Salam 1 Malaysia tuk sumer.
Dah lama kompasakti tak menulis apa-apa dalam blog nie. Bersawang sekian lama lantaran dihambat tuntutan yang lebih utama.
Sebenarnya kompasakti telah secara tidak rasmi sudah tidak bergelar pelajar pada 5 nov 2009 sebaik sahaja kertas jawapan peperiksaan bertukar tangan. WELCOME to the REAL WORLD! hahahah... belum sempat nak meraikan 'abis' exam, selang sehari terus kena pergi mengikuti kursus. kursus yang memakan masa 75 jam untuk dihabiskan. Dan di akhir kursus nanti ada lagi EXAM. Dugaan......
Kelmarin saat di beberapa negeri di Malaysia dilimpahi dengan hujan yang berterusan sehingga mengakibatkan banjir, ada yang sedang berpesta hanya kerana sebiji benda bulat. BOLA. Yup Piala Malaysia sudah sah menjadi milik pasukan Negeri Sembilan. Sesuatu yang sangat menarik perhatian kompasakti tentang Piala Malaysia kali ini ialah bilangan penonton yang membanjiri Stadium Bukit Jalil. Sangat RAMAI. Sangat Meriah. Sesuatu yang sudah sangat jarang berlaku tapi bukan mustahil untuk berlaku. Media juga tidak putus-putus mewar-warkan acara yang boleh dikategorikan sebagai 'Event of D Year 2009'.
Personally, kompasakti suka sangat dengan lagu pembakar semangat N9 - Hobin Jang Hobin - walaupun kompasakti tidak tahu apa maknanya perkataan HOBIN itu sendiri. Kompasakti penyokong Jking ok. Tapi lagu tuh memang sangat 'catchy'.
Kepada yang tak pernah dengar lagu nie, kompasakti letak kat bawah ni tuk kalian dengar. enjoy!
Sunday, November 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment