Kesibukan menjadikan kita lebih menghargai setiap masa yang terluang. Betul ker? Pada aku, ianya BENAR. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar sahaja. Aku bercakap berdasarkan apa yang aku lalui sekarang. Rutin harian aku sekarang (buat masa sekarang) memang sangat padat. Seawal jam 6 pagi aku harus bangun dan bersiap. 6.45 pagi aku sewajarnya sudah berada di atas lebuhraya menuju ke destinasi. Kalau aku lewat keluar dari rumah bermakna aku aku tiba lewat di destinasi. Aku harus menjadi contoh yang baik. Aku wajib datang awal! Waktu pulang aku tidak menentu. Tapi selalu-selalunya selagi jam belum menunjukkan pukul 7.30 malam, aku masih belum sampai di rumah. Kekadang aku perlu pulang lewat-lewat malam. Biasanya sekitar jam 11.30 malam baru aku tiba di rumah. Di kala sumer jiran telah lama lena dibuai mimpi. Rumah aku memang macam tongkang pecah menjelang hujung minggu. Bukan disebabkan timbunan baju kotor atau sampah tidak bersapu tapi rumah aku bersepah dengan pelbagai kertas, nota, alat tulis dan buku-buku rujukan. Aku memang nak kemas tapi aku perlu menggunakan sumernya sehingga ke hujung minggu aka hari cuti. Jadi takde gunanya aku kemas sebelum waktu itu. Minggu ini merupakan minggu paling sibuk dan paling berserabut sebab semua tugasan dan kertas kerja perlu dihantar sebelum hujung minggu bermula. So, terpaksalah aku pejam mata melihat rumah yang takde rupa rumah. Lebih macam sarang tikus gamaknya.
Apa-apa la labu.....

No comments:
Post a Comment