Tuesday, October 31, 2006

diaRi Syawal

30 Ramadhan:
Aku berazam tuk berhari raya di umah akak.
Mlm td aku besengkang mata mnyiapkan kek asam manis.
Jam 5 pg aku tertido. Aku tak sahur pg nie.
Jam 11 pg aku kemas sumer baju2 ku.
Jam 12.30 thari aku + mak + 2 adikku g umah akak.
Jam 2-6 ptg aku sibuk masak rendang, kari ayam,
ayam masak kicap. sayur lodeh & asam pedas ikan parang.
Kul 6.15 aku tertido..
Lepas buka, kemas aper yg patut & gosok baju.
Hooray! Esok dah R.A.Y.A

1 Syawal:
Kul 6 pg aku bgn... mandi... sejuk nyer!
Panaskan ketupat, lepat & burasak serta lauk pauk.
sesambil mngarahkan mesin basuh mlaksanakn tugas.
Kul 8 pg kami menikmati juadah hari raya!
selepas solat hari raya, tukar baju tuk beraya.
sesi bermaaf-maafan bersama keluarga.
kul 10.30 pg aku bertolak ke umah ayah.
Iyer, destinasi pertama hari raya sudah pasti
ke pusara ayahanda tercinta. Al-fatihah.
Dr sini terus ke umah saudara-mara.
Lewat mlm baru pulang ke umah akak.

2 Syawal:
Menerima kunjungan tetamu..

3 Syawal:
Berhari raya di umah adik serta pakcik2ku.
Bermalam di umah adik.

4 Syawal:
Aku kembali bekerja! Lengang jer opis...
Aku hanya mampu bertahan sehingga kul 1 thari.
pastu aku balik umah. huhuu

5 Syawal:
Aku memecahkan tradisi berhari raya.
Aku bawa mak, akak, adik serta anak sedaraku
ke Wet World tuk bersuka ria.
Kul 7.15 mlm baru kami tiba di umah.
Aku terus bergegas tuk menghadiri reUnion raya.
Melalui hway yg sama skali lagi.
Mbelah pekat mlm yg hening. (radio keta aku ROSAK)
Jam 9 mlm aku tiba di destinasiku. ReUnion..
Aku bermalam di sana.

6 Syawal:
Di umah makcikku.
Makcikku bersungguh minta aku ajar buat kek asam manis.
Aku tak mampu menolak. Pasni bleylah dia buat bisnes.
Moga ilmu yg kuperturunkan bermanfaat tuk sumer.

7 Syawal:
KERJA seperti biasa.. masih dlm mood raya.
Jam 7 aku sampai di umah.
Terus ke dapur memasak tomyam ayam.
SEDAP! Itu kali pertama & pasti bkn yg terakhir.
huhuhu.. kemahiranku dah berkembang nampaknya.

8 Syawal:
KERJA... KERJA..

syawal terus berlalu.. dan aku masih setia menanti.
Bila agaknya tetamuku ini akan tba?

Friday, October 20, 2006

Hooray! RAYA!

SElaMat hARi RayA
AIdilFItRi
MaAf ZAhiR BAtiN

Saturday, October 14, 2006

Tak sempat bemesra


sahur.. buka.. sahur.. buka..
cepat sungguh masa berlalu.
la nie dah tinggal 10 ari jer kita dpt bermesra ngan Ramadhan.
Syawal dah menunggu-nunggu di hujung sana.
ermm.. baca kat dada akbar, tv..
ramai sungguh yg dijemput kembali ketika Ramadhan.
pasti yg ditinggal sedang berduka & bersedih.
Tuhan lebih sayangkan mereka. Redha-lah.
Al-Fatihah tuh sumer yg telah kembali.

Thursday, October 12, 2006

Lari-lah semahu mu

hati ini menangis.
dan airmata ini tumpah tanpa relaku.
telah berkali ku tahan.. namun aku tewas akhirnya.
aku rindu pada abah.. sungguh.
org di sekeliling begitu asing bagiku.
mereka tak pedulikan aku.
mereka tak pernah ambil tahu tentang seorg AKU.
aku ingin lari dari sumer ini. lari dr kepura-puraan.
semakin jauh aku berlari... semakin aku dhimpit kesunyian.
arghhhhhhhh!

