Antara bahan wajib yg perlu sentiasa ada dalam peti ais aku adalah LIMAU KASTURI. Apa gunanya? Takkan kalian x tahu. Sudah tentu untuk buat penyedap rasa. Tak kisahlah samada letak dalam sambal belacan, sambal kicap atau air asam. Juga untuk dibuat minuman. Aku suka minum sirap limau ais atau hanya limau ais! sedap woooooo.... Kekadang aku letak dalam air madu. memang masyukkkkkkk.
Harga limau kasturi di pasaran memang agak mahal sejak kebelakangan nie. Dulu masa aku beli, aku cuma cakap nak seringgit limau kasturi. Dapatlah dalam segenggam (15 biji camtu). Tapi sekarang nie, seringgit tuh dapat sket jer. So aku akan amik sendiri then bagi kat penjual untuk ditimbang (dah tak kira biji dah.. harga dia ikut berat plak).
Aku pernah cuba tanam pokok limau kasturi kat belakang umah sewa aku. Anak pokok tuh aku amil dari kampung. Memang subur dan sihat jer. Bulan pertama dia bertunas pucuk muda. Tapi tak sempat berbuah sebab lepas tuh selalu kena tinggal. Akhirnya pokok tuh mati kering sekeringnya. huhuhu
Masuk tahun baru 2009 nie, selain menyiapkan projek langsir scallop tuh, untuk pertama kalinya aku beli pokok limau kasturi yang sedang berbuah lebat! Ala.. pokok2 limau yang dijual untuk dijadikan hiasan sempena Tahun Baru Cina tuh. Pokok limau nie memang banyak dijual sekarang sampailah Tahun Baru Cina nanti. Buahnya memang sangat lebat (ada yang sarat meranum pun!) dan dijual terus dengan pasu2. Memang cantik kalau dibuat hiasan. Orang melayu jarang beli pokok nie kot sebab masa aku usung atas troli tuh ada mak amoi tegur... selain banyak mata yang memandang... hehehe.
Balik umah aku pun start meng'google' apa signifikannnya pokok limau nie ngan Tahun Baru Cina. Dan nie fakta yang aku perolehi:
Limau Kumkuat ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan popular di Malaysia menjelang Tahun Baru Cina. Buah limau kumkuat yang berwarna kuning emas menjadi kegemaran kaum Cina kerana warna emas menjadi simbol kekayaan yang abadi dan buah yang lebat menjadi simbol sesuatu yang lumayan.

Motif utama aku beli pokok limau nie takde kaitan langsung dengan Tahun Baru Cina. Aku beli semata2 sebab aku rasa ianya satu pelaburan yang bijak. Cuba kalian buat pengiraan logik akal, dengan harga cuma RM26 aku dapat sebijik pasu bata (klu beli berasingan kat kedai harga dalam rm10) dan berpuluh2 biji limau kasturi yang bley aku petik bila2 masa aku suka! Tak payah nak simpan dalam peti ais lagi. Tidak berhenti setakat itu saja, pokok limau nie sudah tentu akan terus hidup dan mengeluarkan buah dari masa ke semasa. Aku dah tak perlu beli limau kasturi lagi! Hooooraaaaayyyyyyyyyy.

3 comments:
nak teh O ais limau satu!
teh o ais limau SIAP!
Thanks for dropping by.
Thanks for leaving comments.
Post a Comment