Kita selalu jadi hairan dan pelik bila berlaku sesuatu kes penipuan, kebanyakan mangsa terdiri dari mereka yang berpendidikan tinggi. yang dikatakan berilmu pengetahuan luas. dan selalunya ditipu dalam jumlah yang sangat BESAR! pelik sungguh.
Tapi bila kena batang hidung sendiri, baru kita tau langit tuh tinggi. My case is very simple. Korang nak tau apa yang berlaku? well, untuk dijadikan pengajaran pada sumer.
Zaman serba canggih nie kita memang akan bergantung pada perkhidmatan atas talian. lebih mudah. lebih pantas. lebih jimat. dan segalanya yang lebih... Dan antara banyak2 perkhidmatan perbankan la yang paling selesa dilakukan secara online. Dan tentulah, aku pelanggan bank terbesar pak belang! Dijadikan cerita, aku dah lama tak berkesempatan nak login. agak lama.. atau dengan kata lain, lebih dari 4 bulan kot. Bukan apa, kat dalam tuh tinggal nilai 'puluh sen' jer.
setelah sekian lama, tetiba aku dapat email (notice) yang kononnya dari pihak bank pak belang yang mengatakan akaun digantung. Well, memula tuh memang aku buat tak tau jer. Aku abaikan jer sebab sana-sini kecoh pasal penipuan melalui email nie. Kira ada gak ilmu kan...
But, situasi memerlukan sesangat aku melakukan transaksi online. petang tuh aku sempat masukan duit ribu2 (konon nyer-lah). then malam baru nak buat transaksi sebab info sumer kat umah. masa camni-lah kekadang kita akan hilang pertimbangan dan tangan tuh gatal jer klik mana yang ada. seb baik gak 'link' dalam email tuh 'not valid'. kalau tak memang putih bijik mata aku.
So, arini aku call customer service pak belang. mengadu nasib-lah konon nyer. dan seperti yang telah diwar-warkan dan aku pun 'sedia' tahu, email yg aku terima tuh bukan dari diorg. Kebetulan akaun aku kena suspended sebab aku dah lama tak online. Tuh jer. as SIMPLE as ABC. Aku pun apa lagi, cepat2 aku tukar password dan username yang baru.
So, peringatan tuk korang di luar sana. JANGAN SESEKALI TERPEDAYA! Berurusan terus ngan diorg kalau ada sesuatu yang mencurigakan. Itu PESANAN dari aku hari nie.
Friday, May 22, 2009
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
