Sunday, March 30, 2008

Jom makan Annona Muricata

Arini kompasakti buat special entri pasal Annona Muricata. Untuk makluman kalian semua, pokok Annona Muricata ini banyak khasiatnya. Tak kiralah samada batang, akar, biji atau buahnya masing-masing berguna dalam perubatan tradisional mahupun moden.

Berdasarkan kajian dari Universiti Hawaii dan Universiti Purdue, mereka mendapati Annona Muricata yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Manakala penduduk di banjaran Andes, Peru membuat serbuk teh daripada daun Annona Muricata untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daun Annona Muricata kerana dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga dengan suku Orang Asli di Guyana yang membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokok Annona Muricata untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daun atau buah Annona Muricata yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buah dan air perahan Annona Muricata diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok Annona Muricata juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buah Annona Muricata bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Annona Muricata mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Kalian nak tahu apa dia Annona Muricata?
Mari kompasakti perkenalkan........... Inilah dia Annona Muricata!

Tuesday, March 25, 2008

Jom naik keretaku.


Sebelum korang join aku, pastikan korang sumer ada LESEN MENYELAM. Pastu pastikan korang ada set pakaian menyelam lengkap dengan tangki oksigen. Dan yang paling utama, korang mesti mahir buat CPR!
hahahah..

Sebenarnya aku citer pasal JGD kesayangan aku dulu... telah bertukar tangan. Huhuhu.. sedey plak tetiba. Banyak memori aku ngan JGD ni. Masa memula aku dapat JGD, aku takde lesen memandu. Tapi sekarang dah ada yer. Korang jangan buruk sangka dengan aku. Huhuhu.

Banyak kali gak aku kena tahan dan kekadang dapat surat cinta. Acapkali gak aku terpaksa ikut jalan jauh tuk elakkan 'road-block'. Aku pernah ikuti kursus memandu tapi sekerat jalan jer sebab aku ader komitmen lain. Hangus cenggitu jer duit yuran. Bukan sekali tapi 2 kali. So aku fed-up nak amik lagi.

Since JGD nie keta pertama aku dan dalam family, banyak juga benda yang aku tak tahu waktu tu. Korang bayangkanlah, aku memandu guna 'high beam' gara2 aku tak tahu nak tukar pada normal light. Itu kali pertama aku memandu waktu malam. Patutlah waktu tu sumer keta beri laluan dan kekadang flash serta hon kat aku. Aku buat tak reti jer.

Aku sempat juga bagi tanda kat JGD tuh. Korang mesti gelak guling-guling bila tau puncanya. Aku kemikkan hud depan belah kanan dengan melanggar sebuah 4wd yang sedang berhenti! Dan JGD pun dalam keadaan berhenti gak. Cuma aku lupa nak tarik brek! Akibatnya dengan manja aku cium 4wd tuh. Takde dentuman or sebarang bunyi pun. 4wd tuh pun rasanya tak sedar aku cium dia sebab dia berlalu cenggitu jer. Aku gaks yang merah padam. Nak marah pun x guna sebab sudah terang lagi bersuluh memang aku yang salah. sampai saat kunci bertukar tangan, kemik tuh tetap kekal di situ. heheh

Thursday, March 20, 2008

Jom nyanyi

Suara aku sangat SEDAP kalau menyanyi. Cuma lebih ramai yang bagitau, suara aku LAGI SEDAP kalau tak menyanyi. huhuhu... dengki la tuh. Walaupun begitu, acap kali aku diPAKSA menyanyi. Demi tak menghampakan permintaan mereka, aku menyanyi dengan senang hati. 2 insiden yang membuat aku 'ketar' nak menyanyi lagi:

Pertama waktu aku keja kilang, masa 'Company Dinner'. Sumer kengkawan aku pakat masuk acara karaoke. Mereka gelar kami Geng Power Rangers sebab selalu kelihatan b-5). Jadi aku harus tunjukan betapa sporting nyer kami. Aku pun masuk juga dan menyanyi la ngan suara paling merdu aku pernah perdengarkan. Samapai kat part chorus tuh, aku baru nak 'tarik' tetiba ader peminat datang dan hadiahkan aku sebiji BOTOL MINUMAN 1000 ml yang kosong perisa strawbery. Sumer pakat gelak termasuklah kengkawan aku. Memang hampehz. Tak cukup takat itu jer, sorang bos plak bangun dan bagi aku bunga plastik sambil sempat bisik kat aku 'takyahlah jerit2'! cissssssss. aku menyanyi la bukan menjerit..

