Wednesday, April 30, 2008

"..tolong! tolong aku... tolong..
kasihanilah aku sang kura-kura.
dah 4 hari aku tak makan..."

Aku amat mengerti perasaan Sang Monyet!
Sebab masuk hari ni, dah 4 hari aku tak menjamah nasi!
Aku lapar nasi. SANGAT lapar.
Nasi... nasi.. nasi!

Bukan. aku bukan duk luar negara.
pun bukan dalan hutan belantara.
Bukan. Bekalan makanan masih cukup di sini.
Kesan kekurangan 'world food' belum sampai sini.
Tapi memang dah 4 hari aku tak makan nasi!

Dan hari ni, hanya dengan menu kegemaranku,
(sambal telur hancur, kicap dan nasi panas)
aku rasa sungguh berselera.
Berselera menikmati 2-3 pinggan nasi.

Sunday, April 27, 2008

Selamat Ulangtahun ke-74 TLDM

(SAMUDERA RAYA - lagu rasmi TLDM)

Semboyan angkatan laut kita
Di samudera raya
Menjaga pantai ibu pertiwi
Dari angkara murka
Dari barat sampai ke timur
Itulah pantai Malaysia
Tiap saat berjaga
Di tengah samudera raya
Perwira dan satria
Angkatan Laut Di Raja

Selamat kembali ke TANAHAIR setelah 410 hari mengelilingi dunia buat seluruh warga KLD TUNAS SAMUDERA.
Selamat ulangta
hun ke-74 buat seluruh warga TLDM

Wednesday, April 23, 2008

saat perut berbunyi..

PAKA TERENGGANU.
Hari2 makan dihotel, tekak rasa muak.
Aku jalan2 cari tempat makan.
Ada banyak warung dan kedai makan.
Tapi aku langsung xtertarik tuk berhenti.
Aku jalan2 terpandang satu restoran.
'NASI KUKUS'
Aku singgah dan buat pesanan.
'Bagi saya nasi kukus'
Aku bayar RM5.00
Aku jeling2 restoran nie.
Ada banyak pilihan tempat duduk.
Di dalam ruang restoran atau di bawah khemah pengantin.
Klu nak lagi esklusif, ada VIP Room.
Menu 'nasi kukus' tetap dihidang atas kertas minyak wpun makan di situ.
Setiap satu nasi kukus sebesar cawan dikukus satu persatu.
Dihidang bersama seketul ayam dibelah 4.
Juga sedikit sambal belacan, kepingan timun dan Kari Ikan.
Dan dengan gembira aku bawa balik hotel.
Aku makan dihotel.
Perut aku sudah berhenti menyanyi

what's your prob? huh!

Aku pegi kedai dobi.
Dia pun pegi kedai dobi.
Aku bawa satu beg plastik pakaian untuk dicuci.
Dia bawa lebih banyak beg dari aku. (lebih dari 5 beg)
Aku lebih muda dari dia.
Dia lebih tua dari aku.
Aku tak kenal pun dia.
Tapi satu ayat yang keluar dari mulut dia buat aku BENCI dia.

'pompuan basuh la baju sendiri..'

Dia cakap dalam loghat pekat terengganu.
Aku marah sangat. SANGAT MARAH!
Aku marah sebab tak mampu nak jawab balik ayat dia.
Sebab aku diajar untuk menghormati org yang lebih tua!
AKU SANGAT MARAH.

Tuesday, April 22, 2008

DOUBLE JOY!

Aku minta maaf sebab tak dapat hadir majlis korang.
Aku terlepas pandang undangan korang.
Maafkan aku.

Walaupun majlis korang dah 4 bulan berlalu,
tapi aku tahu korang masih bergembira!
Bukan sebab korang tengah berbulan madu... huh!
Tapi sebab anugerah Allah tak terjangkau akal manusia.

Kengkawan yang kawin 2006 masih berjuang.
Begitu juga yang nikah 2007.
Teruskan berusaha.. Allah itu Maha Pengasih.

