Arini kompasakti buat special entri pasal Annona Muricata. Untuk makluman kalian semua, pokok Annona Muricata ini banyak khasiatnya. Tak kiralah samada batang, akar, biji atau buahnya masing-masing berguna dalam perubatan tradisional mahupun moden.
Berdasarkan kajian dari Universiti Hawaii dan Universiti Purdue, mereka mendapati Annona Muricata yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Manakala penduduk di banjaran Andes, Peru membuat serbuk teh daripada daun Annona Muricata untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daun Annona Muricata kerana dipercayai boleh mengubati kencing manis.
Begitu juga dengan suku Orang Asli di Guyana yang membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokok Annona Muricata untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daun atau buah Annona Muricata yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buah dan air perahan Annona Muricata diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok Annona Muricata juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buah Annona Muricata bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Annona Muricata mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.
Kalian nak tahu apa dia Annona Muricata?
Mari kompasakti perkenalkan........... Inilah dia Annona Muricata!

1 comment:
buah ni aku suka makan dan jus dia pon aku suka minum..masa duk setinggan zaman 80an dulu, mak aku tanam kat tepi rumah..ekeke
Post a Comment