Kedua plak waktu aku ikut kapal layar belayar. Sebagai peserta pelayaran, semua diwajibkan menyanyi termasuklah aku. Lama aku fikir nak nyanyi lagu aper. Akulah peserta terakhir pegang mikrofon. Akhirnya aku bawa lagu SEJATI. Aku baru nak tangkap feeling, ada plak peminat naik pentas bagi hadiah. korang tahu dia bagi apa...? Sebijik MENTOL pecah!. hampehzzzzzz.

Wednesday, March 19, 2008

Jom potong kalau berani!

Sejak ada kamera baru nie, aku jadi lebih berani. Haaahaha
Sebelum itu, aku mohon maaf kat pemandu keta merc nie.
Aku sangat SANGAT marah ketika insiden ini terjadi.
Insiden berlaku di highway utara selatan sebelum tol.
Keta merc ini telah memotong tetapi kemudian..
secara tetiba masuk 'line' keta aku TANPA memberi signal.
Dengan kelajuan keta aku 110 lm/j dan sudah tentu keta merc ini lagi laju.
Dan telah ditakdirkan aku sedang leka membelek kamera baru.
Jadi aku snap gambar nie. Dengan jelas kelihatan no platnya.
Sebaik saja aku snap gambar pertama, dia memperlahankan keta.
Sehingga aku terpaksa memotongnya.
Seketika kemudian dia cuba memotong sekali lagi.
Amarahku masih bersisa, aku snap lagi gambar pemandu.

'hahahah.. pakcik berkopiah putih'

Kemudian keta ini terus kekal mengekori keta aku.
Dia tidak lagi cuba memotong walaupun kelajuanku cuma 90km/j.
Semakin lama semakin menjauh ke belakang.
Sehingga aku tiba ke tol, keta ini langsung hilang.

'naper buat macam tu? tak baik aniaya orang.
bukan besar mana pun salah dia.
cuma tak bagi signal jer. lagipun kita tak cedera langsung.
kompasakti buat dia takut nak potong sampai sekarang.
lagipun yang memandu bukan kompasakti.'
Pemandu ketaku mula memberi tazkirah... erk!

Thursday, March 13, 2008

Jom fahami bendera

Kadang kala soalan yang biasa dengan jawapan yang biasa mampu membuatkan kita berfikir seperti luar biasa. Kalian biasa dengar ayat seperti ini? hahahha... pasti biasa.

Semalam aku tanya satu soalan biasa pada seorang teman.
Kenapa warna bendera perak terlalu ringkas dan mudah. Hanya 3 jalur hitam, kuning dan putih. Tak kreatif macam bendera johor?

Ini jawapan yang aku dapat:
hitam = tanah, kuning = padi yang menguning, putih = hasil padi (nasi)

ermmm.... sumpah. aku dah check makna setiap warna bendera dan aku tak tahu ada penjelasan yang semudah ini untuk difahami.

Untuk makluman kalian, jawapan itu sama sekali tidak benar. Sebenarnya Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Tuesday, March 11, 2008

Jom Beli NV20

Ada teman ajak ber'fotografi'.
Aku jadi teruja. Aku suka foto yang cantik!
Sedar tak sedar, aku sambar NV20.
Dapat sepasang t-shirt dan 2G SD card sebagai 'free gift'.
Aku dah bagi kat adik salah satu t-shirt tu.
Aku belum habis meneroka. Sekadar membelek2.
Gambar tiket wayang adalah hasil cubaan pertama.

Saturday, March 08, 2008

Jom mengundi!

Dalam banyak2 'jenaka' piliharaya, ini yang paling mencuit hati kompasakti.

Niat keluar mengundi:
'Sahaja aku keluar BARISAN naik ROKET pergi ke BULAN untuk KEADILAN'

p/s: undi kompasakti tetap rahsia.

Friday, March 07, 2008

Jom Tengok Wayang

Tetiba rasa nak tengok wayang minggu nie.
So, beli 2 tiket filem DUYUNG. Satu tuk adik.
Panggung penuh. Aku suker.
Tak rugi tengok sebab memang menghiburkan.
Seronok bergelak ketawa beramai2.
Aku amat kagum tengok maya karin berenang ala ikan duyung.
Tak dinafikan Pulau Sipadan memang cantik!

Sunday, March 02, 2008

Jom bowling!

Tadaaaaaa.....


Hadiah kecil untuk pemenang tempat k-3.
Just a small 'close-tournament' among club members.
Aku sekadar mencabar kemampuan diri.
Tak sangka hebat juga pencapaian aku.
Thanks 4 my team-mate a.k.a 'coach' yang bersungguh2 menunjuk-ajar-diri sebelah time baling-demo-berkali2. (heheh..)

p/s: lontaran pertama aku masuk longkang dengan berjayanya!