Tapi semua kengkawan yang menamatkan zaman bujang,
pada awal tahun 2008 telah kembung perut. Bunting pelamin.
Aku gembira untuk mereka.
Dan korang termasuk dalam senarai itu.
Double Joy tuk korang sebab dapat KEMBAR!
Kembar lelaki plak tuh.
Aku tumpang gembira.
Dan aku amat AMAT cemburu dengan korang.

Monday, April 21, 2008

Jalan MISTERI

Korang takkan jumpa jalan nie dalam mana2 peta.
Aku pun tak tahu jalan nie wujud.
Tapi arini aku nekad nak menempuh jalan nie.
Hahah.. bunyi cam nak cari Jambatan Emas Puteri Gunung Ledang kan..

Jalan yang aku cari ini menghubungkan Ipoh, Perak terus ke Kuala Berang, Terengganu melalui Gua Musang, Kelantan. Dengan erti kata lain, untuk sampai ke Dungun dari Taiping, aku tak perlu memilih samada laluan dari GRIK atau Karak. Jalan ini telah memendekan masa perjalanan menjadi 4 jam. Jalan ini telah siap berturap dan sangat SELESA. Oleh kerana ianya belum diwartakan, korang boleh memandu selaju yang korang suka. Itu pun kalau korang cekap mengendalikan kenderaan di jalan berliku-liku pada kelajuan tinggi!

Cuma satu jer masalah yang aku terpaksa tanggung.
AKU SESAT dan TERLEPAS simpang! huhuhu

Puncanya kerana untuk sampai ke jalan ini, aku perlu memasuki jalan2 felda. Ini kerana ianya hanya dijangka siap pada tahun 2010! Sebab tuh belum diwartakan. Dan memang sukar nak jumpa kenderaan lain kat jalan nie. Memang lengang giler. Aku terpaksa berhenti bertanya pada penjaga pondok jalan masuk felda di beberapa lokasi. ermm.. munkin juga di setiap persimpangan jalan yang aku lalui. (kira diorang nie pengawal yang menjaga kawasan felda la).

Sebaik saja jumpa jalan felda yang betul, perjalanan terus menjadi sangat SANGAT lancar.
Aku tetap selamat sampai Dungun seperti yang aku jangkakan.
Hanya sejam lewat gara2 sesat..

Thursday, April 17, 2008

Bagaikan Puteri

Buku merupakan medium untuk kita mengembara ke mana2 dimensi yang kita mahu. Melakonkan pelbagai watak. Menyelami lautan emosi. Merasai semua yang kita impikan. Juga semua yang kita hindarkan. Membaca buku yang tepat pasti akan membuatkan kita tenggelam. Ada pelbagai variasi buku dipasaran. Terpulang pada selera pembaca.

3 hari lepas, kompasakti sempat membeli sebuah novel. (kalau-lah kompasakti punya masa untuk pergi PAMERAN BUKU di PWTC tuh!). Dalam kelam kabut membeli keperluan harian dipenghujung waktu perniagaan, kaki laju melangkah memasuki satu2nya kedai buku. Pantas jemari ini mencapai sebuah novel dan terus ke kaunter bayaran.

Novel ini telah membawa kompasakti merentasi 2 zaman serentak. Mengimbau sejarah Kesultanan Melayu.. Aceh... Kembali ke abad 21.. Bagaikan dipukau oleh kuasa ghaib, kompasakti telah menghabiskan 574 ms semalaman. Selepas makan malam sehingga menjelang subuh! Sempat tido sekejap jer coz kompasakti termimpi2 Laksamana Sunan! Hampehz. Apapun, novel ini memang sangat mengujakan. Tahniah buat penulis novel thriller yang sangat kreatif ini. Kompasakti dah JATUH HATI untuk memiliki koleksi novel anda!

Novel BAGAIKAN PUTERI memulakan konflik dengan kehadiran mushaf yang tertulis kata2 berikut: Dan kompasakti terus tenggelam bersama watak Laksamana Sunan, Haryani, Wali Sufi, Purba Hitam, Nyi Burga Kelara, Djailuh, Laksamana Hang Tuah, Dali serta beberapa watak lain yang menjadi penghubung setiap watak utama. SELAMAT MEMBACA.

Tuesday, April 15, 2008

Bila mood rajin menyapa

sosej roll untuk sarapan pagi.

muffin coklat chip tuk minum petang.

