin ramai,
Kekadang dekat klu majlis kecil2.
Yang pasti, mereka berada di ruang yg sama.

Majlis di rumah bakal pengantin perempuan pula berbeza.
Si bakal pengantin terpisah oleh ruang dan dinding.
Yang lelaki di ruang tamu,
Yang perempuan di bilik yg dihias bagai nak rak.
Selalunya dia duduk di hujung birai katil dalam debar!

Aku ada memori yang sangat menyentuh perasaan.
Bukan... bukan aku pengantin itu.
Benarlah pesan org2 lama a.k.a tua;
'saat sblum akad nikah, banyak syaitan yg akan mengganggu'

Pasangan pengantin masih muda remaja lagi.
Majlis sederhana di buat di rumah bakal pengantin perempuan.
Bakal pengantin lelaki duduk bersila diam di hadapan Tok Kadi.
Dia sendirian. Tak siapa di sebelah menemani.
Rombongan yg mengiringi asyik bersandar di tepi.
Munkin kepenatan lantaran jauh memandu.
Tok Kadi pula di apit 2 pembantu.
3 lawan 1... tak adil kan! pasti yg 1 akn tewas. (itu tekaanku)

Tok Kadi mula meneliti dokumen2..
Menyemak pengenalan diri bakal pengantin lelaki,
kemudian hilang di balik bilik bakal pengantin perempuan.
Maka tatkala Tok Kadi sibuk di bilik,
pembantu2 Tok Kadi mula bertindak..
Jeng.. jeng.. jeng...
Pembantu2 itu mula menyoal bakal pengantin lelaki itu dan ini.
Di saat dan ketika inilah, sesuatu yg di luar jangkaanku berlaku.
Ya. Aku x bohong.

BAKAL PENGANTIN LELAKI ITU MENANGIS TERSEDU-SEDU.

Tersentuh hatiku. Tersentak seketika.
Kenapa dibiar dia sendirian?
Kenapa begitu tega rombongan yg mengiringi melihat saja?
Pembantu2 Tok Kadi itu juga tergamam.
Suasana tetiba jadi tegang.

Lantas dengan segala kekuatan yg aku ada,
AKU GENGGAM kemas jari tangan kiri bakal pengantin lelaki itu.
Sebagai tanda dia tidak keseorangan.
Dalam sendu, akhirnya dia berjaya mengumpul kekuatan.
Dia membalas genggamanku dengan genggaman erat tanda terima kasih.
Tok Kadi yg baru keluar mengambil kedudukan.
Bersalaman dan mengusap2 badan bakal pengantin lelaki.
Aku berinjak ke belakang semula.
Dalam doa kudusku, aku bermohon;

YA ALLAH, berkatilah majlis ini. Lindungilah bakal pengantin ini.

Majlis akhirnya berjalan lancar.
Dengan 2 kali lafaz, pasangan bakal pengantin diijabkabulkan. Al-hamdulillah.
(dia tidak menyebut nama bakal pengantin perempuan dlm intonasi yg sama dengan Tok Kadi)

aku difahamkan, pasangan pengantin kedua2nya anak yatim.
pengantin lelaki hanya diiringi oleh abg yg masih bujang,
(dia xtahu lagi bagaimana rasanya berdepan dgn Tok Kadi)
pakcik2 (mereka sedang melepaskn lelah.. maklumlah, org tua)
serta ibu dan kakak shj (mereka duduk di tempat perempuan la....)

ermmm.... patutlah dia dibiar sendirian.

Pesanku buat semua bakal pengantin;
CARILAH SEORANG TEMAN UNTUK SENTIASA BERADA DI SISI
TATKALA KALIAN DI IJABKABULKAN NANTI.

Bermula kahwin

Cuti Tahun Baru Cina memang panjang macam Cuti Hari Raya.
Munkin sebab tu banyak undangan aku terima.
Tapi hanya hajat 3 tuan rumah dapat ku penuhi.
Sepanjang perjalanan (nasib baik lokasi sehala), aku dapat hobi baru.
hehehehhe.... Mari Mengira Majlis Kenduri!
Sambil dapat menghilangkan bosan dan mengantuk memandu.

Untuk tiba di rumah pertama, kedua dan ketiga,
setelah di congak2, aku memutuskan,
heehehee... ada 32 kenduri yang sama.
Aku pergi umah 1, 25 dan 32 aje.

Rumah 1:
sebab ini rumah 1, aku pergi awal..
yer-lah, takut yg lain x sempat pergi nanti.
dijadikan cerita (aku x berniat tuk mengumpat),
makanan katering belum tiba!
hahahaha.. maka para tetamu pakat menunggu beramai2.
menunggu sambil bersembang x terasa lama..
makanan sampai dan dihidang mengikut meja.
satu meja satu dulang.. al-hamdulillah.
jadi para tetamu yg sedia duduk terus selesa menjamu selera.

Rumah 25:
waktu dan saat paling ideal.
kami tiba selang 5 minit mempelai sampai.
dijadikan cerita (sumpah! aku x berniat mengata),
meja lelaki dan perempuan diasingkan.
menu plak dihidang secara buffet.
aku plak xkenal sesapa selain pengantin..
Aku nekad makan semeja ngan org yg dtg bersamaku.
ader suara sumbang menegur:
'perempuan kat belakang, lelaki kat depan'
aku tetap menebalkan muka.
tak sangka sejurus kejadian, aku ramai pengikut.
tetamu yg dtg berdua, berkeluarga mula duduk semeja.
keadaan jadi sedikit beza dgn sebelum kehadiaranku.
MAAF yer tuan rumah, aku TERPAKSA.

Rumah 32:
Ini undangan terakhir.
Umah paling jauh.
Maka paling lewat aku tiba.
Demi memenuhi hajat pengantin, aku pergi gak.
Waktu aku turun, meja dan kerusi sudah mulai dikemas!
hahahahah... nasib baik aku dah bagitau awal2 kat pengantin.
jadi masih ader baki makanan tuk kami jamah.
dijadikan cerita (sungguh! aku x berniat mengata),
lalat berada dimana2! aku terasa seperti di Afrika.
heheheh... aku xpernah g Afrika.
cuma aku selalu tengok kat tv.
lalat2 menghurung kanak2 yg kebuluran tuh!
SERIUS! memang BANYAK lalat.

Kepada sumer pengantin:
SELAMAT PENGANTIN BARU! MOGA BAHAGIA SELALU.

Monday, February 04, 2008

bermula mengingati...

bla...bla...bla... skreetttt (tulis satu patah perkataan)
bla...bla...bla...bla...bla.. non-stop talking

excuse me Sir!

sumer pandang aku.
ader gentar di setiap mata.
dan mata yg satu itu tepat merenungku.

maaf. tiada apa-apa.

bla...bla...bla..bla...
bla...bla..bla.. ok. that it.

sumer bangun.
bersiap meninggalkan bilik.
dia tenang di situ.
aku percepatkan langkah.
suara itu... yup.. suara itu perlahan menutur kata.

u, must NEVER. EVER. EVER. EVER! interrupt when a senior talking.
remember that and dont ever do it again.

ader senyum dibibir nyer.
aku mengerti.
aku mengingati.
sehingga kini.