Wednesday, January 28, 2009

Bukan untuk dibawa berjuang!


Kasut ini aku baru beli.
Demi mematuhi syarat yg ditetapkan.
Aku pakai tak lama.
Cuma 3 hari.
Aku pakai ke mana-mana.
Ke dewan utama, ke masjid, ke dewan makan, ke asrama.
Hambatan masa menyebabkan aku sedikit terkejar-kejar.
Jalan-jalan yang kulalui bertar sedikit kasar.
Aku kira, kerana itu-lah kasutku tewas.
Kasut seperti ini tidak sesuai dibawa berjuang!

Monday, January 19, 2009

My Besday Cake!

Tahun 2009.
Usia aku genap 30 tahun.
Aku jarang JARANG meraikannya.
Tapi tahun ini, aku dapat sebiji kek.
Kek kegemaranku.
'Cheese cake'
Aku suka sangat!!!
(walaupun tiada kata2 tertulis di atas kek..)
Terima kasih.

Monday, January 12, 2009

Bermulanya langkahku yang pertama.

12 Jan 2009.
Setelah sekian lama aku tinggalkan buku dan pen,
hari ini aku kembali menjalankan rutin seorang murid.
Setelah sekian lama hanya arahanku yg wajib dipatuhi,
hari ini aku kembali menjadi pelatih yg menurut perintah.
Setelah sekian lama aku selesa memakai sandal ke mana2,
hari ini tiada sesiapa mampu melihat jari kakiku lagi!

Memang terasa janggal berdepan situasi ini.
Benarkan ini yg kumahu dalam hidupku?

Kubulatkan tekad.
Aku tak mungkin berpaling.
Langkah ini akan kuteruskan hingga sampai ke detinasinya.

Thursday, January 08, 2009

Kekayaan yang abadi.

Antara bahan wajib yg perlu sentiasa ada dalam peti ais aku adalah LIMAU KASTURI. Apa gunanya? Takkan kalian x tahu. Sudah tentu untuk buat penyedap rasa. Tak kisahlah samada letak dalam sambal belacan, sambal kicap atau air asam. Juga untuk dibuat minuman. Aku suka minum sirap limau ais atau hanya limau ais! sedap woooooo.... Kekadang aku letak dalam air madu. memang masyukkkkkkk.

Harga limau kasturi di pasaran memang agak mahal sejak kebelakangan nie. Dulu masa aku beli, aku cuma cakap nak seringgit limau kasturi. Dapatlah dalam segenggam (15 biji camtu). Tapi sekarang nie, seringgit tuh dapat sket jer. So aku akan amik sendiri then bagi kat penjual untuk ditimbang (dah tak kira biji dah.. harga dia ikut berat plak).

Aku pernah cuba tanam pokok limau kasturi kat belakang umah sewa aku. Anak pokok tuh aku amil dari kampung. Memang subur dan sihat jer. Bulan pertama dia bertunas pucuk muda. Tapi tak sempat berbuah sebab lepas tuh selalu kena tinggal. Akhirnya pokok tuh mati kering sekeringnya. huhuhu

Masuk tahun baru 2009 nie, selain menyiapkan projek langsir scallop tuh, untuk pertama kalinya aku beli pokok limau kasturi yang sedang berbuah lebat! Ala.. pokok2 limau yang dijual untuk dijadikan hiasan sempena Tahun Baru Cina tuh. Pokok limau nie memang banyak dijual sekarang sampailah Tahun Baru Cina nanti. Buahnya memang sangat lebat (ada yang sarat meranum pun!) dan dijual terus dengan pasu2. Memang cantik kalau dibuat hiasan. Orang melayu jarang beli pokok nie kot sebab masa aku usung atas troli tuh ada mak amoi tegur... selain banyak mata yang memandang... hehehe.
Balik umah aku pun start meng'google' apa signifikannnya pokok limau nie ngan Tahun Baru Cina. Dan nie fakta yang aku perolehi:
Limau Kumkuat ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan popular di Malaysia menjelang Tahun Baru Cina. Buah limau kumkuat yang berwarna kuning emas menjadi kegemaran kaum Cina kerana warna emas menjadi simbol kekayaan yang abadi dan buah yang lebat menjadi simbol sesuatu yang lumayan.

Motif utama aku beli pokok limau nie takde kaitan langsung dengan Tahun Baru Cina. Aku beli semata2 sebab aku rasa ianya satu pelaburan yang bijak. Cuba kalian buat pengiraan logik akal, dengan harga cuma RM26 aku dapat sebijik pasu bata (klu beli berasingan kat kedai harga dalam rm10) dan berpuluh2 biji limau kasturi yang bley aku petik bila2 masa aku suka! Tak payah nak simpan dalam peti ais lagi. Tidak berhenti setakat itu saja, pokok limau nie sudah tentu akan terus hidup dan mengeluarkan buah dari masa ke semasa. Aku dah tak perlu beli limau kasturi lagi! Hooooraaaaayyyyyyyyyy.

Wednesday, January 07, 2009

Langsir Royal Scallop sempena Tahun 2009

Dah lama aku tangguh projek aku nie.
Dah masuk 2 tahun.
Dari mula aku pindah kedah sampai aku pindah umah lagi.
Kain nie aku main gantung jer sepanjang tempoh tuh.
Dan kain nie dah pernah jadi penghias pelamin..
dan tirai bilik pengantin...
dan alas meja makan pengantin...

huh! dah jauh berjalan kain nie.
Aku bawa dari umah johor mai kedah.
yang warna biru tuh ada 4 helai + 2 helai warna krim.
Sementara aku tengah rajin ditambah dengan semangat Tahun Baru,
aku pun nekad menggunting2 kain biru tuh.
aku gunakan sepenuhnya 1 helai kain biru sebagai scallop
dan 3 lagi aku kekalkan sebagai tirai.
Dan 1 helai kain warna krim aku gunting2 jadikan ropol2.
Setelah berhempas pulas 3h2m,
ini lah hasilnya.
Taraaaa.........



Thursday, January 01, 2009

I wish u all..

***
SELAMAT TAHUN BARU 2009!!!
***