Friday, September 26, 2008

Penang nie bukan aku yang punya.. hohohoh

Perjalanan dari Kedah ke Johor akan memakan masa kurang lebih 8 jam.
Kerana destinasi adalah rumah mak, jauh langsung x terasa.
Tapi lain pula kalau SESAT di Penang!

Aku ada satu misi penting aritu. Pergi Penang tuk pick-up notebook aku dari service center. Aku confident aku hanya akan amik masa paling lewat pun 2jam tuk pergi dan balik. Lagipula aku pun ada masa gie hantar notebook tuh. Kul 12.3o tghari aku mula bergerak. Sempat singgah isi penuh petrol (tup2 arini petrol turun 10 sen plak, rugi jer aku isi penuh2) dan hantar kad raya. Aku bawa keta ngan rileks dengan MEMASTIKAN aku bawa kurang dari 110km/j. Maklum sajalah, time nie banyak speed-trap sedang giat beroperasi.

Dalam kul 1.30 aku dah kuar dari jambatan pulau pinang. Misi mudah nie. Nanti bley-lah aku singgah windows shopping kat Queensbay nie, sebaik melintasi shopping complex ini di sebelah kiri. Sekarang aku hanya perlu mengikut papan tanda ke Bayan Lepas sehinggalah aku jumpa ROUND-ABOUT besar. Then aku realised something. Bulatan nie memang besar giler, dan kita perlu ada di lorong yang betul atau kita akan hilang punca! Itu yang berlaku kat aku arini. Keta aku berada dilorong paling kanan since aku nak kuar arah kul 6, maknanya tempat aku masuk tapi di jalan sehala di sebelah kanan pula. Dalam keadaan kereta berpusu2, aku rasa aku dah teramik kul 3. Aku nak pusing semula tapi keta di belakang bertali arus dan takde tempat sesuai tuk aku buat u-turn. Aku terus memandu sampai jumpa t-light dan dengan selamba buat u-turn (walaupun jelas terpampang NO U TURN). Munkin sebab aku dah mula panik, aku keep ON and ON and ON and ON ......terlepas simpang tuk kembali ke pangkal jalan. Aku terus hilang punca. Signboard plak makin lama makin ke destinasi yang aku tak pernah sampai. Pulau Tikus? Batu Ferringgi! Jelas aku memang dah tersesat jauh nie. Nak kembali ke asal pun aku dah tak tahu. Aku terus memandu dengan harapan akan jumpa signboard ke JAMBATAN or BAYAN LEPAS semula.

Aku dah mula berpusing2... kena hon bertubi2 (maklumlah, keta aku plat Penang!)... salah masuk lorong yang ada tlight khusus tuk terus dan belok... hampir berlaga ngan motor yang memang sumernya berani mati... hampir berlanggar ngan keta mercedez gara2 aku nak masuk lorong kanan setelah sebiji bas berhenti betul2 depan aku... terpaksa brek mengejut bila budak2 sekolah melintas seolah2 diorg nie sumer ada ilmu kebal... semuanya menambah lagi kekalutan.

Kul 4 lebih rasanya baru misi aku tercapai. Itu pun setelah aku hampir give-up dan memandu menghala ke jambatan tuk pulang. Dari fly-over aku nampak bangunan Crystal Suite tuh di sebelah kanan. Better late then never. tapi dalam kes aku Better lost first rather then go home empty handed. Bila dah masuk simpang, aku salah masuk parking plak. Nasib baik abang yang jaga parking tuh benarkan aku masuk dan buat u-turn tanpa bayar. Mekasih. Urusan kat HP service center nie cuma amik masa dam 5 minit jer! Jadi aku amik keputusan tuk gie TESCO. Windows shopping and shopping sampai kul 6.

Percaya atau tidak, masa nak balik pun aku sesat lagi sekali. Kali nie sebab jambatan jammed dan polis tutup/kawal lalulintas di laluan yang aku sepatutnya lalu. Bermula-lah episod awal tadi. Cuma kali nie aku tak sesat lama since aku dah tau jalan mana yang aku dah lalu tadi. Memasuki tol Sg 2, mata aku dah berat tahap mentibang. Ngantukz yang teramat sangat. Tapi aku gagahkan gaks agar aku sempat tiba tepat masanya (aku dah minta temanku booked table tuk kami berbuka di luar). Aku buat2 tekan punat radio, masukkan cd lagu, kuarkan cd, pasang radio, cari channel, buka tingkap, tutup tingkap, pasang aircond, tutup aircond... sumer tuk memastikan aku bertahan dari tertido. Waktu aku melangkah memasuki restoran dan menarik kerusi tuk duduk, azan magrib pun berkumandang. 'Perfect timing!' komen temanku.

Malam tuh aku menangis teresak2. Bayangkan 7 jam aku sesat! Kalau balik Johor aku dah sampai tol KULAI! Pasni aku serik nak g Penang sorang diri!

Wednesday, September 24, 2008

Andai saja kamu tahu..

Salam buat semua.
Setelah sekian lama berlalu, namum ia tetap berbekas dihati.
Sukar untuk diluahkan, tapi tak tertanggung menahan.

Ramadhan dan Syawal datang dan pergi.
Seluruh umat Islam menyambut dengan kemeriahan.
Kegembiraan dan rasa kesyukuran pada ilahi.