Kalian jangan cemburu yer.
Mood rajin kompasakti memang selalu datang tanpa diundang.
hehehe.. korang jamu mata jer-lah.
Full resepi kalau cari tak jumpa bley jer tinggalkan pesan kat shoutbox or komen.
Full resepi malas nak taip la...

Sunday, April 13, 2008

Sirap!

Kami bertujuh telah berpakat untuk pergi minum2.
Kami jadikan 2 meja empatsegi menjadi satu.
Kami sembang2.

Pelayan kedai yang manis tersenyum menghampiri dan mengambil pesanan. Kami pesan 2 milo ais, 2 kopi '0' panas, 2 horlick ais & 1 teh ais. Pelayan yang manis itu menulis sesuatu pada nota kecil dan kemudian hilang di celah2 dapur.

Kami sembang2 pasal kisah lama. Kami dah lama tak jumpa. Kami gelak2.

Pelayan yang manis menghampiri sambil menatang dulang penuh dengan pesanan kami. Pelayan yang manis menurunkan segala isi dulang. Semua tertumpu pada pelayan yang manis. Lelaki hensem beranak 2 itu bertanya dengan nada serius. Dia betul2 ingin tahu.

Ini air apa? (sambil membantu menurunkan segelas KOPI 'O')
Sirap!

Sepatah saja jawapan pelayan manis itu.
Wajahnya serius sebelum berlalu dengan senyum dibibir. Memang manis.

Seketika kemudian kami pecah perut. Bergegar 2 meja yang kami satukan.
Sirap! hahahahhahahahah

Friday, April 11, 2008

Ubat Janda ngan Bujang

Rawatan tradisional kekadang agak pelik dan janggal. Selalu juga takde logika. Tapi dalam diam, kita menerima kaedah rawatan tersebut tanpa memperlekehkannya. Munkin kerana rawatan tradisional telah lama sebati dalam kehidupan nenek moyang kita. Dan munkin kerana setelah berusaha melalui rawatan moden, kita mencari altennatif lain.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan satu cerita. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku dengar dan lihat. Semuanya kerana aku kenal orang yang sakit itu. Secara kebetulan dia tiada di rumah saat aku tiba. Seperti biasa, tentulah kita akan bertanya ke mana dia pergi atau bila dia akan pulang klu orang yang kita nak jumpa tuh tiada. Dan jawapan yang diberi kedengaran lucu pada mulanya.

'amik ubat janda ngan bujang'

Ubat apa? Apa benda nyer tuh? Soalanku terhenti setakat dikerongkong saja walaupun hati bagai digaru untuk bertanya lebih lanjut. Maklumlah, yang menyampaikan maklumat hanya kanak2 kecil. Bimbang lain pula jadinya.

Penantianku tak lama kerana orang yang dicari akhirnya pulang. Laju mulutku bertanya. Dan dia juga ramah bercerita. Awalnya aku tergelak mendengar penjelasannya. Tapi di hujung cerita, aku jadi sedih dan bersimpati. Kasihannya..

'Ubat janda ngan bujang' tuh sebenarnya satu kaedah tradisional untuk merawat penyakit kayap. Maknanya rawatan ini hanya akan berjaya jika dilakukan oleh wanita janda yang berkahwin semula dengan lelaki bujang. 'Ubat' yang dimaksudkan adalah air liur wanita tersebut. Ianya perlu disapu pada kawasan yang terkena kayap. Rawatannya munkin kedengaran menjijikkan pada kita yang hidup dengan rawatan moden tapi sekurang2nya ia mampu mengurangkan kesakitan orang yang dihinggapi kayap.

'Jika kita diserang penyakit kayap dan sampai satu peringkat kayap itu bercantum membuat satu pusing lengkap mengelilingi badan, kita akan mati'.

Ngerinya. Itu kata2 orang tua2 tentang penyakit kayap. Aku doakan semoga dia cepat sembuh. Dan aku juga harap, SANGAT BERHARAP kata2 tersebut sekadar peringatan agar kita tak mengambil remeh penyakit kayap.

Thursday, April 10, 2008

Forgive.. arghhhh forget it!