Wednesday, October 11, 2006

Bukan kemahuan fikiran.

hari yg kurang bertuah bagiku.
masa bgn sahur dag rasa lain jer mata nie.
Tu dia, sakit mata tahap pertama. merah mata ebelah kiri.
tp tak kritikal sangat. so masuk opis.
try on pc... berjam2 tak bley jugak.
bos dah bising nak itu ini. sumer dlm sistem plak.
arghhhh....
no choice, antar pc tuh g repair.
arini tak bley siap. esok dia akan call klu anything.
member ajak plak g ziarah member kat spital.
aku tak tahan ngan spital nie...
masuk org ke-3 yg perlu diziarah,
aku dah takbley control. minta diri tunggu kat luar jer.
sorry beb, ader history kat spital nie.
aku tak suker.
so, berbuka ngan sebiji kurma dlm kereta.
sampai umah juadah berbuka tak sedap mana.
ikan goreng jer... sedey nyer....
aper pun, aku berjaya menghabiskan puasaku arini.
malam tadi adalah malam yg ke-17.

Monday, October 09, 2006

Khabarnya...


Temanku menyampaikan berita gumbira.
Dia telah dinaikan pangkat.
dan segala2nyer bertambah baik.
Angka sifar dlm slip gajinyer semakin btambah.
Dia dpt elaun tambahan yg lebih banyak.
dia diberikan sebuah telefon 3G nokia terkini.
dia diberikan elaun perumahan.
Sebuah kereta untuk kegunaannya.
Malah segala yg best dia dapat.
Cuma 1 yg dia harus korbankan.
Dia harus berada di Indonesia.
Yup. Bekerja di sana selama 4 bulan.
Proses 'perpindahan teknologi' katanya.
TAHNIAH!

sebaik mendengar khabar ini sesuatu tetiba mnghantui aku.
aku ingin jadi sepertinya. AKU INGIN.

Saturday, October 07, 2006

Hooray!

finally.
akhirnya.
yessss!
I was promoted! Berkuasakuasa 1 mei 2006.
hohoho
hooray.

p/s ini bkn pasal keja k.

Thursday, October 05, 2006

KOSONG

sebelum tido. dia sms: blank
selepas sahur. dia sms : blank
waktu opis. dia email : blank

wei! aper kejadah nyer antar sms & email kosong nie?
klu takde isu nak diutarakan, jangan membazir.
simpan tuk raya nanti.
marah aku dalam hati. aku puasa.
puasa tak elok marah2.
huhuhu

Wednesday, October 04, 2006

Alasan



Aku masih setia melayan setiap yg berjaya menembusi.

Dia : Aku nak sekarang!
Aku: Tapi...
tuuut tuuut tuuut.

Aku: Aku nak sekarang juga.
Dia: Aku tgh buat la nie. Sabar la sket.
tuuut tuuut tuuut

bingung aku dibuat nyer. apa aku nak buat.
tuuut tuuut tuuut. talian tak berjawab.

Tuesday, October 03, 2006

Puasa & banjir


Time aku kecik2 dulu, bulan puasa amat perit.
Bley dikatakan, ia akan jatuh pd bulan dmana
Malaysia menghadapi musim kemarau.
bukan. bukan kemarau yg teruk tuh.
tapi malaysia nie kan negara beriklim khatulistiwa.
panas & lembab sepanjang tahun.
Time cuaca paling panas tuh la biasanya bulan puasa.
Debu2 tanah merah berterbangan memenuhi jalan2 kampung.
pokok2 pun layu jer. Jemuran cepat jer kering.
aktiviti pembakaran byk dilakukan (membersihkan kebun).
memang panas terik. kira org tak siuman jer yg nak duk tengah panas.
kanak2 sebaya aku yg berpuasa, hanya mampu terbaring keletihan.
terutama menjelang waktu tengahari.
dugaan sungguh kala melihat apek penjual aiskrim melintas. huhu
Hari raya plak jatuh time musim tengkujuh.
Hujan turun tak henti2. Jalan2 sumer becak sana sini.
Habis kasut serta baju raya jadi kotor seblm sampai destinasi.

***
Skrg nie puasa time musim tengkujuh. Hujan sepanjang hari.
Banjir sana sini. Langsung tak terasa panas matahari.
Kurang terasa kenikmatan berpuasa.
Camner nak rasa klu waktu siang mendung sentiasa?
Menjelang petang, badan masih segar...
ermmmm....