Ayahanda kompasakti telah 8 tahun meninggalkan kompasakti. Al-fatihah untuk ayahanda. Kenangan bersama ayahanda amat terasa dikala ramadhan tiba, dan akan lebih mengusik saat fajar syawal menjelma.

Suatu ketika di Ramadhan yang lalu...
Kami paling suka Ramadhan. Kerana waktu ini ayahanda akan beli juadah berbuka yang istemewa, berbeza di hari biasa. Ayahanda paling gemar beli cincau yang belum dipotong dan sebongkah air batu. Dibawa pulang dan kami yang akan cincang sehalusnya sebelum dicampur air batu. (rumah kami belum ada peti ais). Kami jadikan bukan se-jug tapi dijadikan satu bekas air yang besar. Kemudian ada ayam percik yang dicucuk dibatang buluh. Masih panas dan berasap.. sedap. Kuih muih pula air tangan ibunda. Kekadang pengat, kekadang bubur kacang hijau. Karipap, lepat pisang, nagasari, koci, keria.. etc. Tapi yang paling ayahanda suka.. bubur. Dan kami juga suka apa jua yang terhidang.

Rumah kami terletak di hujung kampung. Agak terasing dan terpisah. Rumah kami jaraknya betul2 di tiang letrik ke-50. Kami hanya sebiji motor. Jadi hanya ayahanda yang solat terawih di surau. Surau ini terletak di 1/3 kampung kami. Kami hanya di rumah kerana tiada kenderaan lain. Lagipula, jalan kampung tiada lampu dan berturap tanah merah saja. Gelap segelapnya jika tiada sinaran bulan.

Seminggu sebelum raya, ayahanda beli se-tong minyak tanah. Hampir 20 biji pelita ayahanda sediakan. Kemudian ayahanda cantas 20 batang pelepah kelapa sawit. dan letak paku dihujung pelepah tersebut. Ayahanda akan pacakkan pelepah ini di kiri kanan jalan. Rumah kami perlu menyeberang parit. Bermula di titi dan berakhir di halaman rumah. Pelita terpasang bagaikan sedang berpesta. Ayahanda kata itu untuk MALAM 7 LIKUR. Tugas kami adalah memastikan pelita terpasang sebelum magrib. Terang benderang halaman rumah kami. Sangat cantik.

Ibunda pula mulai sibuk menjahit baju tuk kami sekeluarga. Bunyi mesin jahit tak henti2 sehingga 7 helai baju siap. Kain baju kami selalunya sama corak sekeluarga. Bila siap, kami akan terus cuba. Sehelai seorang. Kami juga akan ada kasut raya baru. Berlainan saiz tapi tetapi jenis yang sama. Selain menjahit, ibunda juga akan mula membuit kuih raya. Tepung dan gula telah sedia dijemur dalam hampir 7 dulang seawal Ramadhan tiba. Ibunda akan buat rempeyek, kerepek pisang, buah rotan, semperit, bahulu dan kek pelangi. Kakak2 pula akan buat biskut2 moden. Mencuci cermin tingkap (ada 12 tingkap semuanya) adalah tugas kami. Langsirnya ibunda juga yang jahit sendiri. Malam raya, kami akan pasang langsir itu. Kusyen juga akan bertukar sarung.

Sehari sebelum raya, dapur kami sangat sibuk. Ketupat dan lepat terjerang di periuk besar di atas kayu api. Rendang dan kari ayam juga sedang dimasak. Sayur lodeh dan ayam kicap pun ada. Memang kalau diikutkan kuantiti ini banyak sangat tapi menjelang petang nanti, sumer tuh tinggal sedikit jer. Sebabnya, adik-adik ayahanda akan datang membawa rantang (mangkuk tingkat). Rantang bertukar tangan sekali dengan isinya. Ayahanda ada 8 adik-beradik. Ayahanda abang k-2. Sebagai abang yang tua, kami hanya menunggu saja ketibaan rantang tersebut. Sebab itu kami masak banyak2.

Ramadhan kini...
Kami sekeluarga dah tak duduk di rumah ayahanda. Kami dah takde kampung untuk di panggil kampung halaman. Rumah yang ayahanda dirikan juga telah lama rebah dimakan anai2. Kakak2, abang dan adik2 masing2 telah berkeluarga. Ibunda tinggal di rumah sewa dibandar kecil. Kompasakti antara yang terakhir meninggalkan rumah ibunda tuk berhijrah ke utara. Tinggallah ibunda bersama adik bongsu kompasakti yang masih bersekolah. Sebak juga bila mengenangkan tiada lagi kemeriahan menyambut Ramdhan. Ibunda tentunya lebih merasa kepiluan ini kerana tugas membuat kuih raya, menghias rumah dan menbuat persediaan raya telah kompasakti ambil sejak ketiadaan ayahanda. Rasa sayu menusuk dikalbu bila adik mengririmkan sms:
'kami tak buat apa pun lagi. biskut raya pun takde..'

Dikejauhan ini, kompasakti sedang bertungkus lumus menyiap baju raya tuk ibunda dan adik2. Juga membuat beberapa biskut raya untuk mereka. Dan langsir baru..

Maafkan kompasakti kerana tak berkesempatan meng-update-kan blog sekerap selalu. Ada tugas yang terpikul dibahu kompasakti. Maaf yer..