When you make a mistake,
there are ONLY 3 things you should ever do about it:
  1. Admit it.
  2. Learn from it.
  3. Don't repeat it.

Sunday, April 06, 2008

Aku buta.

Kompasakti buta.
Dia buta. Kami sumer buta.
Buta demi kawan.

Biarpun pada zahirnya Kompasakti seperti tidak kisah, tapi dalam hati ini hanya tuhan yang tahu. Kompasakti tidak rela bersekongkol dengan mereka. Kompasakti sangat SANGAT tidak setuju dengan tindakan mereka. Kompasakti tahu, lelaki memang berhak kawin lebih dari satu jika dia mampu. Siapalah Kompasakti tuk menghalang mereka. Kerana itu Kompasakti jadi buta.

Kami sumer telah berpakat tuk menghadiri majlis perkahwinan seorang teman di Kuala Lipis. Oleh kerana masing2 terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, (dari Utara dan Selatan bertemu di KL) maka kami bersetuju untuk bermalam di Fraser Hill. Di sinilah kami jadi buta.

Kompasakti terkedu dan diam tak terkata melihat kemesraan mereka. Benar. Kompasakti nampak dengan mata Kompasakti sendiri. Dari awal perancangan lagi, Kompasakti rasa macam ada yang tak kena. Dan tatkala kami bertemu di tol Rawang, curiga Kompasakti mulai kukuh. Sesampai di Fraser Hill, mereka bagai belangkas yang tak boleh berpisah. Sentiasa bersama. Bergurau senda. Bertepuk tampar manja. Benci! Kompasakti Benci! tapi Kompasakti buta. Kompasakti menahan diri dari bertanya hubungan mereka kerana mereka kawan Kompasakti. Cuma Kompasakti curiga. SANGAT curiga.

Pertama: Biarpun di dalam kereta itu ada 2 lelaki dan 3 perempuan, sepanjang perjalanan mereka hanya bergilir berdua. Kenapa bukan lelaki yang k-2 itu? Kan sesama teman juga. Pelik bukan?
Kedua: Majlis kawin ini teman kami. Apa pula kaitan dengan lelaki itu? Sehingga sanggup pergi sejauh ini dengan teman-teman meninggalkan family di hari minggu?
Ketiga: Mereka membahasakan diri 'abang-sayang'.

Kompasakti cuba berfikiran positif. Munkin isteri dia mengizinkan dia pergi. Dan jika ini yang berlaku, PAYUNG EMAS memang milik isterinya. Tapi ini sama sekali tidak akan terjadi kerana Kompasakti kenal benar cemburu isterinya.
Atau munkin dia telah bercerai kerana hampir setahun Kompasakti tidak berjumpa dengan dia. Cinta itu-kan buta. siapa tahu..
munkin... munkin..arghhhhhhh!

Kompasakti buta.
Dia buta. Kami sumer buta.
Buta demi kawan

Tuesday, April 01, 2008

Anugerah Bintang Popular 2007

Anugerah Bintang Popular 2007 tetap milik MAWI!
Dan Mawi sudah hampir pasti akan jadikan Ekin miliknya.
Hahahaha... aku tak tahu nak komen pasal apa petang nie.
Cuma semalam aku setia mengadap kotak ajaib gara2 ABPBH 2007.
Kat sini aku tempek keputusan ABPBH 2007

Bintang Paling Popular: MAWI
Anugerah Khas Bintang Popular: M. NASIR
Pelakon Filem Lelaki Popular: RUSDI RAMLI
Pelakon Filem Wanita Popular: FASHA SANDHA
Penyanyi Lelaki Popular: MAWI
Penyanyi Wanita Popular: SITI NURHALIZA
Artis Berkumpulan/Duo Popular: SOFAZ
Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI
Pelakon TV Lelaki Popular: ROSYAM NOR
Pelakon TV Wanita Popular: DYNAS
Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK
Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY
Artis Baru Lelaki Popular: DAFI
Artis Baru Wanita Popular: MILA
Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI
Pengacara TV Wanita Popular: FARA FAUZANA
Penyampai Radio Lelaki Popular: FAIZAL ISMAIL
Penyampai Radio Wanita Popular: FARA FAUZANA